Bengkel Keusahawanan

BizCoach Din Deraman
Mengendali Bengkel Keusahawanan 5H4M
Anjuran Kolej Komuniti Malaysia.

BizCoach Din Deraman
Bergambar Kenang Kenangan Bersama Para Peserta Program
Bengkel Keusahawanan

BizCoach Din Deraman



Rahsia Kejayaan Bisnes Mamak

Sembang Sembang Bisnes.

Rahsia Kejayaan Bisnes Mamak (1)

Mamak berniaga tak ikut Sifir Berskala terus, misalnya harga roti canai kosong RM1.00 dan harga roti canai telor pula RM2.50. Pertambahan kos telor cuma 40sen, sedang pertambahan harga jualan RM1.50.

Tak apalah mamak, inilah kali saya order roti telor, lain kali nan tandoori pula.

Bengkel Transformasi Perniagaan
Kendalian BizCoach Din Deraman

Rahsia Kejayaan Restoran Mamak (2)

Mereka boleh beroperasi 24 jam dan hampir setiap masa dan ada sahaja pelanggan yang datang. Manakala restoran melayu cuma ada pelanggan pada waktu puncak iaitu 7-9 pagi, 12:30-2:30, 7:30-10:30.

Apakah kuasa positioning restoran mamak?
+ mereka boleh menarik pelanggan yang cuma ada "modal" serendah 3 ringgit.
+ mereka ada makanan tidak ruji dan "evergreen".
+ mereka ada peminat setia.
+ apa lagi?


Psikologi Menjual Gaya NLP
oleh BizCoach Din Deraman


Rahsia Kejayaan Restoran Mamak (3).

Apakah restoran mamak seluruh negara ini satu rangkaian bisnes franchise?
1. Susun atur , layout kedainya sama
2. Menu jualan dan harga hampir sama
3. Modus operandi, SOP juga sama
4. Tiada pelayan perempuan
5. Lagi ....?

Mereka tahu memposisikan, positioning bisnes mereka. Mereka ada Mentor dan Akitek serta Perancang yang hebat


7 Tabiat Kejayaan

Apa yang telah saya pelajari dari madrasah Ramadan yang lalu dan berazam untuk dijadikan amalan hingga ke akhir hayat, insyallah :

1. Mengurus Masa Tidur dan Bangun - Tidur sekitar jam 11:30 malam dan bangkit sekitar jam 4:30 pagi telah menjadikan saya lebih segar dan produktif serta terhindar dari banyak tipu muslihat dan godaan kegelapan malam.

2. Mengurus jadual makan - makan semi-berat pada awal pagi serta lewat petang telah menjadikan perut saya kempis dan berat badan yang ideal. Badan rasa lebih ringan dan lebih sihat.

3. Mengurus masa mengikut Teknik 5 waktu - Solat berjamaah di awal waktu telah menjadikan saya begitu peka terhadap masa dan terasa panjangnya tempoh waktu dari satu waktu ke waktu seterusnya. Natijahnya saya dapat mengurus mengikut keutamaan dengan lebih teratur.

BizCoach Din Deraman
Perunding Minda Usahawan


4. Mengawal tingkahlaku dan tuturkata - Ramadan menjadikan saya lebih mampu mengawal tingkahlaku serta tuturkata, Takkala timbul rasa geram dan mahu marah, maka diingatkan kepada diri sendiri dengan ungkapan keramat : "Aku Berpuasa".

5. Menyemarakkan amalan memberi - Ramadan seperti mendorong hati saya menjadi yang lebih pemurah, mahu memberi sedaya upaya kepada mereka yang kurang upaya. Mohon Allah sentiasa tingkatkan keupayaan diri bagi membantu insan yang kurang upaya, amin !

6. Memperuntukan masa membaca dan menghayati kandungan suci AlQuraan - beberapa ayat dalam sehari telah meningkatkan kesedaran dan kefahaman.

7. Bercakap bila perlu dan tidak berlebih lebihan dalam berbicara namun lebih mesra kawan takkala bersalaman dan berurusan .

Mohon dapat beristiqomah, amin !

Dengan Ingatan Tulis ikhlas dari Bizcoach Din Deraman

Gagasan Usahawan Mukmin

Gagasan Usahawan Mukmin (11)

Keluar pagi balik petang,
Tanggungjawab keluarga tidak diabaikan,
Rezeki dicari dijemput lalu diagih agihkan,
Yakin rezeki itu Allah yang kurniakan.

Firman Allah dalam surah Ath-Thalaq sebagai pedoman :

"Dan Dialah memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka sangka dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

BizCoach Din Deraman
Musafir Ilmu ke Kota Kinabalu
4H3M IBIP-INSKEN

Gagasan Usahawan Mukmin (10)

Mereka mahu mewujudkan jaringan dan pemaufakatan yang harmonis sesama usahawan dan bukannya mahu bersaing serta berlawan sesama sendiri.

Mereka sedar usaha ini tidaklah mudah kerana sikap cemburu dan dengki sesama sendiri sudah agak lama berakar umbi. Zaman berlumba lumba telah pun berlalu kini adalah zaman bekerjasama menjana keuntungan dan meningkatkan keberkatan.


Gagasan Usahawan Mukmin (9)

Buat apa yang dicakap
Cakap apa yang dibuat.

BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Sabah


Gagasan Usahawan Mukmin (8)

Mereka tidak membakar hasil tanaman atau ternakan demi untuk mengawal harga di pasaran. Mereka tidak meniru cara kapitalis.

Mereka bersyukur bila memdapat lebihan rezeki dan mereka tidak kufur akan nikmat yang Allah beri. Mereka sedar akan tanggungjawab sosial. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.

Gagasan Usahawan Mukmin (7)

Mereka tidak menghitung kejayaan bisnes mereka dari perspektif berapa besar dan mewahnya kereta yang dipakai, berapa tingkat dan berapa besar bunglow dan juga berapa ramai isterinya. Mereka tidak berbangga dengan bintang kebesaran dan kemewahan hidupnya.


Mereka berbangga dengan jumlah zakat dan cukai yang mereka bayar. Mereka seronok menghitung ramainya pekerja yang disara dan seronok pula menjaga kebajikan para pekerja. Mereka berusaha meningkatkan khidmat CSR supaya semakin ramai masyarakat dapat dibela.

BizCoach Din Deraman
Di Anjung Senja, Kota Kinabalu.