Publik Program 2018

Anjuran 
iMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN
Kendalian
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach





Tunggu Program Berimpak Tinggi
Pada 2019 !




MASTER TRAINER


Tip Trainer Superb

1. Gunakan pendekatan pembelajaran yang berbeda-beda, 
misalnya guna kaedah dan pendekatan VAK, CASIC, MATS,TSDR dan lain lain.

2. Tidak membebel bebel, membawang bawang di hadapan para peserta.

3. Tidak berlebih lebihan memuji muji diri sendiri di hadapan peserta.
Minta peserta google website, blogspot kita.

4. Tidak menjadi Profesor Serba Tahu. Tidak Mengaku pakar itu pakar ini.

5. Wujudkan komunikasi 2 hala, berinteraktif dan bukannya cakap syok sendiri.

6. Tidak banyak mengguna bahasa jargon atau yang double meaning serta joke lucah.

7. Mesra dan sesekali berjenakalah secara sopan.

8. Role play, Aktiviti yang relevan. Tidak sekadar suka suka tanpa tujuan.

9. Berketerampilan yang bersesuaian, ikut TOPP.

10. Apa Lagi ....?



NOTA MINDA USAHAWAN 102


7 Sikap Seorang Pejaya
1. Sentiasa bijak Memanfaatkan masa. Menjauhi kerja sia sia yang tidak membawa sebarang faedah.

2. Merasa bertanggung jawab dan mengambil tanggungjawab tanpa menyerahkan sebarang urusan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab.

3. Suka berkongsi dan Banyak memberi dari gemar meminta minta.

4. Berorientasikan hasil dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

5. Sentiasa mahu belajar perkara baru sesuai dengan perubahan masa dan zaman.

6. Melihat perkara positif dalam setiap perkara dan kejadian. Mengambil ikhtibar dan memperbaiki semula akan tindakan.

7. Bersikap pro aktif berbanding pasif. Lebih Bertindak dari sekadar berharap.



Prinsip Asas Kejayaan
1. Rajin dan Gigih
2. Jujur dan Amanah
3. Membantu dan Memudahkan Pelanggan
4. Tidak Dengki Kianat sesama Peniaga
5. Bersedekah dan Berzakat.
6. Menjaga Solat dan Halal Haram
7. Apa Lagi?


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
BizCoach Din Deraman
in Action
iMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN

BUSINESS CHECKUP



Apa pentingnya Check List?
Apa perlunya membuat semakan dan penelitian semula?

+ supaya perkara penting tidak terlupa
+ supaya yang utama diutamakan
+ supaya tidak leka dan lalai
+ supaya pengurusan dan kawalan masa lebih berkesan
+ supaya matlamat sebenar tidak tersasar
+ supaya halangan semasa dapat diuruskan
+ supaya .... apa lagi?


Inilah antara matlamat perbincangan dalam bengkel 2 hari 
BUSINESS CHECKUP : checkList dan Goalsetting. 
Kendalian :
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach.
TUNGGU SIRI BERIKUTNYA !
KANDUNGAN BENGKEL 2 HARI.
IMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN

Pengurusan Kewangan & Penyediaan Belanjawan


9 SEBAB MENGAPA PENGURUSAN KEWANGAN DAN 
PENYEDIAAN BELANJAWAN SANGAT PENTING :

1. Laporan kewangan boleh mengukur PENCAPAIAN syarikat kerana kitalah yang wajib tahu pencapaian sebenar perniagaan kita.

2. Syarikat memerlukan sistem akaun untuk menghasilkan SOP KEWANGAN yang berkesan.

3. Memudahkan tugas MENGURUS DUIT masuk dan keluar syarikat secara lebih sistematik dan mampu mengurangkan penyelewengan duit syarikat.

4. Memudahkan syarikat membuat BAJET perancangan bagaimana untuk lebih maju di masa hadapan.

5. Membantu syarikat dalam membuat KEPUTUSAN yang penting dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

6. Laporan Kewangan akan menunjukkan samada STRATEGI yang digunapakai sekarang berkesan ataupun sebaliknya.

7. Memudahkan syarikat membuat PENAMBAHBAIKAN serta penyesuaian supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

8. Laporan kewangan juga diperlukan oleh pihak luar seperti bank, pembekal & PELABUR untuk menilai keupayaan syarikat.

9. Laporan kewangan adalah wajib untuk tujuan penaksiran cukai, membuat pinjaman, membayar ZAKAT dan sebagainya.


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Seni Membuat Keputusan


PENGURUSAN KRISIS, PROBLEM SOLVING
Seni Membuat Keputusan

Pernahkan Tuan Puan Saudara Saudari 
menghadapi kesukaran dalam membuat sesuatu Keputusan, membuat Pilihan?


Mahukah saya kongsikan 5 Langkah yang asas?

1. Tentukan Objektif dan Manfaat yang dimahui.
Manfaat Nyata Dan Manfaat Terselindung.

2. Dapatkan maklumat yang Relevan

3.Pilih 2 jawapan terbaik serta Lakukan Timbangtara.
Gunakan Model Perangkap Udang Kara !

4. Lakukan Solat Istiqorah.
Pilih 1 yang terbaik manfaatnya. 

5. Laksanakan Pilihan dengan Penilaian.
Kenalpasti Titik Tidak Boleh Patah Balik, PNR.

Kita Lakukan Yang Terbaik. Mohon Allah Permudahkan, Amin !


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach



NOTA MINDA USAHAWAN 101


1. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Tidak bergerak satu zarah pun tanpa izin dari Pencipta yang maha Esa. Ambil kemungkinan positif. Bangkit dan bergerak dari kemungkinan positif itu. 


2. Buang perkataan "gagal" dari kamus diri. Kita tidak gagal. Kita hanya mendapat keputusan yang tidak kita inginkan, mungkin belum menguntungkan. InsyaAllah di lain waktu kita akan dapat Hasil yang lebih menguntungkan.

3. Apa jua yang berlaku. Kita tanggung dan jawab. Usah mengelak. Kita tanggung dan kita jawab. Kita Bertanggungjawab!

4. Adalah penting untuk tahu “Perkara Perkara Perlu”. Namun tidak perlu tahu semua perkara sampai terperinci. Gunakan pengetahuan “Perkara Perlu” itu untuk mula menapak ke Mercu Jaya.

5. Manusia adalah aset penting. Raikan mereka. Hargai mereka. Sentuh perasaan mereka. Belai ego mereka dengan kata kata penghargaan. Belajar teknik mengurut ego. "Layan Mereka Seperti Layan Diri Sendiri". Inilah bentuk kekuatan yang sungguh ampuh untuk berjaya.

6. Bekerja itu nikmat anugerah Allah. Buat apa yang kita seronok. Buat apa yang menggembirakan. Di kabarkan bahawa 95% manusia mengheret kaki dengan rasa tidak terdaya, memaksa diri ke tempat kerja. Alangkah sia sianya hidup terdera seumpama ini.

7. Tiada kejayaan tanpa KOMITMEN. inilah kunci pembuka mangga. Berikan 100%. Berikan jiwa dan harga. Bayar harga untuk berjaya dan InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.



Kita Usahakan Sehabis Daya, Allah Tentukan Semahu-Nya.

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach