1. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Tidak bergerak satu zarah pun tanpa izin dari Pencipta yang maha Esa. Ambil kemungkinan positif. Bangkit dan bergerak dari kemungkinan positif itu.
2. Buang perkataan
"gagal" dari kamus diri. Kita tidak gagal. Kita hanya mendapat
keputusan yang tidak kita inginkan, mungkin belum menguntungkan. InsyaAllah di
lain waktu kita akan dapat Hasil yang lebih menguntungkan.
3. Apa jua yang berlaku. Kita
tanggung dan jawab. Usah mengelak. Kita tanggung dan kita jawab. Kita
Bertanggungjawab!
4. Adalah penting untuk tahu
“Perkara Perkara Perlu”. Namun tidak perlu tahu semua perkara sampai
terperinci. Gunakan pengetahuan “Perkara Perlu” itu untuk mula menapak ke Mercu
Jaya.
5. Manusia adalah aset
penting. Raikan mereka. Hargai mereka. Sentuh perasaan mereka. Belai ego mereka
dengan kata kata penghargaan. Belajar teknik mengurut ego. "Layan Mereka
Seperti Layan Diri Sendiri". Inilah bentuk kekuatan yang sungguh ampuh
untuk berjaya.
6. Bekerja itu nikmat anugerah
Allah. Buat apa yang kita seronok. Buat apa yang menggembirakan. Di kabarkan
bahawa 95% manusia mengheret kaki dengan rasa tidak terdaya, memaksa diri ke
tempat kerja. Alangkah sia sianya hidup terdera seumpama ini.
7. Tiada kejayaan tanpa
KOMITMEN. inilah kunci pembuka mangga. Berikan 100%. Berikan jiwa dan harga.
Bayar harga untuk berjaya dan InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.
Kita Usahakan Sehabis Daya, Allah Tentukan Semahu-Nya.
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
No comments:
Post a Comment