BISNES KAD >IMEJ DAN DUTA SYARIKAT


Berapa kerap anda menghulur atau menerima kad ? Busines kad mengambarkan imej pemberi dan imej syarikat yang diwakilinya. Busines kad juga sebagai pembuka bicara kata bila dua orang berjumpa. Banyak kelihatan Busines kad yang pelik-pelik yang tidak jelas apa Bisnesnya. Jangan ambil mudah tentang imej Bisnes kad anda. Bisnes kad juga boleh bertindak sebagai Duta Syarikat, jaga-jaga dengan "1st impression" pelanggan terhadap bisnes anda!. Bisnes kad memang ada 'fengshui'nya yang tersendiri.
Rekabentuk dan grafik pada Bisnes kad perlu ringkas dan kemas serta sedap mata memandang supaya senang untuk melekat di minda pelanggan dan bakal pelanggan. Diantara maklumat asas yang perlu ada dalam bisnes kad adalah nama pemilik dan nama syarikat yang diwakilinya, alamat operasi, nombor telipon talian tetap dan talian mudah alih, serta email dan juga laman website syarikat. Perlu juga diletakan jenis perniagaan yang dijalankan atau industri yang diceburi.

Pengamatan penulis kepada ratusan bisnes kad yang masih dalam simpanan semasa berurusan dengan pejabat kerajaan, pihak swasta, syarikat persendirian serta syarikat koperat menampakkan beberapa format yang agak ketara perbezaannya. Kad dari kakitangan kerajaan biasanya mempunyai format yang sama untuk satu-satu kementerian dan formatnya tidak pula banyak berbeza diantara satu kementerian dengan kementerian yang lain. Kad kakitangan kerajaan lebih menunjukan bahawa mereka adalah dalam orientasi perkhidmatan (servis orientasi) manakala kad-kad syarikat koperat dan swasta menunjukan mereka dalam orientasi keuntungan (profit orientasi).

No comments: