Aksi MINDApreneur : Peraturan Emas

7 Peraturan Emas Sebagai Amalan Seorang Usahawan :
Peraturan 1:
 Mengurus perniagaan dengan pelan jangka panjang, jelas RoadMap.
 Tidak terlalu terpengaruh dan leka dengan trend semasa serta
 pasaran panas semata mata.

Peraturan 2:
Membina pendekatan yang berasaskan Orientasi Pelanggan dengan mengutamakan manfaat pelanggan (Value Proposition) berbanding penonjolan kekuatan peribadi dan kegagahan syarikat yang seperti syok sendiri.

Rendahkan ego sendiri dan tinggikan ego pelanggan.


Coach Din Deraman @ PLF Business Presentation


Peraturan 3:
 Bina team pengurusan yang berkesan.
 Bermula dengan seorang diri, duplikasikan kepada Tiga, kemudiannya 5 dan seterusnya kepada 7 orang yang berkesan. Mereka adalah orang orang yang memegang kunci kunci kejayaan
(KOP : Key Operating Person)

Ini adalah langkah pertama bagaimana bisnes tuan puan boleh beropersai dengan rancak dan maju tanpa kehadiran diri tuan puan mengendalikannya secara langsung.

Peraturan 4:
Letakkan system pada tempatnya, kerja dan urusan akan berjalan lancar samada dengan kehadiran kita maupun tanpa kehadiran kita.

Setelah ditempatkan orang orang yang wajar (KOP) pada posisi yang betul, jalinkan pula mereka dengan system yang cekap (SOP). Gabungan KOP+SOP akan membawa bisnes kita ke mercu jaya !

Peraturan 5:
 Bercita cita untuk semakin membesar dan mengorak langkah semakin jauh.
 Dari syarikat enterprise kepada syarikat sendirian berhad dan kepada berhad.
 Dari ROB kepada ROC, Dari lokal kepada global.

Meningkatkan reputasi dengan misi korporat.
Meningkatkan harga diri dan maruah diri dengan menjauhi amalan keparat.


Coach Din Deraman @ Bengkel MINDApreneur RoadMap


Peraturan 6:
 Bangunkan punca hasil dan pendapatan dari sumber yang pelbagai namun saling lengkap melengkapi antara satu sama lain samada dari barisan produk mahupun dari projek hiliran
atau huluan.

Pergantungan kepada satu satunya hasil sumber melebihi kadar 20% amatlah berisiko kepada perniagaan untuk suatu jangka masa. Takkala ada 5 sumber adalah lebih stabil dan lebih sustainable.

Renung renungkan pada jari yang 5 !

Peraturan 7:
 Simpan semua dokumen dan data transaksi bisnes dalam system file yang sistematik dan berkesan. Setiap urusniaga ada rekodnya dan setiap rekod ada maknanya yang tersendiri. Takkala mengalami krisis dan dijangkiti 4 penyakit serangkai, 'doktor' yang mahu merawat memerlukan data data lepas sebagai panduan pemulihan.

Syabas kepada mereka yang telah menyimpan data dan rekod secara sistematik.
Kepada yang belum bermula, mulakan sekarang juga !