7 Peraturan Emas Sebagai Amalan Seorang
Usahawan :
Peraturan 1:
Mengurus perniagaan dengan pelan jangka
panjang, jelas RoadMap.
Tidak terlalu terpengaruh dan leka dengan
trend semasa serta
pasaran panas semata mata.
Peraturan 2:
Membina pendekatan yang berasaskan Orientasi
Pelanggan dengan mengutamakan manfaat pelanggan (Value Proposition) berbanding
penonjolan kekuatan peribadi dan kegagahan syarikat yang seperti syok sendiri.
Rendahkan
ego sendiri dan tinggikan ego pelanggan.
Peraturan
3:
Bina team pengurusan yang berkesan.
Bermula dengan seorang diri, duplikasikan
kepada Tiga, kemudiannya 5 dan seterusnya kepada 7 orang yang berkesan. Mereka
adalah orang orang yang memegang kunci kunci kejayaan
(KOP : Key Operating Person)
(KOP : Key Operating Person)
Ini
adalah langkah pertama bagaimana bisnes tuan puan boleh beropersai dengan
rancak dan maju tanpa kehadiran diri tuan puan mengendalikannya secara
langsung.
Peraturan 4:
Letakkan system pada tempatnya, kerja dan
urusan akan berjalan lancar samada dengan kehadiran kita maupun tanpa kehadiran
kita.
Setelah
ditempatkan orang orang yang wajar (KOP) pada posisi yang betul, jalinkan pula
mereka dengan system yang cekap (SOP). Gabungan KOP+SOP akan membawa bisnes
kita ke mercu jaya !
Peraturan
5:
Bercita cita untuk semakin membesar dan
mengorak langkah semakin jauh.
Dari syarikat enterprise kepada syarikat
sendirian berhad dan kepada berhad.
Dari ROB kepada ROC, Dari lokal kepada global.
Meningkatkan
reputasi dengan misi korporat.
Meningkatkan harga diri dan maruah diri dengan
menjauhi amalan keparat.
Peraturan
6:
Bangunkan punca hasil dan pendapatan dari
sumber yang pelbagai namun saling lengkap melengkapi antara satu sama lain
samada dari barisan produk mahupun dari projek hiliran
atau huluan.
atau huluan.
Pergantungan
kepada satu satunya hasil sumber melebihi kadar 20% amatlah berisiko kepada
perniagaan untuk suatu jangka masa. Takkala ada 5 sumber adalah lebih stabil
dan lebih sustainable.
Renung
renungkan pada jari yang 5 !
Peraturan
7:
Simpan semua dokumen dan data transaksi bisnes
dalam system file yang sistematik dan berkesan. Setiap urusniaga ada rekodnya
dan setiap rekod ada maknanya yang tersendiri. Takkala mengalami krisis dan
dijangkiti 4 penyakit serangkai, 'doktor' yang mahu merawat memerlukan data
data lepas sebagai panduan pemulihan.
Syabas
kepada mereka yang telah menyimpan data dan rekod secara sistematik.
Kepada yang belum bermula, mulakan sekarang
juga !
No comments:
Post a Comment