#1: Membuat Keputusan
Apa sebabnya takut buat keputusan?
Apa
sebabnya lambat buat keputusan?
Apa
sebabnya teragak agak buat keputusan?
Apakah bezanya mereka yang Berjaya dengan
mereka yang Gagal?
Mereka
gagal bukan kerana kurangnya kebolehan,
tidak
juga kerana kurangnya pengetahuan,
tidak
juga kerana tiada pengalaman,
Kerana
salah mengambil keputusan.
Kita merancang, Allah juga merancang.
Tiadalah kejayaan dalam keputusan yang
berlawanan dengan sunnahtullah.
Mohon
Pertunjuk Allah dalam membuat sebarang keputusan !
#2 : Ketampanan Sosial
Mahukah tuan puan saudara saudari saya
kongsikan langkah perlu
untuk meningkatkan Ketampanan Sosial dan Modal Sosial :
untuk meningkatkan Ketampanan Sosial dan Modal Sosial :
+Tingkatkan kemahiran berkomunikasi
+Tingkatkan kemahiran berunding
+Tingkatkan budaya kerjasama
+Tingkatkan reputasi dan prestasi
+Tingkatkan kepandaian mengurus persepsi
+Tingkatkan Nilai Moral, jaga Akhlak
+Tingkatkan kebolehan dipercayai ; jujur
amanah setia dan ikhlas
Perlu tingkatkan apa lagi?
Coach Din Deraman Bersama Mantee Rosidi Sohod
#3 :Sedar Di Mana Berada dan Ke Mana Matlamatnya.
Apakah matlamat besar dalam hidup
selain
menuju kepada matlamat manusia dihidupkan.
Kejayaan hidup hakiki takkala fokus kepada
tujuan manusia dihidupkan.
Berfikiran positif takkala percaya matlamat
itu dapat digapai dan dicapai.
Kejayaan itu takkala mengikuti sunnahtullah
dan syariatullah.
Tindakkan yang betul itu takkala selari dengan
reda Allah.
Usaha
itu tidak sia sia bila niat kerana Allah.
Cabaran itu menjadi kecil bila iman didada.
#4 : Untuk Apa Semua Ini?
Untuk apakah kerja keras hari ini?
untuk
hari esok yang lebih baik !
Untuk apakah mencari ilmu hari ini?
untuk
memimpin hari esok !
Untuk apakah membuat keputusan penting hari
ini?
untuk
mengecapi kejayaan hari esok !
Hari Esok pasti ada banyak perubahan yang
akan berlaku,
Sesiapa yang tidak berubah pasti akan rebah.
#5 : Kecemerlangan = Kerja Keras + Kerja cerdas +
Kerja Ikhlas
Firman Allah menjadi Pendorong :
“Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon".
[ Ash-Syarh 5-8]
[ Ash-Syarh 5-8]
Takkala mereka benar benar mahukan kejayaan,
mereka
perlu bergerak, perlu berpindah dari tempat di mana mereka sedang berdiri ke
tempat di mana mereka mahu pergi. Di antara dua tempat itu ada satu jambatan
yang perlu mereka lalui, yang perlu diseberangi !
5 Perkara asas yang mereka perlukan untuk
menyemberangi jambatan tersebut:
1.
Kemahuan yang pasti, kehendak yang jitu
2.
Tahu Kekukuhan jambatan
3.
Semangat dan tekad yang kental
4.
Nasihat dan tunjukajar dari mereka yang telah Berjaya menyemberangi
5.
Yakin dan Tawakal
#6 : Peraturan Emas
3
peraturan Emas yang sering diperingatkan :
+ Tidak membuat andaian terhadap semua
perkara, dapatkan data dan fakta.
+
Tidak terus percaya kepada semua perkabaran yang diterima atau dimaklumkan.
Sahkan maklumat tersebut.
+
Tidak beremosi. Pandai mengawal emosi asas kebijaksanaan.
Coach Din Deraman @ Membangun 13 Potensi Diri
No comments:
Post a Comment