Pengurusan Kewangan & Penyediaan Belanjawan


9 SEBAB MENGAPA PENGURUSAN KEWANGAN DAN 
PENYEDIAAN BELANJAWAN SANGAT PENTING :

1. Laporan kewangan boleh mengukur PENCAPAIAN syarikat kerana kitalah yang wajib tahu pencapaian sebenar perniagaan kita.

2. Syarikat memerlukan sistem akaun untuk menghasilkan SOP KEWANGAN yang berkesan.

3. Memudahkan tugas MENGURUS DUIT masuk dan keluar syarikat secara lebih sistematik dan mampu mengurangkan penyelewengan duit syarikat.

4. Memudahkan syarikat membuat BAJET perancangan bagaimana untuk lebih maju di masa hadapan.

5. Membantu syarikat dalam membuat KEPUTUSAN yang penting dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

6. Laporan Kewangan akan menunjukkan samada STRATEGI yang digunapakai sekarang berkesan ataupun sebaliknya.

7. Memudahkan syarikat membuat PENAMBAHBAIKAN serta penyesuaian supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

8. Laporan kewangan juga diperlukan oleh pihak luar seperti bank, pembekal & PELABUR untuk menilai keupayaan syarikat.

9. Laporan kewangan adalah wajib untuk tujuan penaksiran cukai, membuat pinjaman, membayar ZAKAT dan sebagainya.


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

No comments: