Apa yang telah saya
pelajari dari madrasah Ramadan yang lalu dan berazam untuk dijadikan amalan
hingga ke akhir hayat, insyallah :
1. Mengurus Masa Tidur dan
Bangun - Tidur sekitar jam 11:30 malam dan bangkit sekitar jam 4:30 pagi telah
menjadikan saya lebih segar dan produktif serta terhindar dari banyak tipu
muslihat dan godaan kegelapan malam.
2. Mengurus jadual makan -
makan semi-berat pada awal pagi serta lewat petang telah menjadikan perut saya
kempis dan berat badan yang ideal. Badan rasa lebih ringan dan lebih sihat.
3. Mengurus masa mengikut
Teknik 5 waktu - Solat berjamaah di awal waktu telah menjadikan saya begitu
peka terhadap masa dan terasa panjangnya tempoh waktu dari satu waktu ke waktu
seterusnya. Natijahnya saya dapat mengurus mengikut keutamaan dengan lebih
teratur.
BizCoach Din Deraman
Perunding Minda Usahawan
4. Mengawal tingkahlaku
dan tuturkata - Ramadan menjadikan saya lebih mampu mengawal tingkahlaku serta
tuturkata, Takkala timbul rasa geram dan mahu marah, maka diingatkan kepada
diri sendiri dengan ungkapan keramat : "Aku Berpuasa".
5. Menyemarakkan amalan
memberi - Ramadan seperti mendorong hati saya menjadi yang lebih pemurah, mahu
memberi sedaya upaya kepada mereka yang kurang upaya. Mohon Allah sentiasa
tingkatkan keupayaan diri bagi membantu insan yang kurang upaya, amin !
6. Memperuntukan masa
membaca dan menghayati kandungan suci AlQuraan - beberapa ayat dalam sehari
telah meningkatkan kesedaran dan kefahaman.
7. Bercakap bila perlu dan
tidak berlebih lebihan dalam berbicara namun lebih mesra kawan takkala
bersalaman dan berurusan .
Mohon dapat beristiqomah,
amin !
Dengan Ingatan Tulis ikhlas dari Bizcoach Din Deraman
No comments:
Post a Comment