Gagasan Usahawan Mukmin
(11)
Keluar pagi balik petang,
Tanggungjawab keluarga
tidak diabaikan,
Rezeki dicari dijemput
lalu diagih agihkan,
Yakin rezeki itu Allah
yang kurniakan.
Firman Allah dalam surah
Ath-Thalaq sebagai pedoman :
"Dan Dialah
memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka sangka dan sesiapa bertawakal
kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
setiap sesuatu"
BizCoach Din Deraman
Musafir Ilmu ke Kota Kinabalu
4H3M IBIP-INSKEN
Gagasan Usahawan Mukmin
(10)
Mereka mahu mewujudkan
jaringan dan pemaufakatan yang harmonis sesama usahawan dan bukannya mahu
bersaing serta berlawan sesama sendiri.
Mereka sedar usaha ini
tidaklah mudah kerana sikap cemburu dan dengki sesama sendiri sudah agak lama
berakar umbi. Zaman berlumba lumba telah pun berlalu kini adalah zaman
bekerjasama menjana keuntungan dan meningkatkan keberkatan.
Gagasan Usahawan Mukmin (9)
Buat apa yang dicakap
Cakap apa yang dibuat.
BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Sabah
Bersama Para Usahawan Sabah
Gagasan Usahawan Mukmin (8)
Mereka tidak membakar hasil tanaman atau
ternakan demi untuk mengawal harga di pasaran. Mereka tidak meniru cara
kapitalis.
Mereka bersyukur bila memdapat lebihan
rezeki dan mereka tidak kufur akan nikmat yang Allah beri. Mereka sedar akan
tanggungjawab sosial. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.
Gagasan Usahawan Mukmin (7)
Mereka tidak menghitung kejayaan bisnes
mereka dari perspektif berapa besar dan mewahnya kereta yang dipakai, berapa
tingkat dan berapa besar bunglow dan juga berapa ramai isterinya. Mereka tidak
berbangga dengan bintang kebesaran dan kemewahan hidupnya.
Mereka berbangga dengan jumlah zakat dan
cukai yang mereka bayar. Mereka seronok menghitung ramainya pekerja yang disara
dan seronok pula menjaga kebajikan para pekerja. Mereka berusaha meningkatkan
khidmat CSR supaya semakin ramai masyarakat dapat dibela.
BizCoach Din Deraman
Di Anjung Senja, Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment