Usahawan : Bersedia Menghadapi Cabaran !!!

Tahun Naga Air 2012–Antara ramalan dan kenyataan? Pakar feng shui meramalkan bidang bisnes  yang berunsur Air dan Tanah akan menghadapi cabaran yang lebih besar berbanding dengan bisnes bidang yang berelemen Api, Logam dan kayu. Mengapa?
Kategori Bidang Perniagaan mengikut elemen/unsur:
Air >Logistik, Hotel, Pengangkutan, Perikanan
Tanah> Perlombongan dan Hartanah
Api>Petrolium, Eletrik, Eletronik, Telekomunikasi, Hiburan
Logam> Perbankan, Emas, Perak, sistem keselamatan
Kayu> Balak, Pendidikan, Penerbitan, Ekologi
Apakah bidang bisnes yang tidak melibatkan kaum Cina? Hampir tidak ada bidang bisnes yang tidak melibatkan mereka. Makanya kepercayaan dan amalan perniagaan cina khususnya di Malaysia,  pastinya ada pengaruhinya tersendiri. Bagaimana Usahawan Bumiputra, Usahawan Muslim bersiap sedia menghadapi cabaran mendatang?
>Salam dari DinDeraman @ 23Jan 2012

DEMI ITU, DEMI INI, DEMI APA ???

  1. Demi pagi yang indah, Demi hari yang lebih cemerlang !!! Kita adalah umat yang rajin, kita adalah umat yang tahu tanggungjawab, kita adalah umat yang ada matlamat hidup yang jelas dan tahu arah dan tujuan hidup untuk mendapat Redha Allah. Jom melangkah dengan penuh bersemangat !!!
  2. Demi masa depan, Berubahlah sebelum rebah ! Berubahlah sebelum punah !! [Marilah kita Renungi firman Allah : Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri –Ar Rad 11.] Mahukah tuan-puan saya sarankan Langkah pertama yang mudah untuk berubah? Mulailah dengan mengubah tabiat dan perangai buruk diri sendiri !!!
  3. Demi kesedaran diri sendiri, Saya bertanya kepada seorang remaja yang tinggal berjiran dengan saya “apakah yang mendorong beliau rajin datang kesurau untuk solat berjamaah?” Beliau menjawab “setiap kali mendengar azan, setiap kali mendengar seruan > Marilah mengerjakan solat, Marilah menuju kepada kejayaan, hatinya tidak senang duduk jika tidak seruan yang Allah janjikan. Tambahnya lagi, disubuh hari bila beliau mendengar seruan- sesungguh solat itu lebih baik dari tidur, matanya tidak dapat lena lagi. MasyaAllah, saya terkedu mendengar jawapan remaja itu. MasyaAllah.
  4. Demi kecemerlangan diri sendiri, sesungguhnya kita tidak akan menjadi individu yang cemerlang selagi kita mempersia-siakan masa , selagi kita tidak menunaikan kerja, tugasan dan amanah pada masa dan ketikanya. Mahukah tuan-tuan saya kabarkan kaedah bagaimana supaya kita disegangi, kita disukai, kita dihurmati ? Tepatilah Masa dan Taatilah Waktu !!!
  5. Demi jiwa yang Tenang. Kita tidak mungkin tenang sehinggalah kita berganjak dari makam nafsu Amarah, Lawamah kepada Makam Mutmainnah. Mahukah tuan puan saya khabarkan bagaimana untuk mendapat ketenangan yang hakiki? Solatudaim-penyaksian kepada Allah setiap ketika, ketika susah dan ketika senang !!!
  6. Demi hari esok yang lebih cemerlang !!! sebelum lelapkan mata, ingatkan kepada diri sendiri tentang perkara-perkara penting yang perlu dilunaskan esok hari. Hayatilah kata-kata : "kita menjadi malas, kita bermalas-malasan, kita menjadi tidak bersemangat bilamana kita tidak jelas akan matlamat hidup kita sendiri dan kita tidak pasti kenapa sesuatu perkara itu patut diLakukan"  Moga-moga kita bangun dengan selamat dan penuh bersemangat !!!
  7. Demi keserasian, Bilamana kita semakin menghitung-hitung perbezaan, kita sebenarnya semakin menjauhi. Bilamana kita mencari-cari persamaan, kita sebenarnya semakin mendekati antara satu sama lain. Binalah keserasian semoga semakin erat silaturrahim !!!
  8. Demi pagi yang indah, kita tidak mungkin rasa gembira dan rasa ceria sehinggalah kita bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah kita kecapi dari anugerah Allah. Mahukah tuan-puan saya jelaskan bagaimakah supaya kita mulai pagi ini dengan penuh kecerian? Senyumlah !!!
  9. Demi mengejar peluang, Saya memberitahu kepada sekumpulan Usahawan “Seseorang itu lebih bermotivasi untuk berjaya bilamana kita melebarkan peluang mereka berbanding dengan menyempitkan peluang untuk mereka - Lantaran itu jika ada kakitangan yang menghantar surat perletakan jawatan kerana ingin memulakan perniagaan sendiri, ingin menjadi majikan dan mengajikan orang lain, segeralah luluskan permohonan mereka dan doakan kejayaan mereka. Kepergian mereka akan memberi peluang kepada kita untuk berbakti kepada orang lain yang sedang mencari pekerjaan. Maka semakin ramailah mereka yang mendapat peluang” !!!
  10. Demi meramaikan lagi bilangan peniaga dan pedagang Bumiputra, tuan-puan para usahawan tidak akan dapat bertahan lama, tidak akan mampu berdayasaing sehinggalah tuan-puan mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak. Mahukah tuan-puan saya terangkan cara untuk mendapat kepercayaan orang lain? Buatlah yang Betul dengan Betul dan Buatlah Betul-Betul.
  11. Demi masa, Merenung masa depan dengan penuh pengharapan ...mengenang masa silam dengan penuh kesedaran ... melihat kepada diri yang penuh kekerdilan ....melihat kepada alam yang penuh dengan tanda tanda kebesaran ... Renung-renungkanlah !!!
  12. Demi masa depan bangsa Melayu, kuasa politik orang Melayu tidak akan kekal lama sehinggalah orang-orang Melayu bersatu, sehinggalah mereka berhenti bercakaran sesama sendiri. Mahukah saudara/i saya terangkan bagaimanakah melayu dapat bersatu ? Kembalilah kepada ajaran islam dan berpegang teguhlah dengan Tali Allah.
  13. Demi Masa, Demi hari yang lebih panjang, Mari kita mulakan kehidupan seawal jam 5 pagi supaya kita menikmati panjangnya masa dalam sehari. Pagi yang mendamaikan membawa minda kita ke alam alpha yang menjadikan kita lebih bersemangat dan bertenaga serta bersiap sedia meredah kehidupan dan perjuangan ....!!!
  14. Demi Layanan yang lebih baik, Layanan yang kita terima dari orang lain seringkali dikaitkan dengan imej yang kita tonjolkan samada imej penampilan maupun imej pemikiran. kekawan fb biasanya melayan kita berdasarkan apa yang kita tulis pada entri dan pada komen komen kita. Gambar-gambar yang kita letak pada profile dan album di fb juga mengambarkan imej penampilan diri kita. Kita tentunya mahu dilayan secara baik dan dihurmati maka kita terlebih dahulu perlu amati imej yang kita sendiri tonjolkan....!!!
  15. Demi kerana Tolenrasi , Bila ada kereta yang meluncur laju di belakang kereta saya, saya akan bagi mereka laluan dengan salah satu dari 3 alasan yang saya ada. Alasan pertama saya katakan kereta mereka masih baru dan cc nya lebih besar, alasan kedua jika pun kereta mereka dah buruk dan cc nya lebih kecil - saya katakan mereka mempunyai hajat yang lebih mendesak dan alasan ketiga ialah saya tidak perlu terlalu laju dan terburu-buru kerana saya mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke distinasi saya. Bagaimana pula dengan tuan-puan, apa pula alasan yang diberi ???
  16. Demi sebuah matlamat, Mulakan dengan langkah yang betul, hayunan yang padu, matlamat distinasi yang jelas. Tabahlah dalam perjalanan kerana halangan sentiasa ada dimana-mana jua - membujur lalu melintang patah !!!
  17. Demi menjaga badan dan kesihatan, Rata-rata makanan yang mudah menggemukan itu mahal harganya, namun begitu masih ramai yang sanggup membayarnya. Setelah sedar bahawa diri sudah semakin gemuk, semakin berisi, semakin tidak selesa dan semakin tidak sihat, mulalah berusaha untuk menghilangkan kegemukkan. Menghilangkan kegemukkan untuk kembali slim juga mahal perbelanjaannya.
  18. Demi hidup yang harmonis, hidup ini banyak pantang larangnya, hidup ini ada batas sempadannya. Ada batasan adat, Ada larangan Agama, Ada sekatan undang-undang negara. renungilah pepatah – hidup dikandung adat, mati dikandung tanah !!!
  19. Demi kecemerlangan masa depan anak-anak, sesunggguhnya anak-anak kita tidaklah bertambah pandai dan cemerlang dengan kita berleter hampir sepanjang masa, dengan kita memaksa dan mendera dengan cara kita. Mahukah tuan-puan saya khabarkan cara dan kaedah supaya anak-anak bertambah bijak dan tahu berdikari? Banyakkan memberi pujian dan galakan serta lebarkan peluang kepada mereka !!!
  20. Demi kejayaan hakiki, Dari seawal di Tadika kita diberitahu dan kini kita pula memberitahu anak-anak supaya jadi orang yang Berjaya. Belajar rajin-rajin supaya dapat nombor SATU dapat 5A upsr, 10A pmr, 21A spm dan Ijazah Kelas Pertama. Apa yang jarang kita diberitahu atau memberitahu ialah "Jadilah orang yang Berguna, Bernilai kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan Agama" [Tidak cukup sekadar BERJAYA jika Tidak BERGUNA/BERNILAI]!!! 
  21. Demi jiwa yang tenang, sesungguhnya mereka tidak akan mencapai kejayaan dan kebahagian yang hakiki dengan jiwa yang bergelora dan minda yang berserabut. Mahukah tuan puan saya kabarkan bagaimana jiwa menjadi tenang? Solat dan Zikirullah !
  22. Demi pagi yang indah lagi mendamaikan, sesungguhnya mereka telah kehilangan semangat dan telah bermalas malasan. Mengapakah mereka telah jadi sedemikian? kerana mereka sudah kehilangan matlamat hidup dan matlamat perjuangan. Ayuh bangkit !!
  23. Demi malam yang indah, sesungguhnya mereka tidak akan dapat tidur dengan lena dalam keadaan hati yang gusar dan fikiran yang berserabut. Mahukah tuan tuan saya cadangkan satu amalan mudah supaya dapat tidur dengan lena? perbanyakan zikirullah !
    Bagaimanakah Panjangnya Getah > bila Getah ditarik tarik ...!
    Bagaimanakah Panjangnya Akal > bila Akal didesak desak ...!
    NOTA: semua catitan ini adaalah sebahagian dari posting DinDeraman di wall fb dari hari ke hari.Terima Kasih

Buat Yang Betul dan Buat Dengan Betul serta Buat Betul-Betul !!!

Buat Yang Betul !
Adakalanya kita berada dalam dilemma untuk membuat pilihan. Kita teragak-agak untuk memilih kerana bimbang akan tersalah pilih. Bimbang akan mengalami kerugian atau akan menerima padah akibat dari kesilapan memilih. Bagaimanakah caranyanya supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat, Buat Yang Betul ? Asas pemilihan mengikut pandangan orang yang bijak bistari adalah :

1. Nilai Betul dan Nilai Salah telah digariskan dengan jelas dalam Hukum islam, Hukum Negara, Hukum Adat dan Hukum Etika. Nilai dan Hukum yang manakah telah menjadi rujukan dan pegangan kita ?
2.    Bandingkan Data Empirikal dan Fakta Lepas – mungkin hal yang sama pernah berlaku di masa lepas, pernah dilakukan oleh orang lain dan sudah nampak hasil kejayaan atau kegagalan . Maka jadikan data dan fakta itu sebagai panduan dan ikhtibar !!!
3.    Menilai Risiko yang mungkin terjadi – setiap perkara ada kemungkinan untuk gagal. Makanya menjangka kegagalan yang mungkin akan berlaku lebih baik dari tiba-tiba gagal diluar jangka. Adakah risiko yang bakal berlaku itu nanti mampu ditanggung ?
4.    Mengurus Risiko – selepas menjangka akan berlakunya sesuatu risiko, langkah seterusnya adalah mengurus risiko. Mengurus risiko bermakna mengurus kejayaan dan mengurus bebanan. Semakin cekap kita mengurus risiko maka semakin betul pilihan yang dibuat .
5.   Tanya sama hati – bagaimana dengan tahap keyakinan, tahap kebimbangan ? Renung ke dalam hati sendiri, amati suara hati. Semakin diamati suara hati semakin puas rasa hati !!!
6. Binalah keyakinan dengan mendirikan solat istiqorah, mohon taufik dan hidayah dari Allah azzawajala moga terungkap sebuah pertunjuk !!!

Buat Dengan Betul !!
Setiap perkara ada prosesnya dan setiap proses ada aturannya. Maka fahamilah cara dan prosesnya dan kemudian pastikan prosesnya berjalan mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkannya. Semua perkara tertakluk kepada Hukum Sebab dan Akibat dan hukum ini juga dikenali sebagai Sunnahtullah. Janganlah  mengharapkan kepada keajaiban tanpa asas.
Kerja yang tidak mengikut peraturan, carta aliran dan melanggar specifikasi pasti cepat dan mudah menemui kegagalan. Pastikan langkah pertama dibuat dengan betul, langkah seterusnya juga betul maka sepanjang masa akan berjalan dengan betul. Perjalanan seribu langkah bermula dari satu langkah dan langkah pertama yang betul, langkah-langkah seterusnya betul yang akan membawa ke distinasi yang dikhendaki.
Biar lambat asal selamat. Bila cekap, betul dan tepat akan bertambah selamat. Sesat dihujung jalan kerana salah memilih simpang, Maka Buatlah Dengan Betul !!
Ingatlah :
      I.   Orang yang Berjaya adalah orang yang nampak tujuan dengan jelas dan menjurus kepada tujuan dengan tertib tanpa menyimpang dari garis panduan.
    II.      Anda inginkan kejayaan, ikutlah landasan yang betul. Sesungguhnya perahu tidak dapat berlayar di daratan.

Buat Betul-Betul !!!
Amati dan hayati ungkapan berikut :
     I.      alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan.
    II.     Janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam.
   III.     Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
  IV.    Jika tidak dipecahkan ruyongnya, masakan dapat sagunya.
    V.     Membujur lalu dan melintang patah.
  VI.     Kurangnya semangat juang mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran.
 VII.      Hanya mereka yang mempunyai ketabahan, daya juang dan kekuatan semangat yang akan Berjaya.
VIII.      Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakannya. Maka hendaklah banyak bersabar dan teruskan beristiqomah. Fahamilah bahawa kesilapan patut mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelbetulkan selepas itu.
  IX.      Firman Allah “apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah” [Ali Imran:159]

>> Salam Dari DinDeraman

Imej Penampilan Usahawan Sukses



Apa Pentingnya imej Penampilan Diri?

95% tanggapan pertama datangnya daripada cara berpakaian.

Setiap orang membawa dan memancarkan imejnya dan aura yang tersendiri. Imej diri terpancar dari beberapa punca yang ada pada diri sendiri secara disedar maupun tidak. Sebagai seorang usahawan ataupun usahanita, kita mestilah amat prihatin dengan imej diri sendiri kerana kita sering berurusan dengan pelbagai peringkat dalam berusniaga. 

Punca-punca utama pancaran imej dan aura  adalah :
1.  Imej Diri
a.  Imej Penampilan
b.  Imej Pemikiran
2.  Imej Pejabat
3.  Imej Sosial : ketampanan / kejelitaan sosial

MENGAPA PERLU MEMBINA IMEJ ?
1.       Maruah dan Harga Diri
2.       Membina keyakinan Diri Sendiri
3.       Membina Pengaruh
4.       Membina keyakinan orang lain terhadap diri kita
5.       Membina komunikasi yang lebih berkesan

3 BAHAGIAN UTAMA IMEJ DIRI
1.      Bahagian kepala dan muka
a.      Rambut disikat kemas dan didandang rapi
b.      Bulu Hidung tidak keluar liar
c.      Misai dan janggut didandang kemas
d.      Gigi kelihatan besih
e.      Nafas tidak berbau

2.      Bahagian badan dan tangan
a.       Jaga bau badan
b.      kuku dipotong rapi, tiada tanda digigit

3.       Bahagian punggung dan kaki

IMEJ DIRI : (A) PENAMPILAN
Penampilan adalah bahasa badan. Bahasa bisu yang mempunyai banyak maklumat dan menghantar masej dengan pantas kepada sipemandang. Pakaian sebagai jurucakap bisu yang memberitahu masej kepada orang lain tentang imej pemakainya. Berpakaianlah dengan kemas, menarik, sopan, menyenangkan dan sedap mata memandang. Pada kebiasaanya kita berpakaian mengikut citarasa sendiri namun perlulah diambil kira penyesuaian pakaian kita  dengan tempat, masa dan majlis (P.T.O) bagi meningkatkan aura diri  serta tidak menimbulkan kejelikan mata memandang.

APAKAH MESEJ DARI SET PAKAIAN YANG DIPAKAI :
1.       Nilai Diri dan Personaliti

2.       Nilai dan Kepercayaan Yang Di Anuti
Nilai dan kepercayaan yang kita anuti banyak mempengaruhi cara kita berpakaiaan. Maka bijaklahlah memilih pakaian yang mesejnya tidak berlawanan dengan nilai dan kepercayaan sebenar diri kita !
3.       Profesion dan Jawatan
-fesyen yang bertepatan termasuk jenis dan bentuk cermin mata
-Aksasori yang sesuai dan tidak sarat

4.       Kredibiliti dan Kejujuran

5.       Prestij, Kekayaan dan Kemewahan
penampilan dengan pakaian dan barangan berjenama.

Perkara yang perlu diberi perhatian bila memilih pakaaian :
1.       fesyen
2.       warna  dan gabungan warna
3.       jenis kain  
4.       jenis pakaian


Kategori personaliti yang digambarkan melalui cara berpakaian :
a.       Pakaianan Rasmi, Formal, Lounge Suit
b.      Pakaian kebangsaan, Pakaian Batik
c.       Pakaian beruniform
d.      Pakaian korperat
e.      Pakaian sukan
f.        kasual
g.       Lasak
h.      Rugged
i.         Trendy
j.        konservatif
k.       klasik
l.         Romantik


PERANAN DAN KUASA WARNA PADA PAKAIAN.
Berpakaian kemas dengan warna yang sesuai dapat meningkatkan aura professional pemakainya. Kita perlu memahami kesepadanan dan peranan serta kuasa warna pada pakaian. Mengikut kajian pakar, warna boleh mempengaruhi mood seseorang dan meningkatkan aura serta daya tarikan sipemakainya. Louis Cheskin ,Pengasas institute penyelidikan warna Amerika  yang mengkaji kuasa warna dan kuasa bentuk  telah bersetuju bahawa imej dan warna adalah kuasa dorongan yang kuat.
Berikut adalah hasil kajian pakar tentang kuasa dan peranan warna :
1.    Putih
-          Bersih dan Amanah. Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
-          Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan
-       kemeja putih menjadikan kita lebih selesa dan lebih bebas.
-       putih juga menjadikan kita berhati-hati semasa bekerja (juga semasa makan dan minum).

2.    Hitam
-       Apabila mahu dilihat sebagai orang yang tegas dan serius, pakai seluar warna gelap.
-       warna hitam adalah warna dominan sbb tu bos suka kot warna hitam.
-       Hitam menunjukan sikap degil sikit ,berdikari.Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
-       Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
-       Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah. Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir
-       Hitam  juga warga untuk kebanyakan pakaian Rasmi,
-       Serius atau hiba

3.    Merah
-       Sikap yang suka mendesak dan lincah. Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
-       Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
-       Tidak peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
-       Berani dan emosional. Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
-        Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.

4.    Merah Jambu/ Pink
-       Berjiwa kental, biasanya kalau nak tu dpt, tapi kdg2 suka mendesak..kadang2 gak agak manja
-      

5.    Biru Muda
-       mudah mengerti serta mudah sensitif.
-       Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
-       Teliti dalam teguran.Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

6.    Unggu
-       Kejayaan dan sikap positif

7.    Perang / Coklat
-       Matang dan bertanggung jawab
-       Apabila mahu dilihat sebagai orang yang ramah, mudah didekati dan periang, pakai seluar warna perang.

8.    Kelabu
-        tidak bermaya




Tip Kepada Lelaki
1.    Tali Leher
-          Ikatan yang biasa dan sesuai adalah jenis simpul 3 segi
-          Hujung bawah mencecah kepala tali pinggang, tidah labuh tidak singkat.
-          Tali leher jenis ‘Sharp-End’ atau hujung 3 segi adalah di sarankan.
-          Tidak terlalu besar dan lebat atau tirus ‘Blunt cut’
-          Padankan tali leher berjalur dengan baju plain
-          Tali leher plain dengan baju berjalur, berpetak
-          Padanan warna tali leher dan warna baju perlu diambil perhatian. Biasanya warna tali leher lebih cerah sedikit dari warna baju

2.    Tali Pinggang

-          Di sarankan memilih bewarna hitam/coklat
-          Bucklenya tidak terlalu besar ,tidak bersimbol binatang, tidak rugged ala cowboy.
-          Bezakan tali pinggang untuk jens dan untuk slack

3.    Kasut dan stoking
-          kasut bewarna hitam adalah paling sesuai untuk majlis formal
-          pastikan kasut tidak koyak, berkiwi dengan baik
-          Stoking bewarna hitam sama dengan kasut adaalah disyorkan. stoking ikut warna seluar juga boleh di pertimbangkan .

Panduan Memakai Baju Kurung, Kebaya, Kebarung :
1.    Kenali bentuk badan anda > 4  bentuk badan asas.
2.    Baju kurung, kebaya dan kebarung amat sesuai dipakai oleh perempuan yang mempunyai bentuk badan buah pear dan amat tidak sesuai pada perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti telur ayam.

Panduan Memakai kasut Bagi Perempuan:
Ramai pakar perunding imej percaya bahawa jenis kasut dan bentuk kasut mempunyai kaitan rapat dengan jenis personality seseorang perempuan. Beberapa kajian mendapati pertalian antara watak wanita berdasarkan jenis kasut yang dipakainya: wanita yang berpewatakan agresif menyukai kasut bertumit tinggi, wanita lasak pula suka jenis kasut tertutup dan bertapak rata, manakala wanita selekah pula tak kisah berkasut comot.
Bagi tujuan ke majlis formal adalah disarankan :
1.    Tumit sederhana tinggi
2.    Tapak tidak mengeluarkan bunyi yang kuat hingga mengganggu
3.    Sandel bertumit  bertutup di hadapan (baju kurung / kebaya)
4.    Bertutup penuh (skirt labuh)
5.    Bewarna Hitam/ Coklat.
>Pepatah Arab : Makanlah mengikut selera anda sendiri, berpakaianlah mengikut kesukaan orang lain tanpa melanggar batas aurat.
Rujukan :
1. Buku : Tip Menjadi individu menarik
2. Buku : How To Be A Gentleman