Menjayakan Impian, Melaksanakan Rancangan !
Mohon disemak kembali 3'i yang
asas:
1. impian- berapa
besarkah impian itu, berapa teguhnya niat itu?
2. investment-berapa
banyak dan berapa besar pelaburan serta pengorbanan yang sanggup dilakukan?
3. individu- siapakah
yang akan melaksanakan dan menjayakanya. Apakah ada sikap pejaya atau sikap
sekadar bersambil lewa?
Kata Jim Rohn, “if you fail to plan, you plan to fail”
Maka Bangunkan
"Gergasi" dalam diri sendiri !!
Mengikut Peraturan
Pareto,
bangunkan 20% teknik yang betul dan berkesan untuk menjana keberhasilan 80% yang menjadi idaman!
bangunkan 20% teknik yang betul dan berkesan untuk menjana keberhasilan 80% yang menjadi idaman!
usah membazir waktu
dengan hal hal yang tampak hebat namun semacam fatamorgana yang mengecewakan.
Mahukah mencuba Peraturan 20-70-10?
20% menambah semangat dan jati diri
20% menambah semangat dan jati diri
70% menambah
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran baru!
10% mengubah cara
mengurus!
Peraturan 20-70-10
telah diperkenalkan oleh Mr. Jack Welch, CEO General Electrik yang telah
berjaya meningkatkan pendapatan GE daripada 26.8B kepada 130B.
Apabila sudah
mulakan, pastikan dapat disudahkan!
Selamat Maju Jaya !!
Selamat Maju Jaya !!
Tip-Tip Komunikasi Pejabat, Komunikasi Bisnes!
T[1]
Pernahkan tuan puan menjadi mangsa kepada
"politik pejabat"?
Bagaimanakah cara mengatasinya atau keluar dari
"permainan" itu?
Bermula dari perasaan cemburu dan ditambah dengan hasad
dengki maka jadilah benci membenci, tikam menikam, kata mengata dan lobi
melobi.
Tingkatkan pengaruh diri dengan meningkatkan kemahiran
dan kepandaian serta kemampuan supaya diri semakin dihargai.
Sudikah tuan-tuan saya kabarkan 3 prinsip asas supaya
dihargaai oleh boss serta rakan-rakan sepejabat?
1. Bersikap jujur,
bersikap dan berlaku adil serta melaksanakan tugasan dengan penuh rasa
bertanggungjawab !
2. Berikan
perhatian penuh kepada arahan dan idea yang mereka lontarkan !
3. Tunjukkan sikap
menghargai mereka !
T[2]
Bagaimana untuk maju ke depan tanpa perlu menikam
belakang seseorang atau memijak kepala sesiapa?
1. Tetapkan niat segalanya demi Lillahitaalla
2. ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara
3. ingat ada ubi ada batas
4. ingat jika mahu dihurmati, hurmatilah orang lain
T[3]
Pernahkah tuan puan berdepan dan berurusan dengan
seseorang yang di kategorikan sebagai cerewet, susah diurus atau dalam bahasa
ibunda saya disebut sebagai payah baso, susah kira, kepala angin?
Bagaimana untuk
menguruskan atau berurusan dengan mereka?
Ada 6 kaedah yang
disarankan :
+mulakan dengan
membina kemesraan
+mulakan dengan
membina persamaan
+mulakan dengan
memuji dan menaikan estim mereka
+kenalpasti apa
faktor yang memotivasikan mereka, apakah jenis 'run away' atau jenis 'moving
foward'
+fahami apa yang
sebenarnya dimahui
+gunakan bahasa
yang tepat dan relevan 'make your word work'
T[4]
Kajian telah dibuat bagi mengetahui kenapa gagalnya
sesuatu perhubungan, sebuah persahabatan pecahnya rakan kongsi bisnes malah
terlerainya ikatan suami isteri. Hasil kajian mendapati punca utamanya adalah :
+sikap sombong
+sikap suka
berhelah
+sikap tidak sopan
+sikap panas baran
+fitnah dan hasutan
T[5]
Apa untungnya berdengki dengkian?
Dengki itu benih kepada perasaan benci yang membawa
kepada kemarahan dan boleh mencetuskan permusuhan serta perbalahan.
Laksana syaitan
yang tidak senang duduk akan perihal Adam dan Hawa yang bersenang senang di
Syurga Allah lalu mencuba pelbagai cara dan akhirnya berjaya 'mengeluarkan'
pasangan yang mulia itu dari menghuni Syurga. Subhanallah.
Larangan dari
Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan,"janganlah saling memarahi, saling
berdengki, saling membelakangi, jadilah hamba hamba Allah yang
bersaudara"(HR Bukhari)
T[6}
Mahukah tuan puan memulihkan kembali imej yang sudah
tercalar, membetulkan semula kesilapan lalu?
izinkan saya
berkongsi beberapa tip!
a. mulakan dengan
membetul dan mengubah sikap dan tabiat kepada positif, kepada redha Allah!
b. betulkan kaedah
dan cara berkomunikasi. Semak semula bahasa, tata bahasa dan intonasinya.
c. kaji semula
cara bertindak, walaupun what-nya betul, how yang salah boleh mengundang
bencana.
d. Tukar watak dan penampilan, kuasa tarikan pada 7 saat
pandangan pertama.
semalam telah
berlalu, hari ini permulaan hari baru, mulakan langkah untuk berubah menjadi
insan yang lebih cemerlang!!
T[7]
Tentunya tuan-puan pernah mendengar ungkapan ini:
hanya Jauhari yang mengenal Manikam,
hanya Mutu Sammy yang mengenal Putu Mayam.
Mahukah tuan-puan dihurmati dan dihargai?
Berkawanlah, bersahabatlah dengan orang-orang yang banyak
ilmunya dan tinggi pula budi pekertinya. Kerana mereka ini amat tahu
menghurmati dan menghargai orang lain.
Pesanan Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan:
"Barangsiapa
yang menutup keaiban saudara Muslimnya, nescaya Allah menutup keaibannya di
hari kiamat. Dan Barangsiapa yang membuka keaiban saudara seIslamnya, maka akan
dibuka oleh Allah keaibannya di akhirat kelak, malah apa yang mendedahkannya di
rumahnya"
(Rujuk Sunan Ibn
Majah; Jilid 2, ms 850)
T[8]
Apakah asas kepada silaturrahim yang berpanjangan?
persefahaman, saling
bertolak ansur dan saling menghormati !
Mengapa perlu ada
rasa hormat terhadap orang lain?
Antara sebab asas
perlunya penghomatan kepada setiap orang :
1.Setiapa orang
adalah makhluk Allah yang unik
2.Setiap orang
mempunyai harga diri yang tersendiri
3.Setiap orang
memiliki personaliti bersepadu
4.Setiap orang
mempunyai kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri
5.Setiap orang
mampu berkembang melalui proses sosialisasi
Komunikasi Mesra - Bagaimanakah untuk mewujudkan
suasana kemesraan?
+tiada ungkapan
yang berbentuk mengarah
+tiada ungkapan
yng cuba mengajar ajar
+tiada ungkap yang
berbentuk memperli
+tiada ungkapan
yang menonjolkan keEgoan
+tiada ungkapan
semacam memperbodohkan
+tiada ungkapan
yang merendahkan kawan
+tiada ungkapan
yang kesat dan kelat
MiTos Bisnes
Mitos Bisnes 1:
Orang Melayu Tidak Pandai Berniaga
Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !
Berniaga adalah sejenis seni dan kemahiran. Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira bangsa dan keturunan !!
Mitos Bisnes 2:
Berniaga akan melahirkan Jutawan Segera
Berniaga memerlukan bakat, minat dan kemahiran. Peniaga , usahawan pula perlu berwawasan, mempunyai komitmen, disiplin diri yang tinggi serta kesabaran, kekuatan mental dan pengorbanan. Pastinya semua ini tidak dapat dimiliki, dikuasai dalam masa yang singkat.
Mitos Bisnes 3:
Mahu Berjaya dalam bisnes perlu bergantung kepada kontrak Kerajaan
Betapa ramai jutawan telah lahir dari bisnes kecil-kecilan, bisnes peruncitan. Bisnes peruncitan adalah medan berkesan untuk melatih para usahawan belajar menghadapi dan mengendali kerenah manusia, kerenah pelanggan yang pelbagai. Kontrak kerajaan melibatkan banyak formality dan kerenah birokrasi.
MiTos Bisnes 4:
Bisnes sebagai kerjaya sampingan, separuh masa dan suka-suka.
Rata-rata usahawan yang Berjaya dan menjadi Jutawan adalah hasil kerja keras selama 10-15 jam sehari dan 7 hari seminggu.
MiTos Bisnes 5:
Perlu ada ijazah MBA untuk menjadi usahawan Berjaya di peringkat glokal mahupun global.
Kejayaan Usahawan banyak bergantung kepada sikap, usaha dan keyakinan di samping minat, bakat serta kemahiran. Kelulusan akademi adalah bonus bila dimanfaatkan.
MiTos Bisnes 6 :
Bisnes akan cepat maju dengan menewaskan, dengan membunuh pesaing.
Perniagaan adalah satu industri yang memerlukan kerjasama, simbiosis dan sikap tolong menolong serta saling lengkap melengkapi. Bukannya industri "makan orang" atau "makan seseorang"
MiTos Bisnes 7 :
Rezeki Secupak Tak Akan Jadi Segantang.
Sikap rajin, berani, agresif, tahan lasak, kuat semangat juang dan bijak menghitung risiko dan cekap menangkap peluang memungkinkan rezeki bertambah bergantang-gantang !
Kita berusaha sepenuh kudrat, kita bertawakal dengan penuh berharap dan Allah Makbulkan !!
Berfikir di Luar Kotak,
Bertindak di Luar Normal,
Hasilnya di Luar Jangka !!
MiTos Bisnes 8 :
Bisnes Sendiri, Urus Sendiri, Urus ikut rasa hati sendiri.
Perniagaan yang telah terbukti berjaya rata-rata diurus dengan sistem yang mantap dan teratur. Bisnes jadi lentang pukang Tanpa S.O.P . Sendiri Bos Sendiri Kuli bukanlah satu amalan yang baik dan berkesan !
>Disiplin adalah kunci kejayaan !!
MiTos Bisnes 9:
Nak Untung Lebih Kenalah Menipu
Pelanggan mahukan Nilai yang setimpal dengan wang mereka. Mereka mahukan prinsip menang-menang. Pelanggan yang rasa tertipu pastinya tidak akan datang lagi dan mereka pula bercerita kepada orang lain, kepada kenalan dan sahabat handai mereka.
Peniaga yang mementingkan diri sendiri, tamak, mahu untung cepat, tidak jujur, bijak bermuslihat dan memanipulasikan harga serta terlalu berkira akan cepat gulung tikar dan mengali kubur sendiri.
>Tidak ada Ke-Berkat-an bila mencuri dalam sukatan dan menipu dalam timbangan. Perbuatan itu diLarang dan Haram ...
MiTos bisnes 10 :
Saya pandai memasak, saya ada resepi rahsia, jika saya buka restoran, tentu restoran saya akan penuh sesak dengan pelanggan.
John Pemberton dari Atlanta Amerika Syarikat adalah pemilik resepi coco-cola dan mula mempelkena...lkan minuman tersebut pada tahun 1886. Beliau telah menjual Rahsia Resepi tersebut kepada Asa Candler yang kemudiannya membangunkan sistem pemasaran yang hebat sehingga coco-cola menjadi produk dan jenama terkenal di seluruh pelusuk dunia.
John Pemberton dikhabarkan menghabiskan hayatnya dalam keadaan miskin manakala Candler pula terkenal sebagai seorang yang berjaya dan kaya raya.
>Berbisnes bukanya tempat untuk syok sendiri ...
![]() |
| DinDeraman |

| DinDeraman @ Business Model Canvas |
7 Rukun Bisnes : Pertunjuk dari Surah al-Fatihah
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Pelbetulkan niat dalam berbisnes. Visi, Misi, Matlamat dan Tujuan hendak sejajar dengan suruhan dan tegahan Allah. Setiap langkah, setiap urusan berdasarkan Patuh Syariah. Maka tidak tergamak untuk menipu dalam timbangan dan mencuri dalam sukatan.
2. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemilik dan Penguasa Alam.
Sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus alam bagi pihak Pemilik dan Penguasa Alam, maka perlulah sentiasa bersikap Amanah dan berjiwa besar. Mentadbir dan mengurus alam tidak boleh dijalankan, disempurnakan oleh jiwa yang kerdil. Usahawan adalah seorang yang berjiwa besar. Visi, Misi, Matlamat dan Tujuan tidak sekadar kekampungkan, malah melangkaui negeri dan Negara ke persada dunia.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sikap pemurah itu menghapus sikap kedekut maupun bakhil. Maka lahirlah amalan suka memberi, suka bersedekah dan berzakat. Memberi, bersedekah serta berzakat itu bukanlah kerana bangga diri ataupun mahu menunjuk-nunjuk tetapi semata-mata atas rasa kasihsayang sesama insan dan sesama makhluk bagi mendapat keredhaan Allah.
Baginda Nabi memperjelaskan lagi dengan maksud, “Tidak sempurna iman seseorang sehingga beliau menyayangi saudaranya sebagaimana beliau menyayangi dirinya sendiri”
4. Raja Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan.
Setiap langkah, setiap tindakan perlu dilihat pada natijah dan hasilnya. Setiap tindakan ada tindakbalasnya. Setiap pelaburan ada untungruginya. Seorang usahawan hendaklah sentiasa memikirkan ROI dan bertindak berdasarkan orientasi hasil. Hasilnya ada yang disegerakan semasa hidup di dunia dan hasilnya juga diperolehi di alam kubur, di padang mahsyar dan di surga atau di neraka.
5. Hanya kepada-Mu kami mengabdikan diri dan hanya kepada-Mu jualah kami memohon sebarang pertolongan.
Hidup bukannya untuk menjadi hamba abdi kepada Wang Ringgit dan Harta Benda . Berniaga ada pasang dan ada surutnya. Masa mewah tidaklah sampai lupa diri hingga berlagak macam Qarun mahupun Firaun. Masa merudum, jatuh bangkrap tidaklah susah hati hingga mahu membunuh diri, Allahlah tempat memohon segala pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang benar.
Jangan merasa diri sudah cukup pandai, sudah tahu segala-galanya. Mohonlah pertunjuk dari mereka yang bernama guru, bernama pakar, bernama mentor. Ilmu Allah amatlah luas yang terdiri dari ilmu kalam, ilmu ghaib dan ilmu syahadah. Sentiasalah mencari dan meminta pertunjuk.
Dunia sentias berubah dari semasa ke semasa, ilmu pengetahuan berkembang dari hari ke hari. Ilmu keusahawanan juga berkembang, usahawan yang tertinggal maklumat dan ilmu baru akan semakin jauh di belakang.
Baginda Nabi telah berpesan,”kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada dua perkara iaitu al-quraan dan sunnah”.
7. Jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat, bukannya jalan mereka yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat.
Contoh telah ada di depan mata, contohilah sikap-sikap mereka yang Berjaya dan jauhilah perangai oraang-orang yang Gagal. Bak kata pepatah, yang baik, yang berjaya dijadikan tauladan dan yang jahat, yang gagal dibuatkan sempadan. Seorang usahawan sentiasa bertindak berdasarkan data dan fakta serta pertimbangan yang mempunyai pertunjuk yang jelas. Nikmat yang berpanjangan , bisnes yang penuh keberkatan itu dikecapi oleh mereka yang menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah. Bila sesat dihujung jalan, maka baliklah ke pangkal jalan.
Transformasi Bisnes 2013
Sekali Air Bah sekali Pasir Berubah ?
1. MODUL- MODUL STRATEGIK BISNES :
Sejajar dengan perkembangan dan perubahan masa, dunia perniagaan terus berkembang dengan eleman dan komponan baru dengan cabaran semasa, maka para usahawan perlulah meningkatkan potensi diri, menambah ilmu baru dan bersiap sedia bagi menyahut dan berdepan dengan cabaran baru, ledakan teknologi dan serangan polisi. Kami di Akademi Minda Usahawan juga bersedia dengan Modul-Modul latihan baru yang lebih ralevan dengan tuntutan masa kini.
7 TERAS MODUL PEMBANGUNAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN
1. Motivasi Keusahawanan
2. Potensi Kendiri Keusahawanan
3. Modul-Modul Pengurusan Keusahawanan
4. Modul-Modul Strategik Keusahawanan
5. Business Coaching
6.Personal Coaching
7. BizzNet Team Building
Modul Modul Program Bagi Mengisi Hala Tuju Bisnes 2013
1. MODUL- MODUL STRATEGIK BISNES :
1. Kuasa Minda dan Potensi Kendiri Usahawan
2. Pembangunan Potensi Kendiri keusahawanan
2. Pembangunan Potensi Kendiri keusahawanan
3. Minda Jutawan Gaya Abd Rahman Bin Auf
4. Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman Semasa
5. Budaya Cemerlang Usahawan Cina, Jepun, Korea, Barat dan Melayu
6. Mengapa Bisnes Melayu Banyak Gagal
6. Mengapa Bisnes Melayu Banyak Gagal
7.Melayu Glokal kepada Globa : Apa Persiapan Semasa ?
8 SeranganTeknologi dan Ancaman Polisi Dunia Tanpa Sempadan.
9. Memanfaat Pasarana Kerajaan Dalam Kejayaan Bisnes
10. Kekuatan Bersinergi Dalam Bisnes
2. MODUL-MODUL PENGURUSAN BISNES
1. Bisnes Idea Generation (Pembangunan Kreatif dan Inovatif Perniagaan)
2.Bisnes Model Generation – My Business Road Map2013
3.Pengurusan 9 Kunci Kejayaan Operasi Bisnes
4.Bisnes Diagnostik dan Penambahbaikan Bisnes
5.Komunikasi Bisnes Alaf Baru
6. Seni dan Prinsip Perundingan Perniagaan
7.Kuasa Statistik : Peningkatan Jualan dan Pengeluaran
8. Pemasaran Strategik : 9 Medan Pertempuran
9. Sosial dan Internet Marketing
10. Nama dan Jenama serta Penjenamaan
11. Pengurusan Harta Intelek : Mengurus Perompakan
12. Prinsip dan Pengurusan Kewangan
13. Pengurusan Perakaunan Manual
14. Pengurusan Perakaunan BerKomputer
15. Pengurusan Percukaian
16. Pengorganisasian – Pembentukan Pasukan Pejaya
17. Pasarana Keusahawanan oleh Kerajaan & Agensi
18. Penyediaan Rancangan Perniagaan Strategik
19. Kelicikan dan Keberkesanan SOP: Sistem Operasi Piawai
20. Busines dan Personal Coaching
Renungan :
Setiap waktu perubahan berlalu,
Setiap orang yang mahu berjaya dan mahu
mengekalkan kejayaan hendaklah sentiasa Menguasai perubahan dan bukannya menjadi
Mangsa kepada perubahan !
Berpandangan jauh itu bermakna mampu menjangka
perubahan dan bersedia menerima dan bergerak bersama perubahan.
Siapa Mentor Anda?
Apa perlunya Mentor, Pembimbingan Perniagaan, Business Coaching?
Supaya mereka dapat membimbing dan menggalakkan usahawan muda dan kakitangan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kepada tahap optimum dengan bersemangat. Hasilnya, Usahawan dan Kakitangan mereka akan melakukan semua itu kerana mereka mahu, kerana kemahuan dan bukannya kerana mereka diberitahu atau diminta melakukannya !
Berikut adalah factor utama kenapa anda perlukan Bisnes Coaching !
1. Mencapai matlamat peribadi & perniagaan lebih cepat.
2. Mengimbangi kehidupan anda dan perniagaan anda.
3. Jelaskan Visi & Matlamat anda.
4. Pastikan anda memberi tumpuan kepada perniagaan teras anda.
5. Membantu anda mengatasi kebimbangan anda.
6. Mengurus kekanggan dan halangan kepada kejayaan.
7. Mendapatkan kemahiran perniagaan baru & kekal bermotivasi.
8. Mendapat lebih daripada apa yang anda impikan.
9. Mengatasi masaalah Prestasi danMembangunkan kemahiran diri
10. Meningkatkan Produktiviti dan Menggalakkan budaya kerja positif
30 PENGISTIHARAN KECEMERLANGAN DIRI
Saya telah diberi kuasa oleh Allah untuk mengurus diri dan alam. Saya tidak perlu takut kepada risiko dalam melaksanakan perubahan. Saya mempunyai keberanian yang hebat. Saya perlu mencuba sesuatu yang baru, jikapun gagal, itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Saya laksanakan sungguh-sungguh mengikut sunnahtullah dan Allah jayakan.
PENGISTIHARAN 2: Saya Boleh !
Saya fikirkan saya boleh. Saya telah memprogramkan kejayaan. Saya yakin sayalah pemenangnya. Keyakinan saya tidak terbatas. Saya ada kemampuan luar biasa yang belum saya pamirkan. Inilah masanya untuk saya buktikan kemampuan luar biasa saya. Saya Boleh ! Saya Boleh! Saya Boleh!
PENGISTIHARAN 3: Hidup Baru !
Hari ini adalah permulaan hidup baru buat saya. Hidup semalam telahpun berlalu. Hari ini saya mulakan dengan serba baru, semangat baru, azam baru, imej baru, pakai pakai baru, baru dek baru dibasuh dan digosok. Orang ramai pasti terpegun melihat saya, saya yang baru !
PENGISTIHARAN 4: Saya tidak sempurna, Tidak juga Maksum.
Saya sedar saya tidaklah sempurna,
Saya tahu tiada sesiapapun sempurna,
Saya percaya kesempurnaan cuma ada di Surga,
Makanya tidaklah wajar saya menghina kekurangan seseorang,
Makanya tidaklah wajar saya berkecil hati dengan kekurangan diri sendiri,
Saya usahakan yang baik dengan cara terbaik,
Saya perlu Reda dengan Hasilnya,
Saya bermohon Keredaan Illahi !!
PENGISTIHARAN 5: Saya seorang yang Positif.
Berfikiran Positif dan bercakap hal-hal yang positif. Saya sedar bahawa kata-kata, ucapan yang saya lafaskan adalah doa dan pengharapan, makanya saya perlu berdoa dan mengharap akan perkara yang baik-baik. Saya mahu setiap kata-kata saya adalah kata-kata keramat. Bidalan ini sentiasa menjadi ingatan saya " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
PENGISTIHARAN 6: Saya Sentiasa Bersemangat
Saya mahu hidup dengan penuh bersemangat ! Saya tahu ubat kepada Penyakit Malas adalah Semangat Juang. Saya yakin bahawa Semangat Juang, Keinginan yang Membara dan Komitmen yang Padu membawa kepada kejayaan ! Hari ini saya bersemangat baru !
PENGISTIHARAN 7: Sabar dan Istiqomah !
Begitu Juga Firman Allah >Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).[ Ash-Syarh 5-8]
PENGISTIHARAN 8: Mencontohi Prinsip Berlian !
PENGISTIHARAN 9: Bersyukur !
Nikmat yang manakah lagi yang mahu saya dustai. Allah telah memberikan pelbagai rezeki dari arah yang tidak saya sangka-sangka. Saya amat bersyukur dan dengan bersyukur hati saya telah menjadi lebih reda dan tenang serta saya mendapat tambahan nikmat ! Alhamdullilah.
PENGISTIHARAN 10: Sanggup Berkorban !
PENGISTIHARAN 11: Cabaran.
Tiada lagi Masalah, Tiada lagi Ancaman. Kedua-dua perkataan itu telah saya padamkan dari hati dan pemikiran saya dan saya gantikannya dengan perkataan Cabaran.
"Masalah" membuatkan saya Risau dan mungkin juga Sasau , manakala "Ancaman" pula membuatkan saya Takut, membuat saya Marah, menBenci atau mungkin juga berDendam. Cabaran menjadikan saya bersiap siaga menghadapi dan mengatasinya. Cabaran membantu saya meningkatkan keImanan dan BerTawakal !
Peringatan dari Allah telah banyak memotivasikan saya "tak kala kamu ditimpa oleh sebarang musibah, katakanlah Dari Allah kamu datang dan kepada Allah jua kamu kembali"

>Bersambung.....
STRATEGI LAYAR MERAH
Laut tidak selalunya tenang. Laut yang terbuka luas terdedah kepada ribut dan taufan. Lantaran dari ribut dan taufan, maka muncullah ombak yang mengganas. Bagaimanakah caranya untuk menjangka kehadiran dan berdepan dengan ombak yang ganas? Pelaut memerlukan ilmu dan strategi pelayaran untuk sampai ke distinasi dengan selamat bagi menjayakan visi dan misi perlayarannya. Ilmu dan Strategi yang dijalinkan bersama inilah yang saya namakan sebagai “Strategi Layar Merah”
Setiap orang akan bertindak, beraksi, berstrategi berdasarkan kefahaman dari ilmu yang diketahuinya. Kefahaman adalah natijah dari Nilai yang dipegang dan pandangan yang ditanggapi serta Kepercayaan yang diyakini.
Fahaman Melayu :
Rezeki secupak tak akan jadi segantang.
Biarlah lambat asalkan selamat.
Fahaman Cina :
Nasib buruk boleh diubah,
Sial dan malang boleh dibuang,
Nasib baik boleh diusahakan.
Fahaman Islam :
Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai,
Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari
(Hadis Qudsi: HR Bukhari dan Muslim)
Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)