Gagasan Usahawan Mukmin (6)
Mereka tidak sekadar mahu menjual barangan dan perkhidmatan,
mereka mahu menawarkan Nilai dan Manfaat yang terbaik. Mereka tidak menipu
timbangan, tidak mencuri sukatan. Mereka tidak meletak buah busuk di bawah
timbunan buahan segar.
Mereka sedar akan tanggungjawab kepada manusia dan
Tanggungjawab kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pemurah. Mereka
berurusniaga sesama manusia dan dalam masa yang sama berurusniaga dengan Allah.
BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Sg. Petani
(Peserta Program IBIP INSKEN)
Gagasan Usahawan Mukmin (5)
Mereka mahu supaya bisnes yang mereka telah bina bertahun
tahun lamanya dapat diwarisi pula oleh anak anak. Cabarannya adalah anak anak
pula tidak suka berbisnes malah lebih sukakan kerjaya makan gaji.
Pengurusan Legasi perlu bermula seawal perniagaan dijalankan
supaya tidak berkubur selepas perginya jenerasi pelupor. Apa pula cadangan tuan puan?
BizCoach Din Deraman
Bersama Para Trainer Program IBIP INSKEN.
Gagasan Usahawan Mukmin (4)
Mereka melihat perniagaan sebagai suatu tuntutan fardu
kifayyah. Tidak sekadar untuk memperkayakan diri sendiri, namun demi
menyelesaikan permasaalahan ummah dalam 5 perkara yang asas.
Apakah lima perkara yang asas itu?
Makan dan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan serta
pelajaran.
Perniagaan hari ini semakin berkembang. Disamping memenuhi
keperluan juga untuk memenuhi kemahuan. Kemahuan manusia jauh lebih banyak dari
keperluan mereka. Rumusnya, perniagaan adalah aktiviti memenuhi keperluan dan
kehendak manusia.
Bengkel Transformasi Perniagaan
Kendalian BizCoach Din Deraman
Kendalian BizCoach Din Deraman
Gagasan Usahawan Mukmin (3)
Mereka tidak menyempitkan pasaran produk atau perkhidmatan
mereka hanya kepada pasaran orang islam sahaja. Ini jelas pada Nama dan Jenama
serta cara dan kaedah Memposisikan perniagaan mereka.
Mereka menekankan Nilai sejagat yang diperlukan oleh semua
orang. Orang bukan islam juga mahukan produk yang bersih lagi suci tanpa
waswas. Mereka mengutamakan kecekapan dan amanah serta kejujuran
dalam semua perkhidmatan dan urusniaga.
Apakah Baginda Nabi saw tidak mahu berurusniaga dengan orang
yahudi?
BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Kota Kinabalu
(Program IBIP INSKEN)
Gagasan Usahawan Mukmin (2)
Senentisa berfikir mencari idea baru yang kreatif dan
inovasi. Senentiasa mahu bertindak dengan cara baru yang boleh menjana lebihan
keuntungan dan mengelakkan risiko perniagaan. Sesebuah perniagaan perlukan 13 Transformasi Asas sesuai
dengan perubahan masa dan tuntutan zaman.
Gagasan Usahawan Mukmin (1)
Usahawan Mukmin itu urusan kehidupannya berpusat kepada
Hablumminallah dan Hablumminnass. Nilai Terasnya berpaksikan kepada Iman, Islam
dan ihsan. Matlamat perniagaannya menyumbang kepada keharmonian kehidupan
manusia dan alam demi mendapat keredaan.
BizCoach Din Deraman
Di Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan
Mengendali Bengkel
The Power Of Business Presentation
Mengendali Bengkel
The Power Of Business Presentation
No comments:
Post a Comment