Strategi
MINDApreneur : Seni Berunding#1
Hargai kehadiran dan kesediaan mereka untuk
berunding.
Mulakan dengan sikap keterbukaan melalui rasa
kebertanggungjawaban.
Proses bermula dengan lancar takkala ada
kesudian mendengar.
Luahan menjadi lebih terbuka bilamana
terpancarnya keikhlasan.
Susun kata kata yang manis dan sedap didengar
serta mudah difahami.
Selamat Berunding !
Coach Din Deraman Bersama ABS Team
Strategi
MINDApreneur : Seni Berunding#2
Tahu apa yang mahu dicapai,
Fahami hajat yang mereka mahu,
Temukan dua hajat pada landasan persamaan,
Kedua pihak berpuashati dengan situasi
menang-menang,
Apabila mahu menang perlu berikan pengorbanan,
Takkala tamak mahu membolot semua, tak perlu
adakan perundingan.
Selamat Berunding !
Strategi
MINDApreneur : Seni Berunding#3
Sentiasa sediakan pelan B dan C,
Perlunya ada fleksibiliti,
Lain yang diharap Lain pula yang terjadi,
Usah cepat rasa gundah dihati,
Perkara yang baik sering mendatangi mereka
yang sabar lagi mengerti,
Selepas keputusan dibuat dicapai usahlah
takwil takwel lagi.
Sumbang bunyinya takkala rumah siap, pahat
masih berbunyi nyaring.
Selamat Berunding !
Selamat Berunding !
Coach Din Deraman Bersama MINDApreneur Team
Strategi
MINDApreneur : Seni Berunding#4
Takkala keputusan gagal dicapai,
Mohon bantuan pakar pihak ketiga,
Pihak yang tiada kepentingan dan tidak condong
sebelah,
Berunding bukan mahu berbalah.
Selamat Berunding !!
Selamat Berunding !!
Coach Din Deraman Bersama Master PIES Team
Strategi
MINDApreneu : Seni Berunding#5
Berunding itu seperti Tawar Menawar,
Satu pihak mendapat Barangan dan satu pihak
lagi mendapat Wang,
Supaya bisnes menjadi rancak dan terus
berkembang,
Maka mulakan dengan senyuman dan akhiri dengan
bersalaman,
Apa yang baik war warkan kepada kawan kawan,
Apa yang kurang maklumkan kepada rakan
rundingan,
Bertambah Berkat takkala Silaturrahim
berpanjangan.
Selamat Berunding !
No comments:
Post a Comment