Pembuka Tirai 2019

Publik Program
iMINDcentre

BizCoach Din Deraman
Professional Business coach

Kendalian 
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
iMIND COACH


Pendaftaran @ 013-368 5157

Memori 2018

Sebahagian Dari Hari Hari Yang Indah Sepanjang 2018

Program PCBC Batch 2
Professional Certificate in Business Coaching 
Anjuran 
iMIND COACH
Kendalian
BizCoach Din Deraman

Active Listening

BizCoach Din Deraman
in Action









Publik Program 2018

Anjuran 
iMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN
Kendalian
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach





Tunggu Program Berimpak Tinggi
Pada 2019 !




MASTER TRAINER


Tip Trainer Superb

1. Gunakan pendekatan pembelajaran yang berbeda-beda, 
misalnya guna kaedah dan pendekatan VAK, CASIC, MATS,TSDR dan lain lain.

2. Tidak membebel bebel, membawang bawang di hadapan para peserta.

3. Tidak berlebih lebihan memuji muji diri sendiri di hadapan peserta.
Minta peserta google website, blogspot kita.

4. Tidak menjadi Profesor Serba Tahu. Tidak Mengaku pakar itu pakar ini.

5. Wujudkan komunikasi 2 hala, berinteraktif dan bukannya cakap syok sendiri.

6. Tidak banyak mengguna bahasa jargon atau yang double meaning serta joke lucah.

7. Mesra dan sesekali berjenakalah secara sopan.

8. Role play, Aktiviti yang relevan. Tidak sekadar suka suka tanpa tujuan.

9. Berketerampilan yang bersesuaian, ikut TOPP.

10. Apa Lagi ....?



NOTA MINDA USAHAWAN 102


7 Sikap Seorang Pejaya
1. Sentiasa bijak Memanfaatkan masa. Menjauhi kerja sia sia yang tidak membawa sebarang faedah.

2. Merasa bertanggung jawab dan mengambil tanggungjawab tanpa menyerahkan sebarang urusan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab.

3. Suka berkongsi dan Banyak memberi dari gemar meminta minta.

4. Berorientasikan hasil dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

5. Sentiasa mahu belajar perkara baru sesuai dengan perubahan masa dan zaman.

6. Melihat perkara positif dalam setiap perkara dan kejadian. Mengambil ikhtibar dan memperbaiki semula akan tindakan.

7. Bersikap pro aktif berbanding pasif. Lebih Bertindak dari sekadar berharap.



Prinsip Asas Kejayaan
1. Rajin dan Gigih
2. Jujur dan Amanah
3. Membantu dan Memudahkan Pelanggan
4. Tidak Dengki Kianat sesama Peniaga
5. Bersedekah dan Berzakat.
6. Menjaga Solat dan Halal Haram
7. Apa Lagi?


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
BizCoach Din Deraman
in Action
iMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN

BUSINESS CHECKUP



Apa pentingnya Check List?
Apa perlunya membuat semakan dan penelitian semula?

+ supaya perkara penting tidak terlupa
+ supaya yang utama diutamakan
+ supaya tidak leka dan lalai
+ supaya pengurusan dan kawalan masa lebih berkesan
+ supaya matlamat sebenar tidak tersasar
+ supaya halangan semasa dapat diuruskan
+ supaya .... apa lagi?


Inilah antara matlamat perbincangan dalam bengkel 2 hari 
BUSINESS CHECKUP : checkList dan Goalsetting. 
Kendalian :
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach.
TUNGGU SIRI BERIKUTNYA !
KANDUNGAN BENGKEL 2 HARI.
IMIND COACH
AKADEMI MINDA USAHAWAN

Pengurusan Kewangan & Penyediaan Belanjawan


9 SEBAB MENGAPA PENGURUSAN KEWANGAN DAN 
PENYEDIAAN BELANJAWAN SANGAT PENTING :

1. Laporan kewangan boleh mengukur PENCAPAIAN syarikat kerana kitalah yang wajib tahu pencapaian sebenar perniagaan kita.

2. Syarikat memerlukan sistem akaun untuk menghasilkan SOP KEWANGAN yang berkesan.

3. Memudahkan tugas MENGURUS DUIT masuk dan keluar syarikat secara lebih sistematik dan mampu mengurangkan penyelewengan duit syarikat.

4. Memudahkan syarikat membuat BAJET perancangan bagaimana untuk lebih maju di masa hadapan.

5. Membantu syarikat dalam membuat KEPUTUSAN yang penting dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

6. Laporan Kewangan akan menunjukkan samada STRATEGI yang digunapakai sekarang berkesan ataupun sebaliknya.

7. Memudahkan syarikat membuat PENAMBAHBAIKAN serta penyesuaian supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

8. Laporan kewangan juga diperlukan oleh pihak luar seperti bank, pembekal & PELABUR untuk menilai keupayaan syarikat.

9. Laporan kewangan adalah wajib untuk tujuan penaksiran cukai, membuat pinjaman, membayar ZAKAT dan sebagainya.


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Seni Membuat Keputusan


PENGURUSAN KRISIS, PROBLEM SOLVING
Seni Membuat Keputusan

Pernahkan Tuan Puan Saudara Saudari 
menghadapi kesukaran dalam membuat sesuatu Keputusan, membuat Pilihan?


Mahukah saya kongsikan 5 Langkah yang asas?

1. Tentukan Objektif dan Manfaat yang dimahui.
Manfaat Nyata Dan Manfaat Terselindung.

2. Dapatkan maklumat yang Relevan

3.Pilih 2 jawapan terbaik serta Lakukan Timbangtara.
Gunakan Model Perangkap Udang Kara !

4. Lakukan Solat Istiqorah.
Pilih 1 yang terbaik manfaatnya. 

5. Laksanakan Pilihan dengan Penilaian.
Kenalpasti Titik Tidak Boleh Patah Balik, PNR.

Kita Lakukan Yang Terbaik. Mohon Allah Permudahkan, Amin !


BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach



NOTA MINDA USAHAWAN 101


1. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Tidak bergerak satu zarah pun tanpa izin dari Pencipta yang maha Esa. Ambil kemungkinan positif. Bangkit dan bergerak dari kemungkinan positif itu. 


2. Buang perkataan "gagal" dari kamus diri. Kita tidak gagal. Kita hanya mendapat keputusan yang tidak kita inginkan, mungkin belum menguntungkan. InsyaAllah di lain waktu kita akan dapat Hasil yang lebih menguntungkan.

3. Apa jua yang berlaku. Kita tanggung dan jawab. Usah mengelak. Kita tanggung dan kita jawab. Kita Bertanggungjawab!

4. Adalah penting untuk tahu “Perkara Perkara Perlu”. Namun tidak perlu tahu semua perkara sampai terperinci. Gunakan pengetahuan “Perkara Perlu” itu untuk mula menapak ke Mercu Jaya.

5. Manusia adalah aset penting. Raikan mereka. Hargai mereka. Sentuh perasaan mereka. Belai ego mereka dengan kata kata penghargaan. Belajar teknik mengurut ego. "Layan Mereka Seperti Layan Diri Sendiri". Inilah bentuk kekuatan yang sungguh ampuh untuk berjaya.

6. Bekerja itu nikmat anugerah Allah. Buat apa yang kita seronok. Buat apa yang menggembirakan. Di kabarkan bahawa 95% manusia mengheret kaki dengan rasa tidak terdaya, memaksa diri ke tempat kerja. Alangkah sia sianya hidup terdera seumpama ini.

7. Tiada kejayaan tanpa KOMITMEN. inilah kunci pembuka mangga. Berikan 100%. Berikan jiwa dan harga. Bayar harga untuk berjaya dan InsyaAllah kejayaan adalah milik kita.



Kita Usahakan Sehabis Daya, Allah Tentukan Semahu-Nya.

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

iMIND Certified Business Coach

Programme
Professional in Business Coaching
Organise by
Akademi Minda Usahawan
7-9 September 2018
Hotel RHR, Uniten Bangi.
Professional Business Coach
iMIND Certified Business Coach

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

iMIND Certified Business Coach
Active Listening and Powerful Questioning

iMIND Certified Business Coach
One on One Coaching Session

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
BizCoach Din Deraman
iMIND Certified Business Coach
Professional Business Coach

101 Model Bisnes (Action Business Plan)


Apakah Model Bisnes Anda ?

Mahukah tuan saya kongsikan Model Model Bisnes utama 
merangkumi komponan khusus bagi memaju dan menjayakan bisnes yang dijalankan.

1. Model Sustainability
2. Model Innovation
3. Model Strategy and Positioning
4. Model Diversity and Culture
5. Model Customers
6. Model Human Resource
7. Model Benchmarking and Result
8. Model Leadership and Communication
9. Xxxxx
10. ... ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


 (1) Model Kepercayaan Pelanggan

+ Bermula sebarang urusniaga itu adalah atas dasar kepercayaan, saling percaya dan mempercayai.
+ Kunci kepada pemasaran adalah pemujukan, mempengaruhi, mengoda serta mempesonakan bakal pembeli. Ini semua tidak mungkin berlaku tanpa tonggaknya iaitu Kepercayaan Pelanggan.

Bagaimanakah membuat pelanggan percaya?
+ Aristotle menyarankan pemujukan melalui 3 pendekatan bersepadu iaitu Ethos, Pathos dan Logos.
+ Robert Cialdini (1984) pula mempelkenalkan 6 Principle of Influence.

Tanpa Kepercayaan, Tiada Urusniaga.

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach



(2) Model AIDA

Model AIDA merujuk kepada Attention, Interest, Desire dan Action yang kabar telah diperkenalkan oleh Elias St. Elmo Lewis (1898).

Model ini penting dalam membuat analisis pelanggan bagi mengatur strategi yang berkesan bagi meningkatkan jualan, hasil, revenue supaya meningkatkan daya saing dan daya tahan.

Model ini membantu merangka kaedah komunikasi pelanggan dengan lebih efektif. Empat (4) peringkat A, I, D, A memerlukan kaedah komunikasi berbeza dan peruntukan bajet juga berbeza supaya ROMI, Return Of Marketing Investment berbaloi.

Marketing dan Sales itu adalah Nyawa dan Nadi perniagaan.

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach



(3) Model DuPont

Model DuPont telah diperkenalkan oleh Frank Donaldson Brown (1914) seorang jurutera eletrik dan digunapakai secara berkesan di GE, General Eletric.

Model ini memberi tumpuan khusus kepada komponan pengurusan kewangan khusus dalam menghitung ROI, ROA dan ROE.

Model ini membantu meningkatkan Daya Maju dan Daya Saing serta Daya Tahan sesebuah syarikat.

Benarkah, Cash is King


BizCoach Din Deraman
MiNDA Business Coaching (MBC99)
99 Days Coaching Methodology

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


 (4) Model TQM : PDCA Ke DMAIC

Total Quality Management dari Plan-Do-Check-Act kepada Define-Measure-Analyse-Improve-Control💪
Proses penambahbaikan yang berterusan ini secara tidak langsung melibatkan banyak tranformasi berlaku dari semasa ke semasa.

Transformasi melibatkan 7 komponan Asas iaitu Penawaran Nilai, Strategi, Aspek kewangan, Pengurusan, Operasi, sumber serta Kepatuhan.

BizCoach Din Deraman
MiNDA Business Coaching (MBC)
99 Days Coaching Methodology



(5) BMC- Business Model Canvas

+ Model ini memberikan fokus kepada 9 komponan asas pengurusan bisnes.
+ key activities merujuk kepada Supply Chain, Value Chain dan Distribution Channel.
+ BMC mempermudahkan pemahaman kepada konsep FOETSJE.
+ BMC telah diperkenalkan oleh Alexander OsterWalder pada 2008
+ Dalam bengkel sehari pada 21 julai nanti kami mahu berkongsi bagaimana tranformasi BMC dari BMC informasi kepada BMC strategik.

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Akademinda, Bangi

(6) Model 3C : Company + Customer + Competition

Model ini membantu usahawan memposisikan perniagaan mereka supaya mampu berdaya saing dan berdaya maju.

Model ini lebih mudah difahami bila dibaca bersama dengan Model 5’P oleh Michael Porter dan Model BMC.

Model 3C telah diperkenalkan oleh Kenichi Ohmae (1975) kearah meningkatkan Rantaian Nilai dan Kepuasan Pelanggan.

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Business Model Canvas
By BizCoach Din Deraman

(7) Model AIDA

AIDA merujuk kepada Attention, Interest, Desire and Action. Model ini telah diperkenalkan oleh Elias St. Elmo Lewis (1898) bagi melihat dan menganalisis “pergerakan” pelanggan.

Model ini amat diperlukan bagi merangka strategi dan pelan pemasaran dan jualan. Model ini menjadi lebih berkesan bila digabungkan dengan Strategi 4P hingga 9P.

Model ini juga membantu organisasi untuk menyediakan bajet pemasaran dan menghitung pulangan pelaburan pemasaran (ROMI).

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach



(8) Model BOS

Blue Ocean Strategy telah diperkenalkan oleh Prof Kim dan Renee Mauborgne pada tahun 2005.
Model ini membantu untuk membentuk strategi jangka panjang supaya lebih berdaya tahan dengan fokus kepada pasaran baru tanpa perlu fokus kepada mahu bersaing saing.

Mengguna pendekatan ERRC, Eliminate, Reduce, Raise and Create dalam mengelak pesaingan, meneroka pasaran baru, kepuasan pelanggan dan kos efektif.

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


(9) Model 8-Step Change

Model yang diperkenalkan oleh John Kotter (1995) ini melihat kepada Apakah Langkah Langkah yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi dalam memacu perubahan demi mencapai visi, misi dan objektif.

8-Step change process :
1. Create a sense of urgency
2. Create a guiding coalition
3. Develop a change vision
4. Communicate the vision for buy-in
5. Empower broad-based action
6. Generate short term strategies
7. Dont let up
8. Make a stick

Perbincangan lanjut akan dibuat pada bengkel BMCstrategic yang akan diadakan di Akademinda Bangi pada 21 Julai nanti, insyaallah.

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


(10) Model 5 Forces
Model ini telah dikemukan oleh Michael Porter (1979) bagi memperkemaskan daya saing sesebuah syarikat.
5 Forces yang dimaksudkan :
1. Bargaining power of suppliers
2. Bargaining power of customers
3. Competition within the industry
4. Treat of substitute product, services
5. Treat of new entrants
Bersambung ...
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Publik Program
Anjuran Akademinda, Bangi
Kendalian BizCoach Din Deraman

(11) Model Piramid


Model ini telah diperkenalkan oleh C.K. Prahalad (2002) untuk membantu para usahawan memposisikan perniagaan mereka berdasarkan 4,5 Lapisan dalam piramid.

4,5 lapisan piramid itu berdasarkan status sosial masyarakat pengguna merujuk kepada pendapatan bolehguna mereka. Dianggarkan sekitar 60% berada di lapisan paling bawah dan 5% di lapisan paling atas.

Dengan menganalisa pendapatan bolehguna sasaran pasaran dapat membantu usahawan mengatur strategi yang betul dan bersasaran.

Golongan 5% adalah golongan yang menguasai kekayaan dunia.

Bersambung ...

BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach

Publik Program Julai 2018


Bengkel Sehari
Penyediaan Belanjawan Syarikat
(Belanjawan Projek & Belanjawan Operasi)
7 Julai 2018 (Sabtu)
9:30pagi - 5:30ptg
Bertempat : Akademinda Bizpoint, Bangi

Kendalian :
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


Bengkel Sehari
BMC strategic
(Action Business Plan)

Kendalian :
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


Bengkel Sehari
Psikologi Menjual Guna Teknik NLP
28 Julai 2018 (Sabtu)

Kendalian :
BizCoach Din Deraman
Professional Business Coach


Pendaftaran DiBuka !
WA @ 013.368.5157