Gagasan Usahawan Mukmin

Gagasan Usahawan Mukmin (11)

Keluar pagi balik petang,
Tanggungjawab keluarga tidak diabaikan,
Rezeki dicari dijemput lalu diagih agihkan,
Yakin rezeki itu Allah yang kurniakan.

Firman Allah dalam surah Ath-Thalaq sebagai pedoman :

"Dan Dialah memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka sangka dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

BizCoach Din Deraman
Musafir Ilmu ke Kota Kinabalu
4H3M IBIP-INSKEN

Gagasan Usahawan Mukmin (10)

Mereka mahu mewujudkan jaringan dan pemaufakatan yang harmonis sesama usahawan dan bukannya mahu bersaing serta berlawan sesama sendiri.

Mereka sedar usaha ini tidaklah mudah kerana sikap cemburu dan dengki sesama sendiri sudah agak lama berakar umbi. Zaman berlumba lumba telah pun berlalu kini adalah zaman bekerjasama menjana keuntungan dan meningkatkan keberkatan.


Gagasan Usahawan Mukmin (9)

Buat apa yang dicakap
Cakap apa yang dibuat.

BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Sabah


Gagasan Usahawan Mukmin (8)

Mereka tidak membakar hasil tanaman atau ternakan demi untuk mengawal harga di pasaran. Mereka tidak meniru cara kapitalis.

Mereka bersyukur bila memdapat lebihan rezeki dan mereka tidak kufur akan nikmat yang Allah beri. Mereka sedar akan tanggungjawab sosial. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.

Gagasan Usahawan Mukmin (7)

Mereka tidak menghitung kejayaan bisnes mereka dari perspektif berapa besar dan mewahnya kereta yang dipakai, berapa tingkat dan berapa besar bunglow dan juga berapa ramai isterinya. Mereka tidak berbangga dengan bintang kebesaran dan kemewahan hidupnya.


Mereka berbangga dengan jumlah zakat dan cukai yang mereka bayar. Mereka seronok menghitung ramainya pekerja yang disara dan seronok pula menjaga kebajikan para pekerja. Mereka berusaha meningkatkan khidmat CSR supaya semakin ramai masyarakat dapat dibela.

BizCoach Din Deraman
Di Anjung Senja, Kota Kinabalu.

No comments: