7 Tabiat Kejayaan

Apa yang telah saya pelajari dari madrasah Ramadan yang lalu dan berazam untuk dijadikan amalan hingga ke akhir hayat, insyallah :

1. Mengurus Masa Tidur dan Bangun - Tidur sekitar jam 11:30 malam dan bangkit sekitar jam 4:30 pagi telah menjadikan saya lebih segar dan produktif serta terhindar dari banyak tipu muslihat dan godaan kegelapan malam.

2. Mengurus jadual makan - makan semi-berat pada awal pagi serta lewat petang telah menjadikan perut saya kempis dan berat badan yang ideal. Badan rasa lebih ringan dan lebih sihat.

3. Mengurus masa mengikut Teknik 5 waktu - Solat berjamaah di awal waktu telah menjadikan saya begitu peka terhadap masa dan terasa panjangnya tempoh waktu dari satu waktu ke waktu seterusnya. Natijahnya saya dapat mengurus mengikut keutamaan dengan lebih teratur.

BizCoach Din Deraman
Perunding Minda Usahawan


4. Mengawal tingkahlaku dan tuturkata - Ramadan menjadikan saya lebih mampu mengawal tingkahlaku serta tuturkata, Takkala timbul rasa geram dan mahu marah, maka diingatkan kepada diri sendiri dengan ungkapan keramat : "Aku Berpuasa".

5. Menyemarakkan amalan memberi - Ramadan seperti mendorong hati saya menjadi yang lebih pemurah, mahu memberi sedaya upaya kepada mereka yang kurang upaya. Mohon Allah sentiasa tingkatkan keupayaan diri bagi membantu insan yang kurang upaya, amin !

6. Memperuntukan masa membaca dan menghayati kandungan suci AlQuraan - beberapa ayat dalam sehari telah meningkatkan kesedaran dan kefahaman.

7. Bercakap bila perlu dan tidak berlebih lebihan dalam berbicara namun lebih mesra kawan takkala bersalaman dan berurusan .

Mohon dapat beristiqomah, amin !

Dengan Ingatan Tulis ikhlas dari Bizcoach Din Deraman

No comments: