Gagasan Usahawan Mukmin

Gagasan Usahawan Mukmin (6)

Mereka tidak sekadar mahu menjual barangan dan perkhidmatan, mereka mahu menawarkan Nilai dan Manfaat yang terbaik. Mereka tidak menipu timbangan, tidak mencuri sukatan. Mereka tidak meletak buah busuk di bawah timbunan buahan segar.

Mereka sedar akan tanggungjawab kepada manusia dan Tanggungjawab kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pemurah. Mereka berurusniaga sesama manusia dan dalam masa yang sama berurusniaga dengan Allah.

BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Sg. Petani
(Peserta Program IBIP INSKEN)


Gagasan Usahawan Mukmin (5)

Mereka mahu supaya bisnes yang mereka telah bina bertahun tahun lamanya dapat diwarisi pula oleh anak anak. Cabarannya adalah anak anak pula tidak suka berbisnes malah lebih sukakan kerjaya makan gaji.

Pengurusan Legasi perlu bermula seawal perniagaan dijalankan supaya tidak berkubur selepas perginya jenerasi pelupor. Apa pula cadangan tuan puan?
BizCoach Din Deraman
Bersama Para Trainer Program IBIP INSKEN.


Gagasan Usahawan Mukmin (4)

Mereka melihat perniagaan sebagai suatu tuntutan fardu kifayyah. Tidak sekadar untuk memperkayakan diri sendiri, namun demi menyelesaikan permasaalahan ummah dalam 5 perkara yang asas.

Apakah lima perkara yang asas itu?

Makan dan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan serta pelajaran.
Perniagaan hari ini semakin berkembang. Disamping memenuhi keperluan juga untuk memenuhi kemahuan. Kemahuan manusia jauh lebih banyak dari keperluan mereka. Rumusnya, perniagaan adalah aktiviti memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Bengkel Transformasi Perniagaan
Kendalian BizCoach Din Deraman


Gagasan Usahawan Mukmin (3)

Mereka tidak menyempitkan pasaran produk atau perkhidmatan mereka hanya kepada pasaran orang islam sahaja. Ini jelas pada Nama dan Jenama serta cara dan kaedah Memposisikan perniagaan mereka.

Mereka menekankan Nilai sejagat yang diperlukan oleh semua orang. Orang bukan islam juga mahukan produk yang bersih lagi suci tanpa waswas. Mereka mengutamakan kecekapan dan amanah serta kejujuran dalam semua perkhidmatan dan urusniaga.

Apakah Baginda Nabi saw tidak mahu berurusniaga dengan orang yahudi?

BizCoach Din Deraman
Bersama Para Usahawan Kota Kinabalu
(Program IBIP INSKEN)


Gagasan Usahawan Mukmin (2)

Senentisa berfikir mencari idea baru yang kreatif dan inovasi. Senentiasa mahu bertindak dengan cara baru yang boleh menjana lebihan keuntungan dan mengelakkan risiko perniagaan. Sesebuah perniagaan perlukan 13 Transformasi Asas sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan zaman.

Gagasan Usahawan Mukmin (1)


Usahawan Mukmin itu urusan kehidupannya berpusat kepada Hablumminallah dan Hablumminnass. Nilai Terasnya berpaksikan kepada Iman, Islam dan ihsan. Matlamat perniagaannya menyumbang kepada keharmonian kehidupan manusia dan alam demi mendapat keredaan.

BizCoach Din Deraman
Di Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan
Mengendali Bengkel
The Power Of Business Presentation

No comments: