Strategi MINDApreneur

#1: Membuat Keputusan

Apa sebabnya takut buat keputusan?
 Apa sebabnya lambat buat keputusan?
 Apa sebabnya teragak agak buat keputusan?
Apakah bezanya mereka yang Berjaya dengan mereka yang Gagal?

 Mereka gagal bukan kerana kurangnya kebolehan,
 tidak juga kerana kurangnya pengetahuan,
 tidak juga kerana tiada pengalaman,
 Kerana salah mengambil keputusan.

Kita merancang, Allah juga merancang.
 Tiadalah kejayaan dalam keputusan yang berlawanan dengan sunnahtullah.
 Mohon Pertunjuk Allah dalam membuat sebarang keputusan !


#2 : Ketampanan Sosial

Mahukah tuan puan saudara saudari saya kongsikan langkah perlu
untuk meningkatkan Ketampanan Sosial dan Modal Sosial :

+Tingkatkan kemahiran berkomunikasi
 +Tingkatkan kemahiran berunding
 +Tingkatkan budaya kerjasama
 +Tingkatkan reputasi dan prestasi
 +Tingkatkan kepandaian mengurus persepsi
 +Tingkatkan Nilai Moral, jaga Akhlak
 +Tingkatkan kebolehan dipercayai ; jujur amanah setia dan ikhlas

Perlu tingkatkan apa lagi?

Coach Din Deraman Bersama Mantee Rosidi Sohod



#3 :Sedar Di Mana Berada dan Ke Mana Matlamatnya.

Apakah matlamat besar dalam hidup
selain menuju kepada matlamat manusia dihidupkan.
Kejayaan hidup hakiki takkala fokus kepada tujuan manusia dihidupkan.
Berfikiran positif takkala percaya matlamat itu dapat digapai dan dicapai.
Kejayaan itu takkala mengikuti sunnahtullah dan syariatullah.
Tindakkan yang betul itu takkala selari dengan reda Allah.
Usaha itu tidak sia sia bila niat kerana Allah.
Cabaran itu menjadi kecil bila iman didada.

#4 : Untuk Apa Semua Ini?

Untuk apakah kerja keras hari ini?
 untuk hari esok yang lebih baik !
Untuk apakah mencari ilmu hari ini?
 untuk memimpin hari esok !
Untuk apakah membuat keputusan penting hari ini?
 untuk mengecapi kejayaan hari esok !
Hari Esok pasti ada banyak perubahan yang akan berlaku,
 Sesiapa yang tidak berubah pasti akan rebah.


Coach Din Deraman 



#5 : Kecemerlangan = Kerja Keras + Kerja cerdas + Kerja Ikhlas
Firman Allah menjadi Pendorong :

“Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon".
 [ Ash-Syarh 5-8]

Takkala mereka benar benar mahukan kejayaan,
 mereka perlu bergerak, perlu berpindah dari tempat di mana mereka sedang berdiri ke tempat di mana mereka mahu pergi. Di antara dua tempat itu ada satu jambatan yang perlu mereka lalui, yang perlu diseberangi !

5 Perkara asas yang mereka perlukan untuk menyemberangi jambatan tersebut:
 1. Kemahuan yang pasti, kehendak yang jitu
 2. Tahu Kekukuhan jambatan
 3. Semangat dan tekad yang kental
 4. Nasihat dan tunjukajar dari mereka yang telah Berjaya menyemberangi
 5. Yakin dan Tawakal

#6 : Peraturan Emas

 3 peraturan Emas yang sering diperingatkan :
+ Tidak membuat andaian terhadap semua perkara, dapatkan data dan fakta.
 + Tidak terus percaya kepada semua perkabaran yang diterima atau dimaklumkan. Sahkan maklumat tersebut.
 + Tidak beremosi. Pandai mengawal emosi asas kebijaksanaan.

Coach Din Deraman @ Membangun 13 Potensi Diri