MINDApreneur : 5 Seni Berunding

Strategi MINDApreneur : Seni Berunding#1

 Hargai kehadiran dan kesediaan mereka untuk berunding.
 Mulakan dengan sikap keterbukaan melalui rasa kebertanggungjawaban.
 Proses bermula dengan lancar takkala ada kesudian mendengar.
 Luahan menjadi lebih terbuka bilamana terpancarnya keikhlasan.
 Susun kata kata yang manis dan sedap didengar serta mudah difahami.
 Selamat Berunding !

Coach Din Deraman Bersama ABS Team

Strategi MINDApreneur : Seni Berunding#2

 Tahu apa yang mahu dicapai,
 Fahami hajat yang mereka mahu,
 Temukan dua hajat pada landasan persamaan,
 Kedua pihak berpuashati dengan situasi menang-menang,
 Apabila mahu menang perlu berikan pengorbanan,
 Takkala tamak mahu membolot semua, tak perlu adakan perundingan.

 Selamat Berunding !



Strategi MINDApreneur : Seni Berunding#3

 Sentiasa sediakan pelan B dan C,
 Perlunya ada fleksibiliti,
 Lain yang diharap Lain pula yang terjadi,
 Usah cepat rasa gundah dihati,
 Perkara yang baik sering mendatangi mereka yang sabar lagi mengerti,
 Selepas keputusan dibuat dicapai usahlah takwil takwel lagi.
 Sumbang bunyinya takkala rumah siap, pahat masih berbunyi nyaring.

Selamat Berunding !

Coach Din Deraman Bersama MINDApreneur Team

Strategi MINDApreneur : Seni Berunding#4

 Takkala keputusan gagal dicapai,
 Mohon bantuan pakar pihak ketiga,
 Pihak yang tiada kepentingan dan tidak condong sebelah,
 Berunding bukan mahu berbalah.

Selamat Berunding !!

Coach Din Deraman Bersama Master PIES Team

Strategi MINDApreneu : Seni Berunding#5

 Berunding itu seperti Tawar Menawar,
 Satu pihak mendapat Barangan dan satu pihak lagi mendapat Wang,
 Supaya bisnes menjadi rancak dan terus berkembang,
 Maka mulakan dengan senyuman dan akhiri dengan bersalaman,
 Apa yang baik war warkan kepada kawan kawan,
 Apa yang kurang maklumkan kepada rakan rundingan,
 Bertambah Berkat takkala Silaturrahim berpanjangan.

 Selamat Berunding !