Tip-Tip Komunikasi Pejabat, Komunikasi Bisnes!

T[1] 
Pernahkan tuan puan menjadi mangsa kepada "politik pejabat"?
Bagaimanakah cara mengatasinya atau keluar dari "permainan" itu?

Bermula dari perasaan cemburu dan ditambah dengan hasad dengki maka jadilah benci membenci, tikam menikam, kata mengata dan lobi melobi.

Tingkatkan pengaruh diri dengan meningkatkan kemahiran dan kepandaian serta kemampuan supaya diri semakin dihargai.

Sudikah tuan-tuan saya kabarkan 3 prinsip asas supaya dihargaai oleh boss serta rakan-rakan sepejabat?
 1. Bersikap jujur, bersikap dan berlaku adil serta melaksanakan tugasan dengan penuh rasa bertanggungjawab !
 2. Berikan perhatian penuh kepada arahan dan idea yang mereka lontarkan !
 3. Tunjukkan sikap menghargai mereka !


T[2]
Bagaimana untuk maju ke depan tanpa perlu menikam belakang seseorang atau memijak kepala sesiapa?

1. Tetapkan niat segalanya demi Lillahitaalla
2. ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara
3. ingat ada ubi ada batas
4. ingat jika mahu dihurmati, hurmatilah orang lain


T[3] 
Pernahkah tuan puan berdepan dan berurusan dengan seseorang yang di kategorikan sebagai cerewet, susah diurus atau dalam bahasa ibunda saya disebut sebagai payah baso, susah kira, kepala angin?

 Bagaimana untuk menguruskan atau berurusan dengan mereka?
 Ada 6 kaedah yang disarankan :
 +mulakan dengan membina kemesraan
 +mulakan dengan membina persamaan
 +mulakan dengan memuji dan menaikan estim mereka
 +kenalpasti apa faktor yang memotivasikan mereka, apakah jenis 'run away' atau jenis 'moving foward'
 +fahami apa yang sebenarnya dimahui
 +gunakan bahasa yang tepat dan relevan 'make your word work'



T[4]
Kajian telah dibuat bagi mengetahui kenapa gagalnya sesuatu perhubungan, sebuah persahabatan pecahnya rakan kongsi bisnes malah terlerainya ikatan suami isteri. Hasil kajian mendapati punca utamanya adalah :
 +sikap sombong
 +sikap suka berhelah
 +sikap tidak sopan
 +sikap panas baran
 +fitnah dan hasutan

T[5]
Apa untungnya berdengki dengkian?
Dengki itu benih kepada perasaan benci yang membawa kepada kemarahan dan boleh mencetuskan permusuhan serta perbalahan.

 Laksana syaitan yang tidak senang duduk akan perihal Adam dan Hawa yang bersenang senang di Syurga Allah lalu mencuba pelbagai cara dan akhirnya berjaya 'mengeluarkan' pasangan yang mulia itu dari menghuni Syurga. Subhanallah.

 Larangan dari Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan,"janganlah saling memarahi, saling berdengki, saling membelakangi, jadilah hamba hamba Allah yang bersaudara"(HR Bukhari)


T[6}
Mahukah tuan puan memulihkan kembali imej yang sudah tercalar, membetulkan semula kesilapan lalu?

 izinkan saya berkongsi beberapa tip!
 a. mulakan dengan membetul dan mengubah sikap dan tabiat kepada positif, kepada redha Allah!
 b. betulkan kaedah dan cara berkomunikasi. Semak semula bahasa, tata bahasa dan intonasinya.
 c.  kaji semula cara bertindak, walaupun what-nya betul, how yang salah boleh mengundang bencana.
 d. Tukar watak dan penampilan, kuasa tarikan pada 7 saat pandangan pertama.

semalam telah berlalu, hari ini permulaan hari baru, mulakan langkah untuk berubah menjadi insan yang lebih cemerlang!!



T[7]
Tentunya tuan-puan pernah mendengar ungkapan ini:
hanya Jauhari yang mengenal Manikam,
hanya Mutu Sammy yang mengenal Putu Mayam.

Mahukah tuan-puan dihurmati dan dihargai?
Berkawanlah, bersahabatlah dengan orang-orang yang banyak ilmunya dan tinggi pula budi pekertinya. Kerana mereka ini amat tahu menghurmati dan menghargai orang lain.

Pesanan Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan:
 "Barangsiapa yang menutup keaiban saudara Muslimnya, nescaya Allah menutup keaibannya di hari kiamat. Dan Barangsiapa yang membuka keaiban saudara seIslamnya, maka akan dibuka oleh Allah keaibannya di akhirat kelak, malah apa yang mendedahkannya di rumahnya"
 (Rujuk Sunan Ibn Majah; Jilid 2, ms 850)

T[8]
Apakah asas kepada silaturrahim yang berpanjangan?
 persefahaman, saling bertolak ansur dan saling menghormati !

 Mengapa perlu ada rasa hormat terhadap orang lain?
 Antara sebab asas perlunya penghomatan kepada setiap orang :
 1.Setiapa orang adalah makhluk Allah yang unik
 2.Setiap orang mempunyai harga diri yang tersendiri
 3.Setiap orang memiliki personaliti bersepadu
 4.Setiap orang mempunyai kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri
 5.Setiap orang mampu berkembang melalui proses sosialisasi


 T[9]
Komunikasi Mesra - Bagaimanakah untuk mewujudkan suasana kemesraan?
 +tiada ungkapan yang berbentuk mengarah
 +tiada ungkapan yng cuba mengajar ajar
 +tiada ungkap yang berbentuk memperli
 +tiada ungkapan yang menonjolkan keEgoan
 +tiada ungkapan semacam memperbodohkan
 +tiada ungkapan yang merendahkan kawan
 +tiada ungkapan yang kesat dan kelat