MiTos Bisnes


DinDeraman
Mitos Bisnes 1: 
Orang Melayu Tidak Pandai Berniaga
Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !

Berniaga adalah sejenis seni dan kemahiran. Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira bangsa dan keturunan !!


Mitos Bisnes 2: 
Berniaga akan melahirkan Jutawan Segera
Berniaga memerlukan bakat, minat dan kemahiran. Peniaga , usahawan pula perlu berwawasan, mempunyai komitmen, disiplin diri yang tinggi serta kesabaran, kekuatan mental dan pengorbanan. Pastinya semua ini tidak dapat dimiliki, dikuasai dalam masa yang singkat.


Mitos Bisnes 3: 
Mahu Berjaya dalam bisnes perlu bergantung kepada kontrak Kerajaan
Betapa ramai jutawan telah lahir dari bisnes kecil-kecilan, bisnes peruncitan. Bisnes peruncitan adalah medan berkesan untuk melatih para usahawan belajar menghadapi dan mengendali kerenah manusia, kerenah pelanggan yang pelbagai. Kontrak kerajaan melibatkan banyak formality dan kerenah birokrasi.


MiTos Bisnes 4: 
Bisnes sebagai kerjaya sampingan, separuh masa dan suka-suka.
Rata-rata usahawan yang Berjaya dan menjadi Jutawan adalah hasil kerja keras selama 10-15 jam sehari dan 7 hari seminggu.




DinDeraman

















MiTos Bisnes 5: 
Perlu ada ijazah MBA untuk menjadi usahawan Berjaya di peringkat glokal mahupun global.
Kejayaan Usahawan banyak bergantung kepada sikap, usaha dan keyakinan di samping minat, bakat serta kemahiran. Kelulusan akademi adalah bonus bila dimanfaatkan.

MiTos Bisnes 6 : 
Bisnes akan cepat maju dengan menewaskan, dengan membunuh pesaing.
Perniagaan adalah satu industri yang memerlukan kerjasama, simbiosis dan sikap tolong menolong serta saling lengkap melengkapi. Bukannya industri "makan orang" atau "makan seseorang"

MiTos Bisnes 7 : 
Rezeki Secupak Tak Akan Jadi Segantang.
Sikap rajin, berani, agresif, tahan lasak, kuat semangat juang dan bijak menghitung risiko dan cekap menangkap peluang memungkinkan rezeki bertambah bergantang-gantang !

Kita berusaha sepenuh kudrat, kita bertawakal dengan penuh berharap dan Allah Makbulkan !!

Berfikir di Luar Kotak,
Bertindak di Luar Normal,
Hasilnya di Luar Jangka !!


MiTos Bisnes 8 : 
Bisnes Sendiri, Urus Sendiri, Urus ikut rasa hati sendiri.
Perniagaan yang telah terbukti berjaya rata-rata diurus dengan sistem yang mantap dan teratur. Bisnes jadi lentang pukang Tanpa S.O.P . Sendiri Bos Sendiri Kuli bukanlah satu amalan yang baik dan berkesan !

>Disiplin adalah kunci kejayaan !!


MiTos Bisnes 9: 
Nak Untung Lebih Kenalah Menipu
Pelanggan mahukan Nilai yang setimpal dengan wang mereka. Mereka mahukan prinsip menang-menang. Pelanggan yang rasa tertipu pastinya tidak akan datang lagi dan mereka pula bercerita kepada orang lain, kepada kenalan dan sahabat handai mereka.

Peniaga yang mementingkan diri sendiri, tamak, mahu untung cepat, tidak jujur, bijak bermuslihat dan memanipulasikan harga serta terlalu berkira akan cepat gulung tikar dan mengali kubur sendiri.

>Tidak ada Ke-Berkat-an bila mencuri dalam sukatan dan menipu dalam timbangan. Perbuatan itu diLarang dan Haram ...


MiTos bisnes 10 : 
Saya pandai memasak, saya ada resepi rahsia, jika saya buka restoran, tentu restoran saya akan penuh sesak dengan pelanggan.
John Pemberton dari Atlanta Amerika Syarikat adalah pemilik resepi coco-cola dan mula mempelkena...lkan minuman tersebut pada tahun 1886. Beliau telah menjual Rahsia Resepi tersebut kepada Asa Candler yang kemudiannya membangunkan sistem pemasaran yang hebat sehingga coco-cola menjadi produk dan jenama terkenal di seluruh pelusuk dunia.

John Pemberton dikhabarkan menghabiskan hayatnya dalam keadaan miskin manakala Candler pula terkenal sebagai seorang yang berjaya dan kaya raya.

>Berbisnes bukanya tempat untuk syok sendiri ...



DinDeraman @ Business Model Canvas