T[1]
Pernahkan tuan puan menjadi mangsa kepada
"politik pejabat"?
Bagaimanakah cara mengatasinya atau keluar dari
"permainan" itu?
Bermula dari perasaan cemburu dan ditambah dengan hasad
dengki maka jadilah benci membenci, tikam menikam, kata mengata dan lobi
melobi.
Tingkatkan pengaruh diri dengan meningkatkan kemahiran
dan kepandaian serta kemampuan supaya diri semakin dihargai.
Sudikah tuan-tuan saya kabarkan 3 prinsip asas supaya
dihargaai oleh boss serta rakan-rakan sepejabat?
1. Bersikap jujur,
bersikap dan berlaku adil serta melaksanakan tugasan dengan penuh rasa
bertanggungjawab !
2. Berikan
perhatian penuh kepada arahan dan idea yang mereka lontarkan !
3. Tunjukkan sikap
menghargai mereka !
T[2]
Bagaimana untuk maju ke depan tanpa perlu menikam
belakang seseorang atau memijak kepala sesiapa?
1. Tetapkan niat segalanya demi Lillahitaalla
2. ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara
3. ingat ada ubi ada batas
4. ingat jika mahu dihurmati, hurmatilah orang lain
T[3]
Pernahkah tuan puan berdepan dan berurusan dengan
seseorang yang di kategorikan sebagai cerewet, susah diurus atau dalam bahasa
ibunda saya disebut sebagai payah baso, susah kira, kepala angin?
Bagaimana untuk
menguruskan atau berurusan dengan mereka?
Ada 6 kaedah yang
disarankan :
+mulakan dengan
membina kemesraan
+mulakan dengan
membina persamaan
+mulakan dengan
memuji dan menaikan estim mereka
+kenalpasti apa
faktor yang memotivasikan mereka, apakah jenis 'run away' atau jenis 'moving
foward'
+fahami apa yang
sebenarnya dimahui
+gunakan bahasa
yang tepat dan relevan 'make your word work'
T[4]
Kajian telah dibuat bagi mengetahui kenapa gagalnya
sesuatu perhubungan, sebuah persahabatan pecahnya rakan kongsi bisnes malah
terlerainya ikatan suami isteri. Hasil kajian mendapati punca utamanya adalah :
+sikap sombong
+sikap suka
berhelah
+sikap tidak sopan
+sikap panas baran
+fitnah dan hasutan
T[5]
Apa untungnya berdengki dengkian?
Dengki itu benih kepada perasaan benci yang membawa
kepada kemarahan dan boleh mencetuskan permusuhan serta perbalahan.
Laksana syaitan
yang tidak senang duduk akan perihal Adam dan Hawa yang bersenang senang di
Syurga Allah lalu mencuba pelbagai cara dan akhirnya berjaya 'mengeluarkan'
pasangan yang mulia itu dari menghuni Syurga. Subhanallah.
Larangan dari
Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan,"janganlah saling memarahi, saling
berdengki, saling membelakangi, jadilah hamba hamba Allah yang
bersaudara"(HR Bukhari)
T[6}
Mahukah tuan puan memulihkan kembali imej yang sudah
tercalar, membetulkan semula kesilapan lalu?
izinkan saya
berkongsi beberapa tip!
a. mulakan dengan
membetul dan mengubah sikap dan tabiat kepada positif, kepada redha Allah!
b. betulkan kaedah
dan cara berkomunikasi. Semak semula bahasa, tata bahasa dan intonasinya.
c. kaji semula
cara bertindak, walaupun what-nya betul, how yang salah boleh mengundang
bencana.
d. Tukar watak dan penampilan, kuasa tarikan pada 7 saat
pandangan pertama.
semalam telah
berlalu, hari ini permulaan hari baru, mulakan langkah untuk berubah menjadi
insan yang lebih cemerlang!!
T[7]
Tentunya tuan-puan pernah mendengar ungkapan ini:
hanya Jauhari yang mengenal Manikam,
hanya Mutu Sammy yang mengenal Putu Mayam.
Mahukah tuan-puan dihurmati dan dihargai?
Berkawanlah, bersahabatlah dengan orang-orang yang banyak
ilmunya dan tinggi pula budi pekertinya. Kerana mereka ini amat tahu
menghurmati dan menghargai orang lain.
Pesanan Baginda Nabi s.a.w menjadi ingatan:
"Barangsiapa
yang menutup keaiban saudara Muslimnya, nescaya Allah menutup keaibannya di
hari kiamat. Dan Barangsiapa yang membuka keaiban saudara seIslamnya, maka akan
dibuka oleh Allah keaibannya di akhirat kelak, malah apa yang mendedahkannya di
rumahnya"
(Rujuk Sunan Ibn
Majah; Jilid 2, ms 850)
T[8]
Apakah asas kepada silaturrahim yang berpanjangan?
persefahaman, saling
bertolak ansur dan saling menghormati !
Mengapa perlu ada
rasa hormat terhadap orang lain?
Antara sebab asas
perlunya penghomatan kepada setiap orang :
1.Setiapa orang
adalah makhluk Allah yang unik
2.Setiap orang
mempunyai harga diri yang tersendiri
3.Setiap orang
memiliki personaliti bersepadu
4.Setiap orang
mempunyai kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri
5.Setiap orang
mampu berkembang melalui proses sosialisasi
Komunikasi Mesra - Bagaimanakah untuk mewujudkan
suasana kemesraan?
+tiada ungkapan
yang berbentuk mengarah
+tiada ungkapan
yng cuba mengajar ajar
+tiada ungkap yang
berbentuk memperli
+tiada ungkapan
yang menonjolkan keEgoan
+tiada ungkapan
semacam memperbodohkan
+tiada ungkapan
yang merendahkan kawan
+tiada ungkapan
yang kesat dan kelat
No comments:
Post a Comment