30 PENGISTIHARAN KECEMERLANGAN DIRI

PENGISTIHARAN 1 : Saya adalah Khalifah Allah
Saya telah diberi kuasa oleh Allah untuk mengurus diri dan alam. Saya tidak perlu takut kepada risiko dalam melaksanakan perubahan. Saya mempunyai keberanian yang hebat. Saya perlu mencuba sesuatu yang baru, jikapun gagal, itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Saya laksanakan sungguh-sungguh mengikut sunnahtullah dan Allah jayakan.
PENGISTIHARAN 2: Saya Boleh !
Saya fikirkan saya boleh. Saya telah memprogramkan kejayaan. Saya yakin sayalah pemenangnya. Keyakinan saya tidak terbatas. Saya ada kemampuan luar biasa yang belum saya pamirkan. Inilah masanya untuk saya buktikan kemampuan luar biasa saya. Saya Boleh ! Saya Boleh! Saya Boleh!

PENGISTIHARAN 3: Hidup Baru !
Hari ini adalah permulaan hidup baru buat saya. Hidup semalam telahpun berlalu. Hari ini saya mulakan dengan serba baru, semangat baru, azam baru, imej baru, pakai pakai baru, baru dek baru dibasuh dan digosok. Orang ramai pasti terpegun melihat saya, saya yang baru !
PENGISTIHARAN 4: Saya tidak sempurna, Tidak juga Maksum.
Saya sedar saya tidaklah sempurna,
Saya tahu tiada sesiapapun sempurna,
Saya percaya kesempurnaan cuma ada di Surga,
Makanya tidaklah wajar saya menghina kekurangan seseorang,
Makanya tidaklah wajar saya berkecil hati dengan kekurangan diri sendiri,
Saya usahakan yang baik dengan cara terbaik,
Saya perlu Reda dengan Hasilnya,
Saya bermohon Keredaan Illahi !!

PENGISTIHARAN 5: Saya seorang yang Positif.
Berfikiran Positif dan bercakap hal-hal yang positif. Saya sedar bahawa kata-kata, ucapan yang saya lafaskan adalah doa dan pengharapan, makanya saya perlu berdoa dan mengharap akan perkara yang baik-baik. Saya mahu setiap kata-kata saya adalah kata-kata keramat. Bidalan ini sentiasa menjadi ingatan saya " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

PENGISTIHARAN 6: Saya Sentiasa Bersemangat
Saya mahu hidup dengan penuh bersemangat ! Saya tahu ubat kepada Penyakit Malas adalah Semangat Juang. Saya yakin bahawa Semangat Juang, Keinginan yang Membara dan Komitmen yang Padu membawa kepada kejayaan ! Hari ini saya bersemangat baru !

PENGISTIHARAN 7: Sabar dan Istiqomah !
 Saya cukup sedar bahawa Sabar dan Istiqomah adalah kunci kejayaa! Sebagaimana Pesan orang tua >Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya !!, jika tidak digalikan lombong masakan dapat emasnya. Belakang Parang bila diasah selalu, akan tajam juga !!!

Begitu Juga Firman Allah >Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).[ Ash-Syarh 5-8]

PENGISTIHARAN 8: Mencontohi Prinsip Berlian !
 Saya mahu mencontohi Prinsip Berlian. Semakin Unik dan Semakin Cantik Berkilau, Semakin Tinggi pula Harganya. "Saya tahu nilai dan harga diri . Saya disukai dan dihargai. Saya sentiasa membalikkan cahaya, memberikan kehangatan dan keceriaan serta kilauan warna kepada sesiapa jua yang memandang"

PENGISTIHARAN 9: Bersyukur !
Nikmat yang manakah lagi yang mahu saya dustai. Allah telah memberikan pelbagai rezeki dari arah yang tidak saya sangka-sangka. Saya amat bersyukur dan dengan bersyukur hati saya telah menjadi lebih reda dan tenang serta saya mendapat tambahan nikmat ! Alhamdullilah.

PENGISTIHARAN 10: Sanggup Berkorban !
 Saya tidak kisah untuk membayar, untuk berkorban demi sebuah kejayaan! Semakin besar kejayaan yang mahu saya raih, semakin banyak pula bayaran yang perlu, semakin ba...nyak pengorbanan yang mesti saya lakukan. Saya perlu menangguh kemewahan, kesenangan serta keseronokan demi kejayaan. Saya sedar bukan semua yang bulat datang bergolek dan bukan semua yang pipih datang melayang!

PENGISTIHARAN 11: Cabaran.

Tiada lagi Masalah, Tiada lagi Ancaman. Kedua-dua perkataan itu telah saya padamkan dari hati dan pemikiran saya dan saya gantikannya dengan perkataan Cabaran.

"Masalah" membuatkan saya Risau dan mungkin juga Sasau , manakala "Ancaman" pula membuatkan saya Takut, membuat saya Marah, menBenci atau mungkin juga berDendam. Cabaran menjadikan saya bersiap siaga menghadapi dan mengatasinya. Cabaran membantu saya meningkatkan keImanan dan BerTawakal !

Peringatan dari Allah telah banyak memotivasikan saya "tak kala kamu ditimpa oleh sebarang musibah, katakanlah Dari Allah kamu datang dan kepada Allah jua kamu kembali"

>Bersambung.....