STRATEGI LAYAR MERAH

Laut tidak selalunya tenang. Laut yang terbuka luas terdedah kepada ribut dan taufan. Lantaran dari ribut dan taufan, maka muncullah ombak yang mengganas. Bagaimanakah caranya untuk menjangka kehadiran dan berdepan dengan ombak yang ganas? Pelaut memerlukan ilmu dan strategi pelayaran untuk sampai ke distinasi dengan selamat bagi menjayakan visi dan misi perlayarannya. Ilmu dan Strategi yang dijalinkan bersama inilah yang saya namakan sebagai “Strategi Layar Merah”
Setiap orang akan bertindak, beraksi, berstrategi berdasarkan kefahaman dari ilmu yang diketahuinya. Kefahaman adalah natijah dari Nilai yang dipegang dan pandangan yang ditanggapi serta Kepercayaan yang diyakini.

 Apa yang mereka faham, itulah yang mendorong kejayaan!

Fahaman Melayu :
Rezeki secupak tak akan jadi segantang.
Biarlah lambat asalkan selamat.

Fahaman Cina :
Nasib buruk boleh diubah,
Sial dan malang boleh dibuang,
Nasib baik boleh diusahakan.

Fahaman Islam :
 Aku bertindak menurut sangkaan hamba-Ku.
Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai,
Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari
(Hadis Qudsi: HR Bukhari dan Muslim)

Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !