Siapa Mentor Anda?

Apa perlunya Mentor, Pembimbingan Perniagaan, Business Coaching?

Supaya mereka dapat membimbing dan menggalakkan usahawan muda dan kakitangan supaya dapat  melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kepada tahap optimum dengan bersemangat. Hasilnya, Usahawan dan Kakitangan mereka akan melakukan semua itu kerana mereka mahu, kerana kemahuan dan bukannya kerana mereka diberitahu atau diminta melakukannya !



Berikut adalah factor utama kenapa anda perlukan Bisnes Coaching !
1.    Mencapai matlamat peribadi & perniagaan lebih cepat.
2.    Mengimbangi kehidupan anda dan perniagaan anda.
3.    Jelaskan Visi & Matlamat anda.
4.    Pastikan anda memberi tumpuan kepada perniagaan teras anda.
5.    Membantu anda mengatasi kebimbangan anda.
6.    Mengurus kekanggan dan halangan kepada kejayaan.
7.    Mendapatkan kemahiran perniagaan baru & kekal bermotivasi.
8.    Mendapat lebih daripada apa yang anda impikan.
9.    Mengatasi masaalah Prestasi danMembangunkan kemahiran diri
10.  Meningkatkan Produktiviti dan  Menggalakkan budaya kerja positif

30 PENGISTIHARAN KECEMERLANGAN DIRI

PENGISTIHARAN 1 : Saya adalah Khalifah Allah
Saya telah diberi kuasa oleh Allah untuk mengurus diri dan alam. Saya tidak perlu takut kepada risiko dalam melaksanakan perubahan. Saya mempunyai keberanian yang hebat. Saya perlu mencuba sesuatu yang baru, jikapun gagal, itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Saya laksanakan sungguh-sungguh mengikut sunnahtullah dan Allah jayakan.
PENGISTIHARAN 2: Saya Boleh !
Saya fikirkan saya boleh. Saya telah memprogramkan kejayaan. Saya yakin sayalah pemenangnya. Keyakinan saya tidak terbatas. Saya ada kemampuan luar biasa yang belum saya pamirkan. Inilah masanya untuk saya buktikan kemampuan luar biasa saya. Saya Boleh ! Saya Boleh! Saya Boleh!

PENGISTIHARAN 3: Hidup Baru !
Hari ini adalah permulaan hidup baru buat saya. Hidup semalam telahpun berlalu. Hari ini saya mulakan dengan serba baru, semangat baru, azam baru, imej baru, pakai pakai baru, baru dek baru dibasuh dan digosok. Orang ramai pasti terpegun melihat saya, saya yang baru !
PENGISTIHARAN 4: Saya tidak sempurna, Tidak juga Maksum.
Saya sedar saya tidaklah sempurna,
Saya tahu tiada sesiapapun sempurna,
Saya percaya kesempurnaan cuma ada di Surga,
Makanya tidaklah wajar saya menghina kekurangan seseorang,
Makanya tidaklah wajar saya berkecil hati dengan kekurangan diri sendiri,
Saya usahakan yang baik dengan cara terbaik,
Saya perlu Reda dengan Hasilnya,
Saya bermohon Keredaan Illahi !!

PENGISTIHARAN 5: Saya seorang yang Positif.
Berfikiran Positif dan bercakap hal-hal yang positif. Saya sedar bahawa kata-kata, ucapan yang saya lafaskan adalah doa dan pengharapan, makanya saya perlu berdoa dan mengharap akan perkara yang baik-baik. Saya mahu setiap kata-kata saya adalah kata-kata keramat. Bidalan ini sentiasa menjadi ingatan saya " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

PENGISTIHARAN 6: Saya Sentiasa Bersemangat
Saya mahu hidup dengan penuh bersemangat ! Saya tahu ubat kepada Penyakit Malas adalah Semangat Juang. Saya yakin bahawa Semangat Juang, Keinginan yang Membara dan Komitmen yang Padu membawa kepada kejayaan ! Hari ini saya bersemangat baru !

PENGISTIHARAN 7: Sabar dan Istiqomah !
 Saya cukup sedar bahawa Sabar dan Istiqomah adalah kunci kejayaa! Sebagaimana Pesan orang tua >Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya !!, jika tidak digalikan lombong masakan dapat emasnya. Belakang Parang bila diasah selalu, akan tajam juga !!!

Begitu Juga Firman Allah >Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).[ Ash-Syarh 5-8]

PENGISTIHARAN 8: Mencontohi Prinsip Berlian !
 Saya mahu mencontohi Prinsip Berlian. Semakin Unik dan Semakin Cantik Berkilau, Semakin Tinggi pula Harganya. "Saya tahu nilai dan harga diri . Saya disukai dan dihargai. Saya sentiasa membalikkan cahaya, memberikan kehangatan dan keceriaan serta kilauan warna kepada sesiapa jua yang memandang"

PENGISTIHARAN 9: Bersyukur !
Nikmat yang manakah lagi yang mahu saya dustai. Allah telah memberikan pelbagai rezeki dari arah yang tidak saya sangka-sangka. Saya amat bersyukur dan dengan bersyukur hati saya telah menjadi lebih reda dan tenang serta saya mendapat tambahan nikmat ! Alhamdullilah.

PENGISTIHARAN 10: Sanggup Berkorban !
 Saya tidak kisah untuk membayar, untuk berkorban demi sebuah kejayaan! Semakin besar kejayaan yang mahu saya raih, semakin banyak pula bayaran yang perlu, semakin ba...nyak pengorbanan yang mesti saya lakukan. Saya perlu menangguh kemewahan, kesenangan serta keseronokan demi kejayaan. Saya sedar bukan semua yang bulat datang bergolek dan bukan semua yang pipih datang melayang!

PENGISTIHARAN 11: Cabaran.

Tiada lagi Masalah, Tiada lagi Ancaman. Kedua-dua perkataan itu telah saya padamkan dari hati dan pemikiran saya dan saya gantikannya dengan perkataan Cabaran.

"Masalah" membuatkan saya Risau dan mungkin juga Sasau , manakala "Ancaman" pula membuatkan saya Takut, membuat saya Marah, menBenci atau mungkin juga berDendam. Cabaran menjadikan saya bersiap siaga menghadapi dan mengatasinya. Cabaran membantu saya meningkatkan keImanan dan BerTawakal !

Peringatan dari Allah telah banyak memotivasikan saya "tak kala kamu ditimpa oleh sebarang musibah, katakanlah Dari Allah kamu datang dan kepada Allah jua kamu kembali"

>Bersambung.....

STRATEGI LAYAR MERAH

Laut tidak selalunya tenang. Laut yang terbuka luas terdedah kepada ribut dan taufan. Lantaran dari ribut dan taufan, maka muncullah ombak yang mengganas. Bagaimanakah caranya untuk menjangka kehadiran dan berdepan dengan ombak yang ganas? Pelaut memerlukan ilmu dan strategi pelayaran untuk sampai ke distinasi dengan selamat bagi menjayakan visi dan misi perlayarannya. Ilmu dan Strategi yang dijalinkan bersama inilah yang saya namakan sebagai “Strategi Layar Merah”
Setiap orang akan bertindak, beraksi, berstrategi berdasarkan kefahaman dari ilmu yang diketahuinya. Kefahaman adalah natijah dari Nilai yang dipegang dan pandangan yang ditanggapi serta Kepercayaan yang diyakini.

 Apa yang mereka faham, itulah yang mendorong kejayaan!

Fahaman Melayu :
Rezeki secupak tak akan jadi segantang.
Biarlah lambat asalkan selamat.

Fahaman Cina :
Nasib buruk boleh diubah,
Sial dan malang boleh dibuang,
Nasib baik boleh diusahakan.

Fahaman Islam :
 Aku bertindak menurut sangkaan hamba-Ku.
Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai,
Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari
(Hadis Qudsi: HR Bukhari dan Muslim)

Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !


7 Petua @ Hidup Ceria dan Sihat serta Awet Muda !


1.PEMIKIRAN POSITIF
>Kajian pakar mendapati bahawa Sistem Imunisasi badan "mendengar" percakapan Minda. Menggeluh, Merungut, Merenggek akan melambatkan penyembuhan. Manakala berfikiran Positif, berdoa , bersyukur dan reda serta bersangka baik akan meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan penyembuhan.
2.PEMAKANAN
 >Pakar Perubatan berpendapat punca utama masalah kesihatan adalah akibat dari pemakanan yang tidak seimbang. Makanan segera burger, pizza, hotdog, ayam goreng mempercepatkan kegemukan dan melajukan penuaan. Makanan penghuni surga adalah buahan segar, susu segar, madu asli.Penghuni surga sentiasa muda dan tidak akan tua tua.
Kajian terhadap ribuan responden memdapati mereka yg memakan buah buahan menjadi golongan yang paling rendah kadar mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, kanser dan sakit jantung -American Diabetes Assoc.
Ada buahan yang tinggi indek Glisemik(karbohidrat tidak baik) spt durian, mempelam, betik dan tembikai . Maka utamakan buahan yg rendah indek Glisemiknya!!
3. MINUMAN
>Doktor menyarankan minum sekitar 8 gelas air sehari. Jenis air yg patut dielakkan adalah semua jenis minuman berkarbonat, jus buahan yg ditambah gula, susu tanpa lemak dan rendah lemak, minuman bertenaga dan minuman berAlkohol. Kenapa sangat perlu meminum air semula jadi? 75% air dlm otot-otot, 82% air dlm darah, 95% air dlm paru paru, 85% air dlm otak dan 25% air dlm tulang.
4. SENAMAN
>Kajian pakar mendapati senaman yang berlebihan hingga kehilangan lebih 2,000 kalori seminggu akan mencepatkan penuaan. Patutlah ahli sukan lasak spt tinju, angkat berat dan bina badan dan juga buruh kasar lebih cepat dimamah usia.
5. PENJAGAAN KULIT
>Mengikut pakar kulit ada 6 punca utama kulit cepat berkedut dan geleber, antaranya adalah pancaran matahari UVA dan lebihan gula. Maka pesanan kpd para jelita yang mahu kekalkan kulit halus lagi mulus~jadilah puteri sinaran bulan yang tidak mengambil minuman dan makanan manis secara berlebihan !!
6. PEMAKANAN TAMBAHAN
>Benarkah Pemakanan Tambahan yang banyak dipromosi oleh ramai perempuan anggun di pasaran berkesan utk merangsang proses awet muda? Tuan Puan, Saudara/i ada ambil food supliment apa? Sila kongsi pengalaman !!
7. TEKANAN/ STRES
>Tindakbalas positif kpd tekanan membawa kemajuan dan kejayaan ! Tindakbalas negatif membuatkan Stres? Merenung kata kata Dr. Hans Seyle~"setiap tekanan meninggalkan parut yg nyata dan organisma akan tertekan lalu menjadi semakin tua" Penawar kpd Stres adalah Syukur dan Redha !!


Mengikut A.J.Reb Mater~"banyak orang mengorbankan kesihatan demi wang ringgit dan kekayaan, kemudian terpaksa menghabiskan kekayaan itu utk kesihatan"

>Nota : catitan ini adalah merujuk kepada Buku Dr Zainah Mokhtar - Awet Muda 7 Rahsia Kesihatan holistik.

Usahawan : Bersedia Menghadapi Cabaran !!!

Tahun Naga Air 2012–Antara ramalan dan kenyataan? Pakar feng shui meramalkan bidang bisnes  yang berunsur Air dan Tanah akan menghadapi cabaran yang lebih besar berbanding dengan bisnes bidang yang berelemen Api, Logam dan kayu. Mengapa?
Kategori Bidang Perniagaan mengikut elemen/unsur:
Air >Logistik, Hotel, Pengangkutan, Perikanan
Tanah> Perlombongan dan Hartanah
Api>Petrolium, Eletrik, Eletronik, Telekomunikasi, Hiburan
Logam> Perbankan, Emas, Perak, sistem keselamatan
Kayu> Balak, Pendidikan, Penerbitan, Ekologi
Apakah bidang bisnes yang tidak melibatkan kaum Cina? Hampir tidak ada bidang bisnes yang tidak melibatkan mereka. Makanya kepercayaan dan amalan perniagaan cina khususnya di Malaysia,  pastinya ada pengaruhinya tersendiri. Bagaimana Usahawan Bumiputra, Usahawan Muslim bersiap sedia menghadapi cabaran mendatang?
>Salam dari DinDeraman @ 23Jan 2012

DEMI ITU, DEMI INI, DEMI APA ???

  1. Demi pagi yang indah, Demi hari yang lebih cemerlang !!! Kita adalah umat yang rajin, kita adalah umat yang tahu tanggungjawab, kita adalah umat yang ada matlamat hidup yang jelas dan tahu arah dan tujuan hidup untuk mendapat Redha Allah. Jom melangkah dengan penuh bersemangat !!!
  2. Demi masa depan, Berubahlah sebelum rebah ! Berubahlah sebelum punah !! [Marilah kita Renungi firman Allah : Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri –Ar Rad 11.] Mahukah tuan-puan saya sarankan Langkah pertama yang mudah untuk berubah? Mulailah dengan mengubah tabiat dan perangai buruk diri sendiri !!!
  3. Demi kesedaran diri sendiri, Saya bertanya kepada seorang remaja yang tinggal berjiran dengan saya “apakah yang mendorong beliau rajin datang kesurau untuk solat berjamaah?” Beliau menjawab “setiap kali mendengar azan, setiap kali mendengar seruan > Marilah mengerjakan solat, Marilah menuju kepada kejayaan, hatinya tidak senang duduk jika tidak seruan yang Allah janjikan. Tambahnya lagi, disubuh hari bila beliau mendengar seruan- sesungguh solat itu lebih baik dari tidur, matanya tidak dapat lena lagi. MasyaAllah, saya terkedu mendengar jawapan remaja itu. MasyaAllah.
  4. Demi kecemerlangan diri sendiri, sesungguhnya kita tidak akan menjadi individu yang cemerlang selagi kita mempersia-siakan masa , selagi kita tidak menunaikan kerja, tugasan dan amanah pada masa dan ketikanya. Mahukah tuan-tuan saya kabarkan kaedah bagaimana supaya kita disegangi, kita disukai, kita dihurmati ? Tepatilah Masa dan Taatilah Waktu !!!
  5. Demi jiwa yang Tenang. Kita tidak mungkin tenang sehinggalah kita berganjak dari makam nafsu Amarah, Lawamah kepada Makam Mutmainnah. Mahukah tuan puan saya khabarkan bagaimana untuk mendapat ketenangan yang hakiki? Solatudaim-penyaksian kepada Allah setiap ketika, ketika susah dan ketika senang !!!
  6. Demi hari esok yang lebih cemerlang !!! sebelum lelapkan mata, ingatkan kepada diri sendiri tentang perkara-perkara penting yang perlu dilunaskan esok hari. Hayatilah kata-kata : "kita menjadi malas, kita bermalas-malasan, kita menjadi tidak bersemangat bilamana kita tidak jelas akan matlamat hidup kita sendiri dan kita tidak pasti kenapa sesuatu perkara itu patut diLakukan"  Moga-moga kita bangun dengan selamat dan penuh bersemangat !!!
  7. Demi keserasian, Bilamana kita semakin menghitung-hitung perbezaan, kita sebenarnya semakin menjauhi. Bilamana kita mencari-cari persamaan, kita sebenarnya semakin mendekati antara satu sama lain. Binalah keserasian semoga semakin erat silaturrahim !!!
  8. Demi pagi yang indah, kita tidak mungkin rasa gembira dan rasa ceria sehinggalah kita bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah kita kecapi dari anugerah Allah. Mahukah tuan-puan saya jelaskan bagaimakah supaya kita mulai pagi ini dengan penuh kecerian? Senyumlah !!!
  9. Demi mengejar peluang, Saya memberitahu kepada sekumpulan Usahawan “Seseorang itu lebih bermotivasi untuk berjaya bilamana kita melebarkan peluang mereka berbanding dengan menyempitkan peluang untuk mereka - Lantaran itu jika ada kakitangan yang menghantar surat perletakan jawatan kerana ingin memulakan perniagaan sendiri, ingin menjadi majikan dan mengajikan orang lain, segeralah luluskan permohonan mereka dan doakan kejayaan mereka. Kepergian mereka akan memberi peluang kepada kita untuk berbakti kepada orang lain yang sedang mencari pekerjaan. Maka semakin ramailah mereka yang mendapat peluang” !!!
  10. Demi meramaikan lagi bilangan peniaga dan pedagang Bumiputra, tuan-puan para usahawan tidak akan dapat bertahan lama, tidak akan mampu berdayasaing sehinggalah tuan-puan mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak. Mahukah tuan-puan saya terangkan cara untuk mendapat kepercayaan orang lain? Buatlah yang Betul dengan Betul dan Buatlah Betul-Betul.
  11. Demi masa, Merenung masa depan dengan penuh pengharapan ...mengenang masa silam dengan penuh kesedaran ... melihat kepada diri yang penuh kekerdilan ....melihat kepada alam yang penuh dengan tanda tanda kebesaran ... Renung-renungkanlah !!!
  12. Demi masa depan bangsa Melayu, kuasa politik orang Melayu tidak akan kekal lama sehinggalah orang-orang Melayu bersatu, sehinggalah mereka berhenti bercakaran sesama sendiri. Mahukah saudara/i saya terangkan bagaimanakah melayu dapat bersatu ? Kembalilah kepada ajaran islam dan berpegang teguhlah dengan Tali Allah.
  13. Demi Masa, Demi hari yang lebih panjang, Mari kita mulakan kehidupan seawal jam 5 pagi supaya kita menikmati panjangnya masa dalam sehari. Pagi yang mendamaikan membawa minda kita ke alam alpha yang menjadikan kita lebih bersemangat dan bertenaga serta bersiap sedia meredah kehidupan dan perjuangan ....!!!
  14. Demi Layanan yang lebih baik, Layanan yang kita terima dari orang lain seringkali dikaitkan dengan imej yang kita tonjolkan samada imej penampilan maupun imej pemikiran. kekawan fb biasanya melayan kita berdasarkan apa yang kita tulis pada entri dan pada komen komen kita. Gambar-gambar yang kita letak pada profile dan album di fb juga mengambarkan imej penampilan diri kita. Kita tentunya mahu dilayan secara baik dan dihurmati maka kita terlebih dahulu perlu amati imej yang kita sendiri tonjolkan....!!!
  15. Demi kerana Tolenrasi , Bila ada kereta yang meluncur laju di belakang kereta saya, saya akan bagi mereka laluan dengan salah satu dari 3 alasan yang saya ada. Alasan pertama saya katakan kereta mereka masih baru dan cc nya lebih besar, alasan kedua jika pun kereta mereka dah buruk dan cc nya lebih kecil - saya katakan mereka mempunyai hajat yang lebih mendesak dan alasan ketiga ialah saya tidak perlu terlalu laju dan terburu-buru kerana saya mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke distinasi saya. Bagaimana pula dengan tuan-puan, apa pula alasan yang diberi ???
  16. Demi sebuah matlamat, Mulakan dengan langkah yang betul, hayunan yang padu, matlamat distinasi yang jelas. Tabahlah dalam perjalanan kerana halangan sentiasa ada dimana-mana jua - membujur lalu melintang patah !!!
  17. Demi menjaga badan dan kesihatan, Rata-rata makanan yang mudah menggemukan itu mahal harganya, namun begitu masih ramai yang sanggup membayarnya. Setelah sedar bahawa diri sudah semakin gemuk, semakin berisi, semakin tidak selesa dan semakin tidak sihat, mulalah berusaha untuk menghilangkan kegemukkan. Menghilangkan kegemukkan untuk kembali slim juga mahal perbelanjaannya.
  18. Demi hidup yang harmonis, hidup ini banyak pantang larangnya, hidup ini ada batas sempadannya. Ada batasan adat, Ada larangan Agama, Ada sekatan undang-undang negara. renungilah pepatah – hidup dikandung adat, mati dikandung tanah !!!
  19. Demi kecemerlangan masa depan anak-anak, sesunggguhnya anak-anak kita tidaklah bertambah pandai dan cemerlang dengan kita berleter hampir sepanjang masa, dengan kita memaksa dan mendera dengan cara kita. Mahukah tuan-puan saya khabarkan cara dan kaedah supaya anak-anak bertambah bijak dan tahu berdikari? Banyakkan memberi pujian dan galakan serta lebarkan peluang kepada mereka !!!
  20. Demi kejayaan hakiki, Dari seawal di Tadika kita diberitahu dan kini kita pula memberitahu anak-anak supaya jadi orang yang Berjaya. Belajar rajin-rajin supaya dapat nombor SATU dapat 5A upsr, 10A pmr, 21A spm dan Ijazah Kelas Pertama. Apa yang jarang kita diberitahu atau memberitahu ialah "Jadilah orang yang Berguna, Bernilai kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan Agama" [Tidak cukup sekadar BERJAYA jika Tidak BERGUNA/BERNILAI]!!! 
  21. Demi jiwa yang tenang, sesungguhnya mereka tidak akan mencapai kejayaan dan kebahagian yang hakiki dengan jiwa yang bergelora dan minda yang berserabut. Mahukah tuan puan saya kabarkan bagaimana jiwa menjadi tenang? Solat dan Zikirullah !
  22. Demi pagi yang indah lagi mendamaikan, sesungguhnya mereka telah kehilangan semangat dan telah bermalas malasan. Mengapakah mereka telah jadi sedemikian? kerana mereka sudah kehilangan matlamat hidup dan matlamat perjuangan. Ayuh bangkit !!
  23. Demi malam yang indah, sesungguhnya mereka tidak akan dapat tidur dengan lena dalam keadaan hati yang gusar dan fikiran yang berserabut. Mahukah tuan tuan saya cadangkan satu amalan mudah supaya dapat tidur dengan lena? perbanyakan zikirullah !
    Bagaimanakah Panjangnya Getah > bila Getah ditarik tarik ...!
    Bagaimanakah Panjangnya Akal > bila Akal didesak desak ...!
    NOTA: semua catitan ini adaalah sebahagian dari posting DinDeraman di wall fb dari hari ke hari.Terima Kasih