Usahawan Melayu : Dilema, Cabaran dan Ancaman


Diantara Dilema Usahawan Melayu:
1. Tidak ada Modal atau kekurangan Modal, namun nak berbisnes besar dan nak bermula dengan bisnes yang gah.
2. Nak untung besar dan nak kaya cepat, maka suka ambil jalan singkat
3. Kurang ilmu dan kemahiran dalam perkara –perkara asas keusahawanan
4. Tidak mahu hadiri seminar, kursus atau program yang boleh menambah ilmu keusahawanan.
5. Lemah dalam komunikasi dan lemah dalam bahasa usahawan dan bahasa inggeris.
6. Tidak mengamalkan budaya usahawan, kurang Minda keusahawanan
7. Lemah dalam aspek pengurusan, kawalan kewangan dan aspek pemasaran.
8. Suka Bersaing, kurang kerjasama dan sokongan dari bangsa sendiri, suka berdengki dan beririhati.
9. Diselubungi dengan imej negatif tentang melayu - janji melayu, Liat bayar hutang dsb.
10. Diselubungi dengan sentimen politik dan sentimen perkauman.

APA KAH CABARAN ?1.
1. CABARAN ‘DIRI’ USAHAWAN
[M.I.N.D.A] Keusahawanan
M > MINDSET [ATTITUDE/CHARACTER]
I > IMAGE [PERSONALITY]
N > NETWORK [MARKETING >4 ‘s]
D > DETERMINATION [DARE TO FAIL]
A > ACTION [ RIGHT TIME, RIGHT PLACE]

>>> MINDA CEMERLANG !! >> SAKSIAH HEBAT !!!

2. CABARAN PERSEKITARAN
1. BUDAYA RASUAH
2. HASAD DENGKI
3. DISABOTAJ
4. KERENAH BIROKRASI
5. TIADA SOKONGAN KELUARGA
6. DIGODA SIMBOL-SIMBOL KEJAYAAN

APA PULA ANCAMANNYA:
1. SENTIMEN POLITIK
2. SENTIMEN PERKAUMAN
3. PERUBAHAN POLISI
4. SERANGAN TEKNOLOGI
5. LANGIT TERBUKA- INFORMASI
6. BUMI TANPA SEMPADAN – AFTA, WTA
7. LAUT MERAH & LAUT BIRU

BISNES KAD >IMEJ DAN DUTA SYARIKAT


Berapa kerap anda menghulur atau menerima kad ? Busines kad mengambarkan imej pemberi dan imej syarikat yang diwakilinya. Busines kad juga sebagai pembuka bicara kata bila dua orang berjumpa. Banyak kelihatan Busines kad yang pelik-pelik yang tidak jelas apa Bisnesnya. Jangan ambil mudah tentang imej Bisnes kad anda. Bisnes kad juga boleh bertindak sebagai Duta Syarikat, jaga-jaga dengan "1st impression" pelanggan terhadap bisnes anda!. Bisnes kad memang ada 'fengshui'nya yang tersendiri.
Rekabentuk dan grafik pada Bisnes kad perlu ringkas dan kemas serta sedap mata memandang supaya senang untuk melekat di minda pelanggan dan bakal pelanggan. Diantara maklumat asas yang perlu ada dalam bisnes kad adalah nama pemilik dan nama syarikat yang diwakilinya, alamat operasi, nombor telipon talian tetap dan talian mudah alih, serta email dan juga laman website syarikat. Perlu juga diletakan jenis perniagaan yang dijalankan atau industri yang diceburi.

Pengamatan penulis kepada ratusan bisnes kad yang masih dalam simpanan semasa berurusan dengan pejabat kerajaan, pihak swasta, syarikat persendirian serta syarikat koperat menampakkan beberapa format yang agak ketara perbezaannya. Kad dari kakitangan kerajaan biasanya mempunyai format yang sama untuk satu-satu kementerian dan formatnya tidak pula banyak berbeza diantara satu kementerian dengan kementerian yang lain. Kad kakitangan kerajaan lebih menunjukan bahawa mereka adalah dalam orientasi perkhidmatan (servis orientasi) manakala kad-kad syarikat koperat dan swasta menunjukan mereka dalam orientasi keuntungan (profit orientasi).