PSIKOLOGI MENJUAL GAYA BRIAN TRACY



Ramai para jurujual mungkin bersetuju bahawa menjual adalah seperti permainan membilang. Bagi mendapat kuantiti jualan yang tinggi, jurujual perlu perjumpa dengan lebih ramai orang. Mereka yang menjadi jurujual kepada produk insuran atau takaful, produk unit saham amanah dan pemasar dalam pemasaran bertingkat atau MLM tentunya lebih memahami istilah ‘permainan membilang’. Biarpun telah ramai prospek atau pelanggan yang ditemui, namun jualan tidak juga meningkat, kenapa? . Ramai jurujual gagal membuat persembahan yang memikat pelanggan sekali gus mengambil keputusan untuk membuat pembelian. Ramai jurujual gagal membuat persembahan yang memikat, meskipun dengan bantuan alat sokongan yang canggih seperti file folder, power point dan website secara line.

Brian Tracy menyarankan para jurujual supaya memahami dan mengambil pendekatan psikologi dalam membuat persembahan jualan mereka. Ramai jurujual suka bercakap banyak menerangkan itu dan ini berkenaan produk yang mereka tawarkan sehingga pelanggan rasa jemu dan jelek, akhirnya pembelian tidak berlaku. Brian Tracy menyarankan para jurujual lebih banyak bertanya dari banyak membuat penerangan. Biarkan pelanggan yang banyak bercakap melalui beberapa soalan yang berkaitan. Dari situ jurujual lebih memahami apa yang pelanggan perlukan dan mengapa seseorang pelanggan itu mahu membeli.

Brian Tracy juga menyarankan para jurujual menghafal ungkapan-ungkapan keramat yang mampu memukau pelanggan. Mengguna perkataan dan istilah yang betul dan tepat tentunya menyebabkan pelanggan terpegun dan berasa yakin dengan penerangan dari jurujual biarpun penerangan itu rengkas.

Mengikut Brian Tracy, ada 7 Kemahiran Utama yang mesti dikuasai olih setiap jurujual yang mahukan kejayaan :
1. Kemahiran mencari bakal pelanggan / prospek
2. Kemahiran membina persahabatan
3. Kemahiran membuat persembahan jualan berkesan
4. Kemahiran mengenali keperluan pelanggan
5. Kemahiran menjawab bantahan pelanggan
6. Kemahiran mendapat jualan / 'closing'
7. Kemahiran mendapat jualan berulang