Buat Yang Betul dan Buat Dengan Betul serta Buat Betul-Betul !!!

Buat Yang Betul !
Adakalanya kita berada dalam dilemma untuk membuat pilihan. Kita teragak-agak untuk memilih kerana bimbang akan tersalah pilih. Bimbang akan mengalami kerugian atau akan menerima padah akibat dari kesilapan memilih. Bagaimanakah caranyanya supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat, Buat Yang Betul ? Asas pemilihan mengikut pandangan orang yang bijak bistari adalah :

1. Nilai Betul dan Nilai Salah telah digariskan dengan jelas dalam Hukum islam, Hukum Negara, Hukum Adat dan Hukum Etika. Nilai dan Hukum yang manakah telah menjadi rujukan dan pegangan kita ?
2.    Bandingkan Data Empirikal dan Fakta Lepas – mungkin hal yang sama pernah berlaku di masa lepas, pernah dilakukan oleh orang lain dan sudah nampak hasil kejayaan atau kegagalan . Maka jadikan data dan fakta itu sebagai panduan dan ikhtibar !!!
3.    Menilai Risiko yang mungkin terjadi – setiap perkara ada kemungkinan untuk gagal. Makanya menjangka kegagalan yang mungkin akan berlaku lebih baik dari tiba-tiba gagal diluar jangka. Adakah risiko yang bakal berlaku itu nanti mampu ditanggung ?
4.    Mengurus Risiko – selepas menjangka akan berlakunya sesuatu risiko, langkah seterusnya adalah mengurus risiko. Mengurus risiko bermakna mengurus kejayaan dan mengurus bebanan. Semakin cekap kita mengurus risiko maka semakin betul pilihan yang dibuat .
5.   Tanya sama hati – bagaimana dengan tahap keyakinan, tahap kebimbangan ? Renung ke dalam hati sendiri, amati suara hati. Semakin diamati suara hati semakin puas rasa hati !!!
6. Binalah keyakinan dengan mendirikan solat istiqorah, mohon taufik dan hidayah dari Allah azzawajala moga terungkap sebuah pertunjuk !!!

Buat Dengan Betul !!
Setiap perkara ada prosesnya dan setiap proses ada aturannya. Maka fahamilah cara dan prosesnya dan kemudian pastikan prosesnya berjalan mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkannya. Semua perkara tertakluk kepada Hukum Sebab dan Akibat dan hukum ini juga dikenali sebagai Sunnahtullah. Janganlah  mengharapkan kepada keajaiban tanpa asas.
Kerja yang tidak mengikut peraturan, carta aliran dan melanggar specifikasi pasti cepat dan mudah menemui kegagalan. Pastikan langkah pertama dibuat dengan betul, langkah seterusnya juga betul maka sepanjang masa akan berjalan dengan betul. Perjalanan seribu langkah bermula dari satu langkah dan langkah pertama yang betul, langkah-langkah seterusnya betul yang akan membawa ke distinasi yang dikhendaki.
Biar lambat asal selamat. Bila cekap, betul dan tepat akan bertambah selamat. Sesat dihujung jalan kerana salah memilih simpang, Maka Buatlah Dengan Betul !!
Ingatlah :
      I.   Orang yang Berjaya adalah orang yang nampak tujuan dengan jelas dan menjurus kepada tujuan dengan tertib tanpa menyimpang dari garis panduan.
    II.      Anda inginkan kejayaan, ikutlah landasan yang betul. Sesungguhnya perahu tidak dapat berlayar di daratan.

Buat Betul-Betul !!!
Amati dan hayati ungkapan berikut :
     I.      alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan.
    II.     Janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam.
   III.     Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
  IV.    Jika tidak dipecahkan ruyongnya, masakan dapat sagunya.
    V.     Membujur lalu dan melintang patah.
  VI.     Kurangnya semangat juang mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran.
 VII.      Hanya mereka yang mempunyai ketabahan, daya juang dan kekuatan semangat yang akan Berjaya.
VIII.      Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakannya. Maka hendaklah banyak bersabar dan teruskan beristiqomah. Fahamilah bahawa kesilapan patut mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelbetulkan selepas itu.
  IX.      Firman Allah “apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah” [Ali Imran:159]

>> Salam Dari DinDeraman