MENGAPA BISNES GULUNG TIKAR


Fakta 1:> 100,000 Syarikat yang berdaftar dengan SSM di dapati Tidak Aktif dan sejak April 09 pula 23,500 pemilik membatalkan syarikat mereka.

Fakta 2:> Purata di seluruh dunia 93% bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka.

Fakta 3:> Kajian di negara maju seperti di Amerika, Kanada dan Benua Eropah pula mendapati 80% syarikat enterprise/ syarikat kecil gulung tikar dalam masa 5 tahun, hanya 20% yang dapat bertahan melepasi 5 tahun.

Fakta 4:> Bisnes gagal bertahan diperingkat Menengah dimana didapati lebih 400,000 bisnes kecil ditutup setiap tahun di Amerika.

Kenapa ini terjadi ?>
1. Kebanyakan perniagaan bergantung kepada kapasiti pengusahanya dan pengusaha pula tidak berusaha menyediakan sistem kepada pernigaannya supaya bisnesnya berjalan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran pengusahanya. Maka ubahlah konsep bisnes dari people depending kepada system depending. Bagaimana ini mahu dilakukan ?

Bila ini dapat dilakukan, para pengusaha dapat membebaskan dirinya dari kongkongan kerja dan bebanan tugasan serta dapat pula menikmati kehidupan yang lebih baik sebagai usahawan berjaya. Para Pengusaha mestilah belajar memisahkan dirinya dengan perniagaanya dan memahami bahawa Bisnes dan Diri Pengusaha adalah dua entiti yang berbeza.

2. Mengikut Fakta, Salah satu punca kegagalan usahawan bumiputra adalah tidak mengurus kewangan syarikat dengan betul. Pinjaman dan keuntungan projek banyak dibelanjakan untuk membeli simbol-simbol kejayaan dan simbol-simbol kemewahan. Tidak memisahkan wang syarikat dengan wang sendiri.

3. Kaedah pengurusan lepas tangan juga merupakan faktor kegagalan. Para pengusaha menyerahkan bulat-bulat semua tugasan tanpa sebarang mekanisma pemantauan kepada orang harapan. Rupanya harapkan pagar, pagar pula jual padi.

4.Tidak ada Manual Operasi yang bertulis dengan jelas ataupun didokumentasikan. Manual operasi juga di kenali sebagai Standard Operating Procedure - SOP. Cukup bahaya apabila operasi terlalu bergantung kepada kebolehan dan kepakaran individu tertentu, tanpa individu tersebut operasi bisnes menjadi lumpuh.

3 Peringkat atau Fasa Bisnes :
1. Peringkat Pertumbuhan
Para Pengusaha dan para usahawan hendaklah mula membina Model Bisnesnya ketika masih di peringkat Awal, di peringkat pertumbuhan bisnesnya. Bisnes Model ini amat penting supaya para usahawan Nampak dengan jelas bagaimana operasi bisnesnya mahu dijalankan dan bagaimanakah kaedah matlamat bisnesnya dapat dicapai. Tanpa Bisnes Model, adalah sukar bagi usahawan mengembangkan bisnesnya dan mencipta nilai tambah kepada syarikatnya. Bisnes model juga membantu semua kakitangan memahami misi dan visi syarikat dengan jelas. Memahami bagaimana untuk member sumbangan bagi memajukan syarikat.

2.Peringkat Menengah
3.Peringkat Matang

Pendapat Ahli Forum di Face Book :
Puan Ainon Mohd : Ini isu 'new money' dan 'old money'. Duit yang banyak adalah benda baru bagi kebanyakan bisnesman Melayu. Baru kali pertama dapat cek besar hasil kontrak kerajaan. Aspek 'new money' dan 'old money' ini perlu dimasukkan ke dalam benak peserta kursus.

S Rafidah Hj Basri : mereka kurang ilmu selok belok berniaga.Tidak sanggup menghadapi kerugian.Lagi penting,mereka tidak berani ambil risiko dan tidak tahan cabaran.Mungkin juga tidak peka kepada peluang untuk menambahkan sumber bagi mengaut keuntungan.

Najib Milatu : Terlalu ramai yang mula berniaga tidak tahu kesukaran orang berniaga. Ramai yang melihat kesenangan orang berniaga lalu berpandangan orang berinaga hidup senang sedangkan kebanyakan peniaga yang kita lihat hidup senang itu sebenarnya pernah susah. Cumanya, semasa dia meredah hujan menaiki motosikal kapcai kita tak nampak pun dia. Kita nampak dia hanya setelah dia berkereta dan berumah besar.

Hj Rahim mahmood : melayu mudah give up..melayu pemalu tidak bertempat.. antara kejayaan mamak ialah tak malu dan tahan kena komen... ada produk, tp malu...org ramai tak tahu apa yg kita buat..

Nik Zirwati hayati : sbb melayu mudah lupa kot, bila kaya sikit, mula la nak buka "cawangan baru", nak pakai mercedes, nak rumah besar bla bla..

Rezali Dewa : Cartel, being one of the main reasons, upstream and downstream plus whatever streams any school of thought there is, so many missing links beyond repair created by culture...

Najib Milatu : The Cartel without doubt is one major reason we must collectively work together to break. It require a lot but if we fail to face the hardship together now, we will have to face a much bigger one in the future, on our own

Muzzie Ho : kegagalan dlm ekonomi bkn sj kpd org bisnes. org makan gaji pun kalau x pandai mengurus kewangan gagal juga. sbg contoh..baru kerja setahun dua, sudah nak beli kereta...alasan mudah nak berulang alik, sdgkan bnyk cara nak berulang alik ke t...empat kerja...sebenarnya tak mahu bersusah sikit, rasa rendah diri pada rakat sekerja.saya tak mahu sebut pasal nak berlagak tu...tak usah nak pandanglah pada graduate...it is just a piece of paper nak layakkan dpt kerja...tp kalau mengurus kewangan diri sendiri tak guna otak yg bijak tu...satu sen pun tak ada nilai...

‎>>> Istilah 'gulung tikar' bagi mengambarkan tikar yang digulung boleh dibentangkan semula, makanya bermaksud kita jangan putus asa, sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Bangun dan bentangkan tikar semula....!!!!

MENJUAL SECARA KREATIF


>Usahawan perlu kreatif. Kreatif juga bermaksud pandai membuat pembaharuan, membuat penambahbaikan serta melaksanakan dengan cara yang berbeza dari orang lain !!! Dalam bidang jualan, 5 bidang kreatif yang amat dituntut iaitu:
1. kreatif mengenalpasti prospek berpotensi
- false / true customer
- Prospek Berduit / Boros Berbelanja
2. kreatif mengenalpasti motif membeli
- kenapa sesorang membeli ?
- Impulse / kegairahan membeli ?
- faedah produk ?
3. kreatif memahami paradigm pelanggan
4. kreatif menjawab pertanyaan pelanggan
5. kreatif melayan kerenah dan bantahan pelanggan
>>>Kreatif >>Konsep Diri >> Latihan

>Memahami Teknik Mata Baji
>Memahami Tiori Paradigm
>Memahami :
8 Suis Emosi, 3 Suis Spritual, 9 Suis Logik dan 1 Suis Visual
>> Konsep suis : 8+3+9+1 = Pembelian.

20 Teknik Mengunci Jualan Gaya Brian Tracy

Ramai jurujual masih gagal mendapat jualan biarpun telah bekerja keras. Kepetahan bercakap, kelancaran membuat persembahan jualan, berpakaian yang menawan, bijak memilih pelanggan, berjumpa dengan pelanggan yang kaya dan bijak menjawab bantahan adalah ciri-ciri jurujual yang berdaya maju. Namun begitu, kegagalan menyimpul jualan dengan ayat-ayat keramat melalui kaedah dan teknik berkesan boleh menyebabkan seseorang jurujual berputih mata dan bertangan kosong.
1. Teknik Andaian
2. Teknik Lipat Maut / Teknik Perangkan Beruang/Landak
3. Teknik Menyongsang
4. Teknik Menukar Tempat
5. Teknik Berperingkat (6 X yes)
6. Teknik Jemputan
7. Teknik Sandwic
8. Teknik Kata Dua/ Kalah Mati / Ultimatum
9. Teknik Mencuba / Teknik Menjual Binatang Peliharaan
10. Teknik Alternatif

11. Teknik Bawa Pulang
12. Teknik Rumusan
13. Teknik Tambahan
14. Teknik Ben Franklin
15. Teknik Borang Pesanan
16. Teknik Jawapan Negatif
17. Teknik Bercerita
18. Teknik Angkat Kaki
19. Teknik Jualan Terlepas
20. Teknik Kes Rujukan

Usahawan Melayu : Dilema, Cabaran dan Ancaman


Diantara Dilema Usahawan Melayu:
1. Tidak ada Modal atau kekurangan Modal, namun nak berbisnes besar dan nak bermula dengan bisnes yang gah.
2. Nak untung besar dan nak kaya cepat, maka suka ambil jalan singkat
3. Kurang ilmu dan kemahiran dalam perkara –perkara asas keusahawanan
4. Tidak mahu hadiri seminar, kursus atau program yang boleh menambah ilmu keusahawanan.
5. Lemah dalam komunikasi dan lemah dalam bahasa usahawan dan bahasa inggeris.
6. Tidak mengamalkan budaya usahawan, kurang Minda keusahawanan
7. Lemah dalam aspek pengurusan, kawalan kewangan dan aspek pemasaran.
8. Suka Bersaing, kurang kerjasama dan sokongan dari bangsa sendiri, suka berdengki dan beririhati.
9. Diselubungi dengan imej negatif tentang melayu - janji melayu, Liat bayar hutang dsb.
10. Diselubungi dengan sentimen politik dan sentimen perkauman.

APA KAH CABARAN ?1.
1. CABARAN ‘DIRI’ USAHAWAN
[M.I.N.D.A] Keusahawanan
M > MINDSET [ATTITUDE/CHARACTER]
I > IMAGE [PERSONALITY]
N > NETWORK [MARKETING >4 ‘s]
D > DETERMINATION [DARE TO FAIL]
A > ACTION [ RIGHT TIME, RIGHT PLACE]

>>> MINDA CEMERLANG !! >> SAKSIAH HEBAT !!!

2. CABARAN PERSEKITARAN
1. BUDAYA RASUAH
2. HASAD DENGKI
3. DISABOTAJ
4. KERENAH BIROKRASI
5. TIADA SOKONGAN KELUARGA
6. DIGODA SIMBOL-SIMBOL KEJAYAAN

APA PULA ANCAMANNYA:
1. SENTIMEN POLITIK
2. SENTIMEN PERKAUMAN
3. PERUBAHAN POLISI
4. SERANGAN TEKNOLOGI
5. LANGIT TERBUKA- INFORMASI
6. BUMI TANPA SEMPADAN – AFTA, WTA
7. LAUT MERAH & LAUT BIRU

BISNES KAD >IMEJ DAN DUTA SYARIKAT


Berapa kerap anda menghulur atau menerima kad ? Busines kad mengambarkan imej pemberi dan imej syarikat yang diwakilinya. Busines kad juga sebagai pembuka bicara kata bila dua orang berjumpa. Banyak kelihatan Busines kad yang pelik-pelik yang tidak jelas apa Bisnesnya. Jangan ambil mudah tentang imej Bisnes kad anda. Bisnes kad juga boleh bertindak sebagai Duta Syarikat, jaga-jaga dengan "1st impression" pelanggan terhadap bisnes anda!. Bisnes kad memang ada 'fengshui'nya yang tersendiri.
Rekabentuk dan grafik pada Bisnes kad perlu ringkas dan kemas serta sedap mata memandang supaya senang untuk melekat di minda pelanggan dan bakal pelanggan. Diantara maklumat asas yang perlu ada dalam bisnes kad adalah nama pemilik dan nama syarikat yang diwakilinya, alamat operasi, nombor telipon talian tetap dan talian mudah alih, serta email dan juga laman website syarikat. Perlu juga diletakan jenis perniagaan yang dijalankan atau industri yang diceburi.

Pengamatan penulis kepada ratusan bisnes kad yang masih dalam simpanan semasa berurusan dengan pejabat kerajaan, pihak swasta, syarikat persendirian serta syarikat koperat menampakkan beberapa format yang agak ketara perbezaannya. Kad dari kakitangan kerajaan biasanya mempunyai format yang sama untuk satu-satu kementerian dan formatnya tidak pula banyak berbeza diantara satu kementerian dengan kementerian yang lain. Kad kakitangan kerajaan lebih menunjukan bahawa mereka adalah dalam orientasi perkhidmatan (servis orientasi) manakala kad-kad syarikat koperat dan swasta menunjukan mereka dalam orientasi keuntungan (profit orientasi).