PROGRAM PEMBINAAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN

Tajuk-tajuk untuk program pembangunan Minda Usahawan ini telah dibangunkan oleh para Panel Perunding di Akademi Minda Usahawan dan telah disusun mengikut 4 fasa sejajar dengan 4 fasa pembangunan perniagaan itu sendiri. Tajuk-tajuk ini telah dijadikan tajuk-tajuk ceramah dalam program-program pembangunan minda usahawan yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.

FASA 1: KESEDARAN MINDA USAHAWAN
1. Pengenalan kepada dunia usahawan
2. Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
3. Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
4. Bidang perniagaan, perkhidmata yang berdaya maju
5. Usahawan Melayu, Cabaran dan Ancaman
6. Mahasiswa dan keusahawanan
7. Jati Diri dan Pembangunan Minda Usahawan


FASA 2: PERSEDIAN KEUSAHAWANAN
1. Prosidur Memulakan Perniagaan
2. Teknik Asas Pemasaran
3. Asas Asas Pengurusan Akaun
4. Asas Asas Pengurusan Pejabat
5. Undang-undang perniagaan di malaysia
6. Rancangan Perniagaan (RP)

FASA 3: PENGURUSAN PERNIAGAAN
1. Minda dan Budaya Usahawan Melayu
2. Imej dan Budaya serta Etika Usahawan
3. Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan
4. Rahsia Peniaga kecil kuli kepada pernigaaan sendiri.
5. Rahsia Bisnes kecil Gagal
6. Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman
7. Siapa Saya, Dimana Saya, Kemana Saya
8. Mengenal potensi dan Bakat keusahawanan


FASA 4: PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
1. Psikologi Dalam Kejayaan Bisnes
2. Psikologi Menjual Gaya Brian Tracy
3. Psikologi Dalam Kejayaan Berunding
4. Psikologi dalam Perhubungan Pelanggan
5. Nama, Jenama, Penjenamaan
6. Pemasaran Media Baru dan Media konvensional

NOTA :
Para Panel Perunding di Akadami Minda Usahawan sedang merangka modul-modul baru bagi menepati keperluan usahawan dari semasa ke semasa!!! Pihak kami amat berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu memberi 'input' !!!

PSIKOLOGI MENJUAL GAYA BRIAN TRACY



Ramai para jurujual mungkin bersetuju bahawa menjual adalah seperti permainan membilang. Bagi mendapat kuantiti jualan yang tinggi, jurujual perlu perjumpa dengan lebih ramai orang. Mereka yang menjadi jurujual kepada produk insuran atau takaful, produk unit saham amanah dan pemasar dalam pemasaran bertingkat atau MLM tentunya lebih memahami istilah ‘permainan membilang’. Biarpun telah ramai prospek atau pelanggan yang ditemui, namun jualan tidak juga meningkat, kenapa? . Ramai jurujual gagal membuat persembahan yang memikat pelanggan sekali gus mengambil keputusan untuk membuat pembelian. Ramai jurujual gagal membuat persembahan yang memikat, meskipun dengan bantuan alat sokongan yang canggih seperti file folder, power point dan website secara line.

Brian Tracy menyarankan para jurujual supaya memahami dan mengambil pendekatan psikologi dalam membuat persembahan jualan mereka. Ramai jurujual suka bercakap banyak menerangkan itu dan ini berkenaan produk yang mereka tawarkan sehingga pelanggan rasa jemu dan jelek, akhirnya pembelian tidak berlaku. Brian Tracy menyarankan para jurujual lebih banyak bertanya dari banyak membuat penerangan. Biarkan pelanggan yang banyak bercakap melalui beberapa soalan yang berkaitan. Dari situ jurujual lebih memahami apa yang pelanggan perlukan dan mengapa seseorang pelanggan itu mahu membeli.

Brian Tracy juga menyarankan para jurujual menghafal ungkapan-ungkapan keramat yang mampu memukau pelanggan. Mengguna perkataan dan istilah yang betul dan tepat tentunya menyebabkan pelanggan terpegun dan berasa yakin dengan penerangan dari jurujual biarpun penerangan itu rengkas.

Mengikut Brian Tracy, ada 7 Kemahiran Utama yang mesti dikuasai olih setiap jurujual yang mahukan kejayaan :
1. Kemahiran mencari bakal pelanggan / prospek
2. Kemahiran membina persahabatan
3. Kemahiran membuat persembahan jualan berkesan
4. Kemahiran mengenali keperluan pelanggan
5. Kemahiran menjawab bantahan pelanggan
6. Kemahiran mendapat jualan / 'closing'
7. Kemahiran mendapat jualan berulang

MINDA USAHAWAN > NOTA RENGKAS


N1> Saya percaya ada 2 pemangkin utama untuk mengubah nasib saya. Pertamanya adalah ilmu yang saya pelajari dan amalkan. Keduanya adalah orang yang saya temui dan berurusan. Maka dengan itu saya mesti belajar benda baru setiap masa, bertemu dan berurusan dengan orang-orang yang baik yang sepatutnya sahaja !!! .

N2> Hidup mesti ada matlamat. Tetapkan sebuah matlamat. Bila kita mengejar matlamat, wang akan datang kepada kita. Tapi bila kita mengejar wang, hidup kita akan lari dari matlamat kita.

N3> Berlian terbentuk dari Karbon dengan tekanan lebih 400Ribu psi dan kepanasan 400C jauh 100 batu ke perut bumi.Mengikut kajian Jasad kita juga mengandungi 18% karbon. Maka dengan ilmu(tekanan) dan semangat (kepanasan) serta pengalaman(jauh melata dibumi), moga-moga terbentuklah diri kita seindah dan senilai Berlian !!!

N4> Seorang Pengusaha IKS yang menghasilkan produk kicap , Sos Tomato dan cili memberitahu saya bahawa produknya tidak di pamerkan di Mydin Putrajaya atas alasan ruang pameran yang terhad, maka di utamakan kepada produk yang laris-laris sahaja ....??? Buat produk senang tapi nak jual payah, Bagaimana mahu Berjaya dalam menjual ???

N5> Seorang kenalan yang berniaga produk pelangsingan, menasihati saya supaya menurunkan 3 kg berat badan untuk BMI>ideal, serta kempiskan perut untuk lebih mancho. Businesman kena selalu kelihatan segak dan bergaya serta penampilan yang meyakinkan. Ada pendapat mengatakan bahawa Bisnesman kena perut boroi sebagai tanda bisnes maju, benarkah begitu ???

N6> Fakta yang mengejutkan :100,000 Syarikat yang berdaftar dengan SSM di dapati Tidak Aktif dan sejak April 09 pula 23,500 pemilik membatalkan syarikat mereka. Adakah ini akibat dari kemelesetan ekonomi atau kerana sikap hangat-hangat tahi ayam atau kenapa mereka gulung tikar ???

N7> Para Usahawan , Pengusaha dan Syarikat koperat pastinya mempunyai matlamat Jualan Jangka Panjang/ Jangka Pendek yang hendak dicapai, 4 soalan yang ASAS perlu dijawab bagi mencapai matlamat Jualan :-
1. Jumlah Hasil jualan yang hendak di capai ?
2. Bilakah masanya matlamat itu hendak di capai ?
3. Bagaimanakah matlamat itu dapat di capai ?
4. Dimanakah kedudukan kita sekarang ?

N8> Dasar membina Jutawan Individu Melayu melalui konsep penswastaan telah gagal, dengan kaedah pendekatan kapitalisme ekstrem, model Anglo-saxon menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus melarat, marilah kita kembali kepada Konsep Ijtimaaii !!!

N9> Kata seorang pujangga: Apabila Allah ingin menganugerahi seseorang dengan Kurniaan yang Tinggi, Dia akan terlebih dahulu melatih Fikiran mereka mengatasi Penderitaan dan saraf serta tulang untuk berkerja keras. Mereka di dedahkan dengan Kelaparan dan Kesukaran. Bila semuanya telah bersiapsedia maka di makbulkan doa dan segala janjiNya dikotakan.

N10> Sebuah Kejayaan adalah hasil dari kesempurnaan kerja keras dan belajar dari kegagalan serta tidak pula malu bertanya apa jua perkara yang tidak tahu.

N11> Tip berpakaian : Berpakaian sesuai dengan usia dan jenis pekerjaan. Pemilihan warna hendaklah sesuai denga aura badan sendiri > Pandai membezakana pakaian ke pejabat, pakaian ke majlis rasmi , pakaian ke majlis keramaian, ke majlis kahwin dan bersantai !!!

N12> Tip Berjabat Tangan : Berjabatlah dengan penuh kesopanan dan kehangatan dengan mata saling berpandangan dan mengukir senyuman. Jangan bersalam dengan acuh tak acuh macam tak ikhlas sahaja. Nanti orang meluat!!!

> PRINSIP & TIP KECEMERLANGAN


17 PRINSIP KECEMERLANGAN

PK(1) :MINDA POSITIF >> Kita hendaklah sentiasa mengawal Minda supaya berfikiran positif dan jauhi dari berfikir secara negatif ,sikap minda positif adalah sikap yang benar dalam banyak situasi !!!
>Katakan "saya amat gembira pagi ini, saya cukup sihat, saya seronak buat kerja ini, saya rasa bersemangat dan cukup hebat......" Bila orang lain bertemu anda, melihat anda, mereka pasti merasa Tarikan Tenaga Positif dari Diri Anda, Anda menjadi hebat dan Nampak hebat !!!
>Kata-kata negatif " alamak boring la, menyampah betul la, rasa macam tak sihat la, malas betul la...." Aura negatif yang telah kita programkan dalam minda sendiri pagi-pagi memungkinkan kita 'spoil' sepanjang hari, bila 'spoil' sepanjang hari, 'tention' pula di malam hari…apa dah jadi? apa nak jadi?

PK(2) : KEPASTIAN TUJUAN >> Tetapkan Tujuan Jangka Pendek dan Jangka Panjang, Mulalah melangkah dengan yakin >kita tidak akan sampai kemana-mana tanpa Langkah pertama. Tanyalah kepada diri sendiri >Dimana aku berada, Kemana aku hendak Tuju dan Bila aku Perlu Sampai ke Distinasinya....???

PK (3) ALA KADAR SAHAJA >> Kita tidak mungkin dapat menepa kejayaan dengan sikap ala kadar sahaja atau melakukan sesuatu sekadar untuk cukup makan atau seperti melepaskan batuk ditangga. >>Lakukanlah melebihi dari apa yang di perlukan !!!

PK(4) BELAJARLAH DARI KESILAPAN >>semua orang pernah buat silap, cuma mereka yang cemerlang sahaja yang tidak mungkin mengulangi kesilapan yang sama, sekali jalan kena >dua kali jalan pasti tahu !!!

PK(5) BERSEMANGAT WAJA/KEGHAIRAHAN >> Bila tujuan telah jelas, fikiran pula telah mantap >ayuh ! lakukanlah dengan penuh keghairahan .

PK(6)BERINISIATIF >> nak buat sesuatu jangan tunggu di suruh-suruh, sentiasalah berusaha mencipta peluang untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik setiap kali melakukan sesuatu perkara.

PK(7)KEPERIBADIAN LUHUR >>Minda yang positif dan akhlak yang mulia akan melahirkan keperibadian yang luhur. Keperibadian luhur, Kejujuran dan integriti adalah watak yang disenangi oleh ramai orang.

PK(8) KAWAL EMOSI >> kita mempunyai kekuatan untuk berfikir dan kekuatan untuk mengawal fikiran sendiri dari perasaan marah, dendam, cemburu dan tamak serta lain-lain sifat yang keji(mazmummah)

PK(9) MENGHARGAI MASA DAN MENTAATI WAKTU >> orang yang sentiasa sibuk biasanya lebih tahu menghargai masa. Masa adalah kehidupan maka membazir masa adalah membazir kehidupan. Gunakan masa lapang untuk berfikir dan bertafakur demi memperbaiki nasib diri dan keluarga bukannya sekadar berhibur dan bersantai semata-mata.

PK(10) BIJAK MENGURUS KEWANGAN >> Bijak menarik wang masuk dan pandai mengawal wang keluar. Kesulitan kewangan akan membantutkan kreativiti dan melemahkan semangat serta menghilangkan keceriaan. Maka atasilah bebanan kewangan dengan bijaksana !!!

PK(11) PANDAI MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL >> amalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Makan dan minum yang halal secara bersederhana. Perut yang sentiasa penuh dan kekenyangan akan melemahkan badan dan memenatkan fikiran. Mental menjadi lebih sihat bila sering dihidangkan dengan santapan rohani.

PK(12) MENGGABUNG KEKUATAN >>Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan minat serta tujuan yang sama. Binalah jaringan rakan strategic yang berkesan dan sentiasa mencipta situasi menang-menang.

PK(13) VISI YANG KREATIF >>Rajin dan bijak berimaginasi dan menjadikan illusi sebagai reality .

PK(14) PERHATIAN YANG TERKAWAL >> memusatkan perhatian dan fikiran pada suatu masalah tertentu sehingga berjaya menyelesaikannya. Bermula dengan berimaginasi, dengan perhatian yang terkawal maka imaginasi tersebut menjadi reality.

PK(15)BERFIKIR SECARA TEPAT >>Mengenali, menghubungkan, mengasimilasikan dan menerapkan informasi yang di perolehi dengan masalah yang sedang di hadapi.

PK(16) EHSAN >> ilmu, iman, amal dan ehsan. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan apa yang sedang kita lakukan, maka lakukanlah dengan cara yang paling sempurna.

PK(17) DOA >>Hukum Universal dan sunnahtullah menjelaskan bahawa permintaan yang bersungguh-sungguh dan berulang-ulang kali pastinya akan di makbulkan Allah, ameen !!!


TIP-TIP KECEMERLANGAN

TK(1) : Merancang dan bertindaklah berdasarkan keutamaan ....bekerja rajin dan gigih sahaja tidak mencukupi jika perkara yang patut di utamakan tidak pula di utamakan....akibatnya terbabaslah dari matlamat sebenar...!

TK(2) : "Barang siapa yang berTakwa Kepada ALLah, nescaya Dia akan sediakan baginya jalan keluar dan Dia akan kurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka" [Al Talaq 2 dan 3]

TK(3) : Jauhilah dosa bagi mendekatkan rezeki, dusta dan berbohong membawa kepada kefakiran, lambat bangun mencegah masuknya rezeki dan banyak tidur pula boleh menyebabkan miskin harta dan miskin ilmu>>segeralah berubah !!!

TK(4) : Ahli politik yang tidak berprisip adalah terdiri dari kaki ampu dan kaki bodek dan bersikap seperti lalang mengikut arah sokongan. Akhirnya dialah yang paling mudah kecundang tanpa ada siapa yang meneruskan perjuangannya.

TK(5) : Belajarlah memahami dan menghayati Hukum Sebab dan Akibat melalui pelbagai kaedah termasuk ilmu Fengshui, Pengurusan Strategik dan pertunjuk dan peringatan dari al-Quraan !!

TK(6) :Ada pelbagai jenis kecerdasan berfikir (IQ) >> kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira angka, kecerdasan berimaginasi, kecerdasan mencipta bunyi-bunyian, kecerdasan membina karektor, kecerdasan berhubung dengan orang lain dan kecerdasan memahami diri sendiri serta kecerdasan memahami alam sejagat....!!!

TK(7) : Orang yang berjaya adalah orang yang merancang awal dalam kehidupannya, mereka memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Mereka adalah golongan proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tibanya hari esok yang belum pasti.

TK(8) : Didikan dan pembelajaran akan membentuk karektor dan tabiat> apalah maknanya ilmu pengetahuan yang tinggi, ijazah yang berjela-jela jika “KeManusian” rendah dan hina…???

TK(9) : Kita sering bertindak mengikut suara hati/arahan minda, pernahkah kita bertanya kepada hati > bagaimanakah hati boleh berbicara dengan betul, bagaimana pula minda boleh mengarah dengan rasional ???

TK(10) : ciri-ciri pasangan bahagia adalah 1) bijak mengambil hati pasangan 2) saling menghormati 3) luang masa untuk bersama 4) banyak berkongsi minat yang sama !!!

TK(11) : Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu 1) empati 2) kesabaran 3) kemesraan berunding 4)kemahiran menyelesaikan masalah dan 5)ketabahan

TK(12): Semakin membesar anak-anak, semakin kurang kebergantungan mereka kepada ibubapa/penjaga….semakin lama usia perkahwinan, bagaimana pula saling kebergantungan antara suami dan isteri…semakin erat atau semakin rapuh ???

TK(13) : DEMI MASA>> hanya orang yang sibuk sahaja yang tahu menguruskan masa dan mencipta masa...!!! Manakala mereka yang menyibuk dan buat-buat sibuk pula suka membuang masa...???

TK(14) : Amanah, Bercakap Benar, Baik Tikahlaku dan Menjaga Makanan adalah sifat-sifat yang membawa kepada kecemerlangan dan terhindar dari kemelaratan - maksud hadis riwayat imam al hakim

Tk(15) : IDEA BERNAS > Hendaklah banyak berfikir untuk mendapat satu idea yang bernas. Mendengar pendapat dari ramai orang juga penting. Lebih banyak pendapat lebih mudah untuk memilih pendapat yang bernas.

TK(16) : BERPAKAT > Bukan mudah untuk mencapai kesepakatan, bukan dengan sebarangan orang pula kita boleh berpakat. Mestilah pandai memilih orang yang ingin kita bergabung dan berpakat. Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan aspirasi yang sama. Berpakat membawa berkat.