MEMELIHARA JODOH, MENANGANI PENCERAIAN


Tip (1) : Suami dan Isteri mestilah memahami sungguh-sungguh bahawa pasangannya adalah terdiri daripada individu yang berbeza latarbelakang, berbeza minat dan citarasa serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Setiap orang memerlukan ruangnya yang tersendiri. Maka terlalu mengongkong akan menimbulkan bibit-bibit kebencian dan membina jalur-jalur rekahan

Tip (2) : Jurang komunikasi merupakan faktor utama yang memisahkan keintiman pasangan sehingga saling bersikap dingin dan bermasam muka. Si suami maupun si isteri suka bercakap untuk syok sendiri dan bukannya untuk memahamkan pasangannya. Misalnya bila si suami memberitahu isterinya bahawa beliau akan pulang lewat, si isteri akan berkata ”hah nak dating kemana pulak tu, baliklah cepat” kata-kata itu menyebabkan si suami mungkin ingin balik lebih lambat. Si isteri yang bijaksana akan berkata begini ”saya faham abang sibuk, kesian abang kepenatan kerana terpaksa kerja keras bagi mencari nafkah untuk anak isteri, abang buatlah kerja abang sehingga siap, tak apa abang lewatpun, sayang akan setia menanti kepulangan abang dengan penuh kerinduan ” Bila si suami mendengar kata-kata begini dari isterinya, beliau akan cuba bergegas untuk balik kerumah dengan seberapa segera !!!

Tip(3) : Faktor kewangan merupakan salah satu faktur yang banyak menyumbangkan kepada ketidak rukunnya sesebuah rumahtangga malah boleh membawa kepada penceraian. Statistik menunjukan faktur kewangan menduduki tempat ke3 teratas. Ramai isteri yang berduka lara kerana sering kesempitan wang belanja dapur dan ramai pula isteri yang berdendam rasa dan makan hati berulam jantung kerana suaminya orang berduit yang jarang lekat dirumah atau kerana banyak rumah.

Tip(4): ”...apa lagi yang tak kena dengan saya? apa kurangnya saya? saya dah berkorban macam-macam, abang masih sanggup nak memadukan saya?” kata kata isteri ini mengukuhkan lagi Paradign suami yang dia perlukan orang baru sebagai pelengkap. Si isteri perlu menukar skripnya ”saya tahu saya tak sempurna, ada kekurangan di sana sini, makanya sebelum memadukan saya, bimbinglah saya untuk jadi isteri yang hebat, pimpinlah saya untuk menjadi lebih sempurna dan lebih cemerlang” si suami semakin sedar bahawa dia belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul membimbing isterinya, dia sedar dia perlu menangguhkan dulu keputusannya yang terburu-buru itu.

Tip(5) : Campur tangan pihak keluarga merupakan diantara faktor yang menyumbang kepada penceraian. Banyak kes dimana menantu perempuan tidak serasi dengan ibu mertuannya. si suami pula jadi serbasalah, ditelan mati emak diluah mati bini. Ada pepatah yang berbunyi begini : biar banyak rumah, jangan banyak tinggal serumah .... apa pula pepatah anda ???

Tip(6) : Kerana kerenah anak-anak, emak dan ayah boleh bertengkar dan bermasam muka. Bila si ayah memarahi si anak, si ibu pula yang ’back up’ atau sebaliknya bila si ibu meleteri anaknya. Anak boleh jadi besar kepala, ibu dan ayah pula jadi kecil hati . wahai para ibu dan ayah – ketepikan ego sendiri, sepakatlah ....!!!

Tip(7): Mengurus kewangan keluarga hendaklah bermula dengan menyatukan punca-punca pendapatan suami dan isteri. Berbelanja mengikut keutamaan keluarga bukannya mengikut keutamaan masing-masing. konsep duit saya duit saya, duit awak duit saya menyukarkan penyatuan.Uruslah kewanganan keluarga dengan Ketelusan dan kejujuran serta Bijaksana !!!

Tip(8) : nuluri kewanitaan si isteri amat terusik bila dipisahkan tempat tidor. Perasaannya semakin berkecamuk bila si suami sering membiarkannya tidor bersendirian. Bagi mengelakkan kerisauannya berpanjangan, aturlah jadual masuk tidor secara bersama….bilik tidor juga bertindak sebagai parlimen rumah tangga!!!

(9) : Dalam perbicaraan di mahkamah > pasangan yang hendak dan telah bercerai membuka aib dan pekung pasangan masing-masing. wajarkah hal-hal dikatil didedahkan secara terbuka dan media mensensasikan pula, kenapa tidak dibuat perbicaraan tertutup bila melibatkan aurat rumahtangga….??? Minta para hakim syarie dan pihak pengurusan mahkamah syariah dapat memantau perkara ini….!!!

(10) : Satu penemuan penting dalam kajian mendapati ramai para suami yang merujuk kepada isteri masing-masing untuk membantu bila menghadapi masalah kewangan, ramai pula isteri yang sanggup menggadaikan barangan kemasnya atau berusaha meminjam dari mana-mana untuk membantu suaminya. Hidup bersuami isteri memang patut bantu membantu !!!

Tip(11): Pagi tadi semasa bersiap-siap hendak ke UIA Gombak, saya perhatikan isteri saya dalam bad mood, masam, diam dan tak mahu senyum. Saya cari idea macamana nak cungkil keceriannya. Saya ambil dua tali leher lalu minta pendapatnya yang mana lebih sesuai dengan baju yang saya pakai. Dia memberi keputusan dengan ulasan kesesuainya sekali. Saya ikut keputusanya. Lepas itu saya dapati dia macam kembali ceria dan senyum. Syukur kerana saya dapat ‘berpisah seketika’ dengan isteri saya dalam keadaan mood yang ceria !!!

Tip (12) : Diantara ciri-ciri pasangan bahagia adalah saling bijak mengambil hati, saling menghormati, suka meluangkan masa untuk bersama dan banyak berkongsi minat yang sama. Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu rasa empati, sikap sabar, sikap tabah, berunding dengan penuh kemesraan serta kemahiran menyelesaikan masalah. Selamat Berbahagia!!!!

Tip(13):Satu kajian mendapati ramai para suami merujuk kepada isteri masing-masing untuk meminta bantuan bila menghadapi masalah terutamanya kewangan, Rata-rata si isteri sanggup membantu dengan apa jua carapun, malah sanggup bergadai bergolok atau berusaha meminjam dari mana-mana pihak semata-mata untuk membantu suaminya. Ramai pula isteri ralat dan terkilan bila si suami sudah senang lenang, orang baru pula yang dicari bagi mencurahkan kasih sayang.

Tip (14): Mengurus Perbezaan Membina Keserasian
Membina keserasian memerlukan kekuatan Emosi(EQ) dan kekuatan Jiwa(SQ). Kajian mendapati 80% kejayaan dan kerukunan hidup berumahtangga dipengaruhi oleh Kekuatan Emosi dan Kekuatan Jiwa. Cuma 20% disebabkan oleh kecerdikan berfikiran(IQ). Dikatakan Perempuan ada 9 emosi dan 1 akal, maka amatlah Padah jika TALAK di tangan perempuan. Setuju Ke ???

Tip (15): Lelaki dan perempuan bukan sahaja berbeza secara ketara dari sudut fizikal, malah mereka juga banyak berbeza dari segi gaya berfikir dan kemampuan mengawal emosi. Perbezaan-perbezaan ini dapat disatukan dalam situasi yang saling bergantungan, saling memerlukan di antara satu sama lain.

>> Mengikut kajian kepada rekod-rekod dan file-file kes penceraiaan yang dirujuk kepada Majlis Agama Islam, pada dasarnya di dapati ada 5 punca utama perceraiaan :
1. komunikasi
2. berlainan citarasa
3. faktor kewangan
4. faktor orang ketiga
5. faktor keluarga

>Misi Dakwah melalui perkahwinan : Baginda mengahwini Juwairiah Binti Harith iaitu puteri kepada pemimpin Bani Mustaliq. Bani ini pernah menolak seruan islam yang disampaikan oleh umar Al Khatab. Dengan perkahwinan itu ramai maka ramailah pengikut bani Mustaliq memeluk islam .