MEMELIHARA JODOH, MENANGANI PENCERAIAN


Tip (1) : Suami dan Isteri mestilah memahami sungguh-sungguh bahawa pasangannya adalah terdiri daripada individu yang berbeza latarbelakang, berbeza minat dan citarasa serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Setiap orang memerlukan ruangnya yang tersendiri. Maka terlalu mengongkong akan menimbulkan bibit-bibit kebencian dan membina jalur-jalur rekahan

Tip (2) : Jurang komunikasi merupakan faktor utama yang memisahkan keintiman pasangan sehingga saling bersikap dingin dan bermasam muka. Si suami maupun si isteri suka bercakap untuk syok sendiri dan bukannya untuk memahamkan pasangannya. Misalnya bila si suami memberitahu isterinya bahawa beliau akan pulang lewat, si isteri akan berkata ”hah nak dating kemana pulak tu, baliklah cepat” kata-kata itu menyebabkan si suami mungkin ingin balik lebih lambat. Si isteri yang bijaksana akan berkata begini ”saya faham abang sibuk, kesian abang kepenatan kerana terpaksa kerja keras bagi mencari nafkah untuk anak isteri, abang buatlah kerja abang sehingga siap, tak apa abang lewatpun, sayang akan setia menanti kepulangan abang dengan penuh kerinduan ” Bila si suami mendengar kata-kata begini dari isterinya, beliau akan cuba bergegas untuk balik kerumah dengan seberapa segera !!!

Tip(3) : Faktor kewangan merupakan salah satu faktur yang banyak menyumbangkan kepada ketidak rukunnya sesebuah rumahtangga malah boleh membawa kepada penceraian. Statistik menunjukan faktur kewangan menduduki tempat ke3 teratas. Ramai isteri yang berduka lara kerana sering kesempitan wang belanja dapur dan ramai pula isteri yang berdendam rasa dan makan hati berulam jantung kerana suaminya orang berduit yang jarang lekat dirumah atau kerana banyak rumah.

Tip(4): ”...apa lagi yang tak kena dengan saya? apa kurangnya saya? saya dah berkorban macam-macam, abang masih sanggup nak memadukan saya?” kata kata isteri ini mengukuhkan lagi Paradign suami yang dia perlukan orang baru sebagai pelengkap. Si isteri perlu menukar skripnya ”saya tahu saya tak sempurna, ada kekurangan di sana sini, makanya sebelum memadukan saya, bimbinglah saya untuk jadi isteri yang hebat, pimpinlah saya untuk menjadi lebih sempurna dan lebih cemerlang” si suami semakin sedar bahawa dia belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul membimbing isterinya, dia sedar dia perlu menangguhkan dulu keputusannya yang terburu-buru itu.

Tip(5) : Campur tangan pihak keluarga merupakan diantara faktor yang menyumbang kepada penceraian. Banyak kes dimana menantu perempuan tidak serasi dengan ibu mertuannya. si suami pula jadi serbasalah, ditelan mati emak diluah mati bini. Ada pepatah yang berbunyi begini : biar banyak rumah, jangan banyak tinggal serumah .... apa pula pepatah anda ???

Tip(6) : Kerana kerenah anak-anak, emak dan ayah boleh bertengkar dan bermasam muka. Bila si ayah memarahi si anak, si ibu pula yang ’back up’ atau sebaliknya bila si ibu meleteri anaknya. Anak boleh jadi besar kepala, ibu dan ayah pula jadi kecil hati . wahai para ibu dan ayah – ketepikan ego sendiri, sepakatlah ....!!!

Tip(7): Mengurus kewangan keluarga hendaklah bermula dengan menyatukan punca-punca pendapatan suami dan isteri. Berbelanja mengikut keutamaan keluarga bukannya mengikut keutamaan masing-masing. konsep duit saya duit saya, duit awak duit saya menyukarkan penyatuan.Uruslah kewanganan keluarga dengan Ketelusan dan kejujuran serta Bijaksana !!!

Tip(8) : nuluri kewanitaan si isteri amat terusik bila dipisahkan tempat tidor. Perasaannya semakin berkecamuk bila si suami sering membiarkannya tidor bersendirian. Bagi mengelakkan kerisauannya berpanjangan, aturlah jadual masuk tidor secara bersama….bilik tidor juga bertindak sebagai parlimen rumah tangga!!!

(9) : Dalam perbicaraan di mahkamah > pasangan yang hendak dan telah bercerai membuka aib dan pekung pasangan masing-masing. wajarkah hal-hal dikatil didedahkan secara terbuka dan media mensensasikan pula, kenapa tidak dibuat perbicaraan tertutup bila melibatkan aurat rumahtangga….??? Minta para hakim syarie dan pihak pengurusan mahkamah syariah dapat memantau perkara ini….!!!

(10) : Satu penemuan penting dalam kajian mendapati ramai para suami yang merujuk kepada isteri masing-masing untuk membantu bila menghadapi masalah kewangan, ramai pula isteri yang sanggup menggadaikan barangan kemasnya atau berusaha meminjam dari mana-mana untuk membantu suaminya. Hidup bersuami isteri memang patut bantu membantu !!!

Tip(11): Pagi tadi semasa bersiap-siap hendak ke UIA Gombak, saya perhatikan isteri saya dalam bad mood, masam, diam dan tak mahu senyum. Saya cari idea macamana nak cungkil keceriannya. Saya ambil dua tali leher lalu minta pendapatnya yang mana lebih sesuai dengan baju yang saya pakai. Dia memberi keputusan dengan ulasan kesesuainya sekali. Saya ikut keputusanya. Lepas itu saya dapati dia macam kembali ceria dan senyum. Syukur kerana saya dapat ‘berpisah seketika’ dengan isteri saya dalam keadaan mood yang ceria !!!

Tip (12) : Diantara ciri-ciri pasangan bahagia adalah saling bijak mengambil hati, saling menghormati, suka meluangkan masa untuk bersama dan banyak berkongsi minat yang sama. Pasangan serasi dapat dibina melalui 5 jalinan utama iaitu rasa empati, sikap sabar, sikap tabah, berunding dengan penuh kemesraan serta kemahiran menyelesaikan masalah. Selamat Berbahagia!!!!

Tip(13):Satu kajian mendapati ramai para suami merujuk kepada isteri masing-masing untuk meminta bantuan bila menghadapi masalah terutamanya kewangan, Rata-rata si isteri sanggup membantu dengan apa jua carapun, malah sanggup bergadai bergolok atau berusaha meminjam dari mana-mana pihak semata-mata untuk membantu suaminya. Ramai pula isteri ralat dan terkilan bila si suami sudah senang lenang, orang baru pula yang dicari bagi mencurahkan kasih sayang.

Tip (14): Mengurus Perbezaan Membina Keserasian
Membina keserasian memerlukan kekuatan Emosi(EQ) dan kekuatan Jiwa(SQ). Kajian mendapati 80% kejayaan dan kerukunan hidup berumahtangga dipengaruhi oleh Kekuatan Emosi dan Kekuatan Jiwa. Cuma 20% disebabkan oleh kecerdikan berfikiran(IQ). Dikatakan Perempuan ada 9 emosi dan 1 akal, maka amatlah Padah jika TALAK di tangan perempuan. Setuju Ke ???

Tip (15): Lelaki dan perempuan bukan sahaja berbeza secara ketara dari sudut fizikal, malah mereka juga banyak berbeza dari segi gaya berfikir dan kemampuan mengawal emosi. Perbezaan-perbezaan ini dapat disatukan dalam situasi yang saling bergantungan, saling memerlukan di antara satu sama lain.

>> Mengikut kajian kepada rekod-rekod dan file-file kes penceraiaan yang dirujuk kepada Majlis Agama Islam, pada dasarnya di dapati ada 5 punca utama perceraiaan :
1. komunikasi
2. berlainan citarasa
3. faktor kewangan
4. faktor orang ketiga
5. faktor keluarga

>Misi Dakwah melalui perkahwinan : Baginda mengahwini Juwairiah Binti Harith iaitu puteri kepada pemimpin Bani Mustaliq. Bani ini pernah menolak seruan islam yang disampaikan oleh umar Al Khatab. Dengan perkahwinan itu ramai maka ramailah pengikut bani Mustaliq memeluk islam .

> TIP-TIP WANITA HARI INI >> WANITA CEMERLANG


(1) :SIKAP KEIBUAN >>>Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

(2) SIFAT KEANAK-ANAKKAN>>>Sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tentunya sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

(3) : PENUH PENGERTIAN>>>Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, pandai memilih waktu yg sesuai utk berbincang dan bercerita masalah dan sebagainya.

(4) : PANDAI BERBICARA>>>Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita namun wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg aktif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik dan menghiburkan.

(5) : MENJAGA PENAMPILAN>>>Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, wangi, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya dan tahu merapikan diri sendiri. Rata-rata lelaki tak suka wanita yang selekeh dan comot.

(6) : SIMPATI DAN PRIHATIN>>>Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesonakan. Tentunya sikap Lelaki yang sedemikian juga di khendaki oleh para wanita….!!!

(7) : PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI>>>Wanita dan Lelaki yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai tambah yang lebih. Wanita maupun Lelaki tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, mereka tidak gentar dan kekok, malah cepat menyesuaikan diri. Mereka tahu beradab samada sewaktu di bandar ataupun di kampung.

(8) SALING MENGHARGAI>>>Wanita dan Lelaki yang saling menghargai adalah pasangan yang serasi Rata-rata wanita suka diperlakukan dgn lembut dan di hargai jasa dan pengorbananya, lelaki juga suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

TERLALU CEMBURU MEMBAWA PADAH, TERLALU PERCAYA MEMBAWA REBAH.

TIP-TIP MENGURUS STRES


1) Tukarkan perkataan ‘Saya Terpaksa lakukan’ kepada ‘ Saya Perlu lakukan’ , perkataan ‘terpaksa’ akan meningkatkan tekanan dan stress.

2) Jangan perapkan perasaan lama-lama, luahkanlah melalui penulisan atau catatan atau luahkan kepada seseorang yang boleh di percayai .

3) Siapkan kerja mengikut keutamaan dan bukannya mengikut kesegeraan, banyak kerja yang segera tapi sebenarnya tidak begitu penting. Utamakan kerja yang penting meskipun tidak begitu segera, jika bertangguh –tangguh yang penting akan menjadi segera. Tekanan dan stres akan meningkat bila semua perkara menjadi penting dan segera.

4) Amalkan kaedah pernafasan yang mendalam, tarik nafas dalam-dalam , tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Lakukan berulang kali dan ini dapat mengurangkan stres secara tiba-tiba. Lakukan senaman secara berkala, aktiviti seperti berjogging, bergym dan bersukan dapat mengurangkan stress…. Siapa yang amalkan dia dapat rasa….!!!

5) Tingkatkan kekusyukan dalam solat kerana kekusukan menyebabkan hati lapang dan fikiran tenang….. dengan solat yang kusyuk sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam maka dapat lah meredakan tekanan atau stres.

6) Membina persekitaran yang harmonis samada di pejabat maupun di rumah, persekitaran yang hiruk piruk dan bising akan meningkatkan tekanan dan stress.

7) Makan banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi Vitamin C kerana Vitamin C dapat mengurangkan Hormon Stres…kurangkan makan daging lembu dan kambing ataupun biri-biri...perbanyakan ulam-ulam kampong...!!!

8) Banyakan senyum dan ketawa, ini dapat di lakukan dengan sedikit gurau senda dengan kekawan atau pasangan

9) Tidak mudah berjanji atau cepat memberi komitmen, membuat banyak janji dan komitmen yang di luar kemampuan untuk di tunaikan…akhirnya menambah tekanan jiwa dan mental.

10) Membina sikap mental yang positif dengan melihat hikmat di sebalik masalah dan sesuatu peristiwa atau musibah yang menimpa…setiap yang berlaku ada hikmat yang tersirat !!!

11) gelombang stress dapat di redakan dengan bercakap dengan bahasa yang lembut serta berbicara dengan irama yang sesuai dengan jiwa sendiri…ada yang menyanyi dengan irama yang menyentuh jiwanya…ada pula yang mengamalkan wirid yang mengasyikan perasaannya….!!!