TIP-TIP KOMUNIKASI















Tk(1): Apabila kita sedang bercakap, beliau Mengiringkan Badan ke kiri dan ke kanan
 > itu tandanya beliau berasa ragu dan terancam dengan apa dan cara kita bercakapkan. Beliau juga mungkin berada dalam keadaan resah dan fikiran yang berserabut.

TK(2): Kening Mengucup dan Dahi berkerut-kerut
 > Mindanya menganalisa dan semacam sukar untuk mempercayai apa yang kita sedang cakapkan.

Tk(3): Beliau menutup atau melindungi mulut dengan tangan bila bercakap
 >> membayangkan yang beliau berkemungkinan berdusta, memutarbelitkan fakta, ragu atau tidak yakin dengan perkara yang beliau cakapkan….atau juga dia makan banyak makan ulam petai, jering atau buah kerdas ???

TK(4):Beliau Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
>>Ini menunjukkan beliau amat berminat dengan isi percakapan kita ataupun beliau berminat untuk mengenali kita secara lebih dekat lagi.

Tk(5): Ketika kita bercakap beliau bersandar ke belakang
>>Beliau mungkin bersikap negatif kapada kita atau kemungkinan juga beliau berasa bosan dan ragu atau mungkin juga beliau menyampah kerana keegoan kita masa berbicara ….???

TK(6): Merajuk
 > biasanya orang yang suka dan senang merajuk kerana mereka ingin menarik dan mendapat perhatian , mahu di pujuk dan dan dibelai…. Jika kerap sangat pula merajuk, elok jangan di pujuk, elok di biarkan dia pulih sendiri…setiap kali merajuk dan kita memujuk >dia jadi semakin lemak dan mengada-gada ….. setuju ke???

Tk(7): Membina sebuah persahabatan mengambil masa yang panjang
>dari kenalan menjadi kawan, dari kawan menjadi sahabat .... memusnahkan persahabatan pula cuma dengan sepatah perkataan atau dengan satuperbuatan....renung-renungkanlah...!!!

TK(8): Isteri bercakap >Suami Berpeluk tubuh
 >>Suami memperlihatkan satu sikap yang defensif. Suami mungkin tidak bersetuju dengan apa yang isteri cakapkan. Gerak laku ini juga mengambarkan yang suami sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama. Mungkin juga suami berbeza pendapat, serba salah atau tidak berpuas hati dengan isterinya.

TIP-TIP RENUNGAN !!!


(1): Berpura-pura ikhlas sama seperti berpura-pura bercinta >>Lambat laun pasangan anda pasti akan kecewa, makanya Janganlah pura-pura bercinta apatah lagi dalam laman web social seperti fb, friendster dll….!!!

(2) : Berapa ramai orang menjadi bodoh kerana sesat dalam kecerdikannya sendiri > kecerdikannya tak boleh ditumpang dan bodohnya tak boleh diajar….???

(3): Penjara bukanlah tempat untuk seorang Pejuang >Meskipun jasadku di penjara, Namun Jiwaku tetap merdeka. Bagi seorang Pejuang, penjara sekadar tempat berhenti rehat dari penat lelah. Seorang Pejuang boleh mati di penjara namun Perjuangannya terus hidup sampai bila-bila ..!!!

(4) : Usah kesal bila teratuk, kerana dengan teratuklah kita tergadah >>bila tergadah janganlah pula mengelabah. Namun jangan pula sampai teratuk berkali-kali pula…itu bodoh namanya ???

(5) : Kesempurnaan Akhlak adalah ukuran kepada Pemantapan Iman dan Ketinggian ilmu > Bila bangsanya rosak akhlak maka runtuhlah tamaddunnya. Apalah maknanya belajar tinggi dengan ijazah, Master dan Phd > tapi akhlaknya buruk dan rendah pula budipekertinya …???

(6) : Kata pepatah cina>bagaimana kanak-kanak itu pada usianya 3 Tahun, begitulah dirinya apabila dia berusia 80 tahun. Mengapa begitu ???

(7) : Satu penemuan penting dalam kajian mendapati ramai para suami yang merujuk kepada isteri masing-masing untuk membantu bila menghadapi masalah kewangan, ramai pula isteri yang sanggup menggadaikan barangan kemasnya atau berusaha meminjam dari mana-mana untuk membantu suaminya. Hidup bersuami isteri memang patut bantu membantu !!!

(8) : Dalam perbicaraan di mahkamah > pasangan yang hendak dan telah bercerai membuka aib dan pekung pasangan masing-masing. wajarkah hal-hal dikatil didedahkan secara terbuka dan media mensensasikan pula, kenapa tidak dibuat perbicaraan tertutup bila melibatkan aurat rumahtangga….??? Minta para hakim syarie dan pihak pengurusan mahkamah syariah dapat memantau perkara ini….!!!

(9) : Apabila kita telah terdesak > kita biasanya akan jadi lebik kreatif...Lantaran itu binalah desakan positif dalam diri nescaya kita bertambah –tambah kreatif ...!!!

(10) : Hati yang pilu jangan di layan selalu >>semakin di layan semakin harubiru pula , bawa-bawalah membaca Al Quraanul Karim dan buku-buku motivasi serta dengarlah lagu-lagu patriotik yang dapat menaikan semangat dan jatidiri .....!!!

(11) : Asas berpakaian dalam islam adalah menutup aurat > menutup aurat bemakna menutup kulit dan melindungi keghairahan. Pakaian adalah imej akhlak, kesempurnaan akhlak tanda kemantapan iman dan membawa kepada kesempurnaan berpakaian, sama-samalah kita renungkan !!!

(12) : Sabda Baginda Nabi > jika nak kenal seseorang sahabat, keluarlah bermusafir dengannya….!!!
Kata Pujangga pula > Jika nak kenal seseorang, tengoklah apa yang dia makan dan bagaimana dia makan, apa yang dia pakai dan bagaimana dia memakai, tahu dimana dia tidur dan dengan siapa dia tidur….???
Kata pujangga lagi “nak kenal seseorang tengoklah pada kekawannya, dengan siapa dia berkawan ???


(13) : khalifah Umar Al Khatab berkata > “ALLah telah menutup aib seseorang beberapa kali sebelum Dia Membuka aib yang seterusnya….” Maka bersegeralah kita insaf dan bertaubat dan semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang di dedakhan aib oleh ALLah…Amin !!!

(14) : Perjalanan Bulan dan Matahari pun ada Gerhananya…apatah lagi perjalanan hidup kita, tak peliklah sering sangat bergerhana….yang penting bangkitlah dan susun semula perjalanan hidup kita…!!!

(16) : Dunia tempat kita bercucuk tanam, sebahagian dimakan di dunia sebahagian dibawa bekalan ke akhirat, makanya jika kita tak buat apa-apa di sini> kita tak dapat apa-apa di sana....!!!

(17) : Berhati-hatilah dengan apa yang masuk dan keluar pada mulut, tersalah masuk seperti meracun diri sendiri, tersalah keluar cakap pula seperti menabur fitnah. Salah masuk dan salah keluar boleh menyebabkan badan merana/binasa….???

(18) : Janganlah keseronokan dunia menyebabkan kita lalai dan alpa, ingatlah kita ibarat pengembara yang transit/singgah sekejap di airport untuk menunggu pesawat seterusnya. Dek kerana alpa , mungkin kita tertinggal flight seterusnya pula.....???

(19) : Mafhumnya “Ibrahim berkata, tidaklah berputus asa dari rahmat Allah kecuali mereka yang sesat sahaja “[al-Hijr:56] > Orang yang gagal bukanlah orang yang tewas tetapi orang yang telah berputus asa untuk bangkit semula memperbaiki nasib diri sendiri, maka marilah kita jadi orang yang optimis yang sanggup bangun semula setelah jatuh…!!!

(20) : Fakta menarik tentang Febuari 2010 > 4:Ahad, 4:Isnin, 4:selasa, 4:Rabu , 4:khamis ,4:jumaat dan 4:sabtu, hanya sekali dalam setiap 11 tahun.


(21) : Mengapa kita perlu berhutang ?Adakah kerana cukup terdesak? Adakalanya hutang boleh mempercepatkan kita mencapai impian peribadi. Namun hutang ada bahananya yang tersendiri. Maka Bijak-bijaklah menguruskan hutang/pinjaman, jangan sampai menjerat leher sendiri...!!!

(22) : Kemantapan Rohani dan Kekentalan emosi adalah pelengkap kepada kebijaksanaan akal dalam kita mengemudi kepada kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan ….!!!

(23) : Ramai yang kaya raya dan hidup mewah tapi miskin jiwanya. Ramai pula yang kaya jiwa namun hidup seadanya. Alangkah baik dan beruntungnya jika kita kaya harta benda dan kaya pula jiwaraga….!!!

(24) : Sabar bukan bermakna> bila kita di tampar pada pipi kanan, kita hulurkan pipi kiri untuk di tampar lagi sekali ???

(25) : Kita mungkin sering risau tentang peluang yang akan datang, namun kita sering pula leka dengan peluang yang melintas di depan mata ???

(26) : Bagaimana kita dapat melihat Potensi yang Besar dalam Peluang yang Kecil, melihat buah yang ranum dalam biji benih yang kering....???

(27) : Money almost everything >> Duit membawa racun dan penawar untuk jangka pendek ataupun jangka panjang … Duit beracun boleh membawa mala petaka kepada diri dan keluarga, kehidupan yang panas dan tiada keberkatan … zakat dan sedekah dapat membantu membersihkan duit beracun …!!!

(28) : Kekayaan, Pangkat dan Kuasa seringkali membuatkan seseorang itu menjadi sombong terhadap kawan-kawannya maupun keluarganya sendiri.....???

(29) : Don't do things to others if you don't like it to be done on to yourself >>amalkanlah ilmu 'taksir diri' supaya kita saling hidup dengan lebih harmonis....!!!

(30) : Hidup bagaikan roda pendati/kenderaan, sekejap diatas sekejap dibawah >ingatlah masa senang sebelum datangnya masa susah, bila pendati bergerak, yang di bawah naikkeatas >bergeraklah/ berusahalah untuk memajukan diri dengan tingkatkan ilmu dan gandakan kecekapan….!!!


(31): Siapakah orang yang tertipu>>orang yang tertipu adalah orang yang tidak ambil pelajaran dari kesilapan lepas sehingga terkena tipu muslihat untuk kali kedua, dipatuk ular dua kali pada tempat yang sama... Berhati-hatilah supaya tidak tertipu....!!!

(32) : The right man on the right job, the right man on the right place >>setiap orang mempunyai kemahirannya yang tersendiri samada kemahiran semulajadi ataupun kemahiran yang di latih, maka kenalilah bakat dan kemahiran diri sendiri...!!!

(33) : Jack of all trade master of none >> kita tidak mungkin dapat menjadi juara dalam semua bidang, maka pilihlah sesuatu bidang yang kita amat minati dan binalah kepakaran sehingga kita menjuarainya!!

(34) : Ask and you will be given, knock and you will be entered/ malu bertanya sesat jalan >> Maka bertanyalah apa yang kita tidak tahu dan bagitahulah apa yang kita tahu, ilmu semakin berkembang bila adanya soal dan jawab …!!!

(35) : Mafhumnya ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’[Al-Alaq:1] >> Manusia membaca dengan 5 pancainderanya yang 5 iaitu Mata-melihat, Telinga-mendengar, Lidah-merasa, Hidung-bau dan Kulit-sentuhan. Gunalah mata hati/sixth sense untuk membaca perkara-perkara ghaib berlandaskan iman dan takwa...Laduni !!!

(36) : Come with a solution and don't come with a problem >> jadikanlah medan kehidupan untuk membawa penyelesaian kepada situasi diri dan keluarga serta ummah dan bukannya semakin menambah-nambah ketenatan situasinya....!!!