TIP-TIP KOMUNIKASI















Tk(1): Apabila kita sedang bercakap, beliau Mengiringkan Badan ke kiri dan ke kanan
 > itu tandanya beliau berasa ragu dan terancam dengan apa dan cara kita bercakapkan. Beliau juga mungkin berada dalam keadaan resah dan fikiran yang berserabut.

TK(2): Kening Mengucup dan Dahi berkerut-kerut
 > Mindanya menganalisa dan semacam sukar untuk mempercayai apa yang kita sedang cakapkan.

Tk(3): Beliau menutup atau melindungi mulut dengan tangan bila bercakap
 >> membayangkan yang beliau berkemungkinan berdusta, memutarbelitkan fakta, ragu atau tidak yakin dengan perkara yang beliau cakapkan….atau juga dia makan banyak makan ulam petai, jering atau buah kerdas ???

TK(4):Beliau Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
>>Ini menunjukkan beliau amat berminat dengan isi percakapan kita ataupun beliau berminat untuk mengenali kita secara lebih dekat lagi.

Tk(5): Ketika kita bercakap beliau bersandar ke belakang
>>Beliau mungkin bersikap negatif kapada kita atau kemungkinan juga beliau berasa bosan dan ragu atau mungkin juga beliau menyampah kerana keegoan kita masa berbicara ….???

TK(6): Merajuk
 > biasanya orang yang suka dan senang merajuk kerana mereka ingin menarik dan mendapat perhatian , mahu di pujuk dan dan dibelai…. Jika kerap sangat pula merajuk, elok jangan di pujuk, elok di biarkan dia pulih sendiri…setiap kali merajuk dan kita memujuk >dia jadi semakin lemak dan mengada-gada ….. setuju ke???

Tk(7): Membina sebuah persahabatan mengambil masa yang panjang
>dari kenalan menjadi kawan, dari kawan menjadi sahabat .... memusnahkan persahabatan pula cuma dengan sepatah perkataan atau dengan satuperbuatan....renung-renungkanlah...!!!

TK(8): Isteri bercakap >Suami Berpeluk tubuh
 >>Suami memperlihatkan satu sikap yang defensif. Suami mungkin tidak bersetuju dengan apa yang isteri cakapkan. Gerak laku ini juga mengambarkan yang suami sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama. Mungkin juga suami berbeza pendapat, serba salah atau tidak berpuas hati dengan isterinya.

No comments: